PROLOGUE (PREVIEW)

236 18 2
                                    

BAGAI bulan dipagari bintang.

Itulah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan wanita cantik yang berada di hadapannya kini. Wanita yang tidak pernah dia temui sebelum ini. Wanita itu telah menambat hatinya. Har Aiden terkaku, terpegun dengan kecantikan wanita itu. Rambutnya yang beralun, rupa paras yang menawan, tubuh badan yang langsing, kulitnya bersih. Tidak mahu dia mengalihkan pandangannya. Har yang pada aslinya hanya hendak mencari novel buat hadiah ulang tahun adiknya, kini sedang jatuh cinta.

"Encik?" Tegur wanita itu.

"You're so beautiful," kata Har tanpa dia sedar. Wajahnya yang dilindungi oleh helmet full face itu terasa membahang apabila dia menyedari apa yang barusan sahaja dia ucapkan itu.

"Excuse me?" Soal wanita itu.

"Sorry. Where can I find twisted love by Anna Huang?" Soal Har laju, cuba untuk menutup gugupnya. Gadis itu tersenyum mendengarkan soalan Har sekaligus membuatkan Har semakin tidak keruan.

"Well, kalau dekat rak twisted love dah habis. Maybe hujung minggu ni akan masuk stok baru," balas wanita tersebut lalu tersenyum.

Mendengarkan itu, Har mengeluh perlahan. Hujung minggu ini sudah terlambat memandangkan ulang tahun adiknya adalah pada esok hari. Har mengangguk perlahan. Tidak dapat dia melengkapkan series novel yang diinginkan adiknya itu.

"I see. Selain kedai ni, kedai mana lagi yang ada jual series twisted, ye?" Soal Har. Wanita itu hanya diam sambil memandangnya.

"Esok ulang tahun adik saya so I decided to make a book bouquet for here since she love reading so much. And, twisted series adalah antara series yang sudah lama dia mahukan," kata Har lagi. Kedengaran sedikit nada kecewa pada ton suaranya.

"Oh my," hanya itu yang gadis itu mampu suarakan. Dia melihat ke arah sepasang mata lelaki yang berada di depannya. Novel di tangannya digenggam kemas. Adrielle Maisara menggigit bibir bawahnya sebelum bersuara.

"You know what, I think you need this," kata Adrielle sambil menghulurkan sebuah novel yang berada di tangannya itu. Senyuman manis diukir.

Har melihat novel yang dihulurkan. Twisted love karya Anna Huang.

"You need this more than me. Happy birthday to your little sister," sambung Adrielle setelah novel tersebut bertukar tangan.

"Thank God. Thank you so much. I am so appreciate it, thank you," ucap Har berkali-kali, gembira. Novel tersebut ditilik seketika sebelum dia kembali memandang ke arah Adrielle. Tangannya dihulur.

"I'm Har Aiden." Har menghulurkan tangannya ke arah Adrielle. Beberapa ketika, tangannya disambut lembut.

"Adrielle Maisara," sambut Adrielle.

"Thank you so much, Adrielle. Saya tak tahu macam mana nak balas budi awak," kata Har, teruja. Teruja apabila dapat mengetahui nama wanita cantik di hadapannya ini.

Wanita itu hanya tersenyum lalu menggelengkan kepala.

"I've got to go, Adrielle. I hope we can meet again," kata Har, berura-ura hendak pergi.

"Sure, kalau ada rezeki. Nice to meet you," balas Adrielle lembut.

"See you again, pretty," balas Har sebelum melangkah pergi. Kakinya diatur laju menuju ke kaunter pembayaran. Hatinya berbunga. Gembira. Dapat melengkapkan hadiah untuk adik kesayangannya dan juga dapat mengenali gadis yang begitu cantik di matanya.

HAR AIDEN PREVIEW (FREE EBOOK) ✔Where stories live. Discover now