Bab 7

92 6 0
                                    



"Assalammualaikum."

Pintu wad dibuka perlahan. Ibu.

"Waalaikummusalam ibu." Ibunya tersenyum melihat Adeline yang ditemani oleh suaminya.

Mokhta ayah kepada Adeline juga turut ada di situ.

"Saya keluar dulu ye." Zaiden berdiri dan terus beredar dari wad Adeline. Sempat dia menyalam kedua-dua ibu bapa Adeline.

Mereka semua hanya mengangguk. Adeline memandang Zaiden lama.

"Ehem, biarlah dia pergi." Tiba-tiba ibunya bersuara.

"Eh apa ibu ni, adik tak kisah lah," ujar Adeline senyum tawar.

Adeline terus menyalam tangan ibu bapanya.

"Ayah minta maaf dik..."

"Adik dah lama maafkan ayah. Tak apalah ayah, benda dah jadi. Dah adik tak nak ayah cakap lagi pasal benda ni. Adik terima semuanya," ujar Adeline lembut. Dia sudah lama maafkan ayahnya.

Dia tidak marah ayahnya, jauh sekali untuk membenci. Adeline hanya kecewa dengan sikap ayahnya, tapi itu tak bermaksud dia akan benci ayahnya.

Setelah 1 jam berada di dalam wad Adeline, ibu bapanya buat keputusan untuk pulang ke rumah.

"Ibu balik dulu ye adik. Betul ni tak nak ibu teman?" Soal ibunya.

"Tak apa bu, adik boleh jaga diri sendiri. Lagi pun Zaiden boleh temankan adik." Bohongnya sendiri. Entah betul atau tidak Zaiden nak temankan dia.

"Ye lah kalau macam tu. Ibu dengan ayah balik dulu ye. Assalammualaikum."

"Waalaikummusalam."

Ibu dan ayahnya keluar dari wad Adeline. Banyak soalan dari ibu bapanya tentang rumah tangga dia dan Zaiden. Tetapi Adeline terpaksa bohong.

Tidak lama kemudian Zaiden masuk ke dalam wad Adeline.

"Eh kenapa awak ada dekat sini?" Soal Adeline.

"Aku cakap tadi nak jaga kau kan. Aku tidur sini." Zaiden terus duduk di kerusi yang bersebelahan dengan katil Adeline.

Adeline hanya mengangguk.

"Aku tak suka dengan hubungan kita sekarang. Jadi aku nak buat peraturan." Zaiden memandang wajah Adeline yang keliru.

Peraturan apa pula malam-malam macam ni. Haih.

"Peraturan apa?" Nak tak nak Adeline layankan ajelah perangai si suami.

"Pertama aku tak nak kau rapat dengan Dany."

"Eh kenapa pula? Dany tu baik lah."

"Aku tak nak kau rapat dengan mana-mana lelaki.. kecuali aku," ujar Zaiden.

Berkerut dahi Adeline. Zaiden ni kenapa berubah tiba-tiba.

"Kalau saya buat juga?" Degil juga Adeline ni. Ada je dia nak menjawab.

"Aku kurung kau."

Ha tu kan dah kena. Nak kena kurung bagai ni kenapa?

"Awak ni kenapa nak kurung saya pula?" Soal Adeline tak puas hati.

"Kalau kau tak ikut peraturan aku, baru aku kurung kau. Aku rantai kaki kau," balas Zaiden. Dia hanya tersenyum. Ei psychonya dia.

Berubah riak wajah Adeline. Bukan main Zaiden ni sampai nak rantai kaki aku. Bisiknya sendiri.

"Erm ada peraturan lagi?" Soal Adeline dalam nadar memerli.

"Ada semestinya. Peraturan kedua kalau kau nak keluar ke mana-mana bagitahu aku dulu. Kalau aku free aku teman kau." Mata Zaiden masih memandang Adeline.

Pelik-peliklah peraturan Zaiden ni.

"Lagi?"

"Yang ketiga aku nak kita tidur sebilik lepas kau keluar dari hospital ni," kata Zaiden.

Makin pelik peraturan yang Zaiden bagi.

"Eh tak nak lah. Saya tak biasa." Adeline menggeleng-gelengkan kepalanya berkali-kali.

"Kau nak kena kurung ke?" Soal Zaiden dalam nadar mengugut.

"Awak nak tidur dengan saya ni suka saya ke?"

Adeline membalas renungan Zaiden. Kalau tadi dia malu mahu bertentang mata dengan Zaiden, sekarang dia dah berani.

"Kalau ya?" Soalan berbalas soalan. Adeline terkedu. Betul ke apa yang dia dengar ni?

"Jangan berangan aku nak suka kau, aku buat semua ni sebab aku tak nak mak ayah kita fikir yang hubungan kita ni teruk. Faham?" Sambung Zaiden. Ego lah mamat ni. Suka cakap je suka, jangan nak bagi alasan.

Auch! Sakitnya hatiku mendengar kata-kata Zaiden.

"Okaylah kalau macam tu. Tapi tidur dengan awak tu saya tak setuju. Mak ayah kita bukan boleh nampak pun kalau kita tidur berasingan," balas Adeline. Dia pun tak nak kalah.

"Tak salah kalau kita tidur sekali kan sayang. Dah tu je peraturan aku. Aku nak tidur."

S-sayang? Memerah muka Adeline dengar perkataan 'sayang' dari mulut Zaiden.

"Saya pun ada peraturan kalau macam tu."

"Apa?" Soal Zaiden sambil mengangkat keningnya sebelah.

"Saya nak kita jadi sepasang suami isteri yang bahagia macam orang lain, boleh?"

Agak lain dari lain peraturan yang Adeline beri kepada Zaiden.

"Tengoklah macam mana." Zaiden terus baring di sofa yang berada dalam wad Adeline.

"Hm macam tak boleh je, takpe lah. Mungkin berat sangat peraturan tu," katanya seorang diri. Suaranya perlahan tapi masih boleh didengari oleh Zaiden.

"Aku tak cakap pun tak boleh, sayang. Nanti aku fikir-fikirkan lah."

S-sayang lagi? Zaiden lelaki asing bagi Adeline. Dia memang tidak pernah jumpa dengan Zaiden dekat mana-mana. Tapi Zaiden berjaya buat Adeline jatuh hati dengannya.

Entahlah mungkin Zaiden jodoh sebenarnya. Mungkin.

Milik Zaiden AralicWhere stories live. Discover now