Ameena

246 38 13
                                    

"Naira, jom kita keluar main dekat taman," ajak seorang rakannya, Nurin Aisyah.

"Okay Yen, jom!" balas Naira dengan teruja.

Dua rakan baik ini berlari-lari ke taman menerusi lalang-lalang di padang. Gelak tawa mereka memenuhi ruangan taman permainan itu. Senyuman tidak lekang di muka kedua-kedua budak kecil yang berumur 8 tahun ini.

"Naira, jom kita naik buaian, nak?" tanya Nurin.

"Nak, nak. Jom Yen," balas Naira dengan penuh keterujaan. Buaian merupakan permainan kegemaran Naira dan Nurin. Kalau ada satu je buaian? Mesti mereka berebut!

Naira dan Nurin duduk di atas buaian lalu menghayunkan buaian itu dengan perlahan. Mereka berkongsi cerita kelakar yang berlaku di taska. Maklumlah, dua orang budak comel ini mula berkawan di sekolah rendah kerana ibu dan bapa mereka hantar Naira dan Nurin di sekolah yang sama.

Angin yang lembut bertiup lembut ke wajah Naira dan Nurin. Sejuk. Angin ini sejuk...seakan-akan Naira sedang hanyut di lautan yang sejuk.

Kedengaran bunyi beberapa buah motosikal masuk ke dalam kawasan taman permainan. Pandangan Naira beralih daripada wajah Nurin ke motosikal-motosikal itu. Nampaknya, sekumpulan budak lelaki sekolah menengah datang lepak di sini.

Mereka berdua tidak mengendahkan lelaki-lelaki itu. Naira dan Nurin hanya terus bermain di buaian itu.

Gelak tawa lelaki-lelaki itu memenuhi kawasan taman yang membuatkan Naira dan Nurin saling berpandangan. Mereka berdua terdiam mendengar gelak tawa lelaki remaja itu. Bunyi itu seperti mengancam mereka.

"Hoi budak, kau orang turun dari buai tu. Aku pulak nak duduk," gesa lelaki itu. Rakan-rakan lelaki itu turut mengerumuni Naira dan Nurin.

Naira menundukkan pandangannya dan dia ingin turun dari buaian itu. Malangnya, buaiannya ditolak dengan kuat oleh salah seorang remaja lelaki yang berada di situ. Perkara yang sama turut berlaku pada Nurin. Tangisan mereka berdua bergema di taman permainan itu.

"Berhenti, Naira nak turun!" jerit Naira dengan terdesak.

Gedebuk!

Nurin, dia terjatuh dari buaian! Naira melihat ke arah rakan baiknya yang sudah jatuh tersungkur ke tanah yang penuh debu dan kotoran itu. Matanya berkaca sebaik sahaja dia melihat rakan baiknya lari meninggalkan dia berseorangan dengan manusia yang bertopengkan syaitan ini.

"Yen minta maaf!" jerit rakan baiknya yang diselangi esakan dari kejauhan.

Naira? Bagaimana dengan Naira? Kenapa dia ditinggalkan keseorangan dengan sekumpulan remaja syaitan di sini?

"Hei, tu kawan kau dah tinggal kau. Tak takut ke?" tanya salah seorang daripada mereka sambil mencengkam wajah Naira dengan kasar.

Air mata turun berjujuran dari sangkar mata Naira. Tolakan yang kuat dari belakangnya membuatkan Naira turut jatuh tersungkur dari buaian. Gelak jahat dari sekumpulan remaja lelaki itu menggegarkan telinga Naila.

"Seronok juga pukul budak lemah macam kau ni!" ejek seorang lelaki.

Sempat Naira perhatikan, dalam ramai-ramai lelaki. Ada seorang lelaki yang hanya melihat perbuatan rakan-rakannya dari atas gelongsor. Lelaki itu turun dari tangga gelongsor dengan perlahan-lahan. Tatapan tajam lelaki itu membuatkan Naira semakin takut.

"Wah, abang besar dah turun!" kata salah seorang daripada mereka dengan teruja.

Wajah Naira digenggam kemas oleh lelaki yang digelar sebagai "Abang Besar" itu. Senyuman sinis terpalit di wajahnya.

"Cantik..." kata lelaki itu.

"Lagi cantik bila kau menangis!" jerit lelaki itu sambil menampar Naira dengan daya yang begitu kuat.

Naira terdiam, terasa air matanya yang panas membasahi pipi.

Satu tumbukan yang kuat berlalu di perutnya.

Satu sepakan hinggap di perutnya.

'Sakit! Naira sakit!' jeritnya dari sudut hati yang terdalam

"Nangis la budak, aku nak dengar!" jerit lelaki itu ke telinganya.

"Pukul kuat lagi. Tak cukup tu!" kata salah seorang daripada mereka.

"Naira nak balik! Naira sakit!" Suara terdesaknya membuatkan rasa baran lelaki itu semakin meningkat.

"Kau ni degil eh?" soal lelaki yang bergelar "Abang Besar" dengan perasaan tidak puas hati.

Badan kecil Naira diangkat oleh lelaki itu. Jeritan dan tangisan Naira mula memenuhi telinga lelaki-lelaki itu.

'Kenapa tak ada orang tolong Naira? Mana Nurin? Mana ibu? Mana ayah?' Hatinya mula berbicara.

Tiba-tiba lelaki itu melempar badan kecilnya ke dalam longkang yang dipenuhi dengan sampah dan air yang busuk.

"Ini tempat kau. Budak lemah!" ejek lelaki itu sambil meludah ke badan Naira.

Langit komulunimbus yang gelap mula beraksi, hujan mula turun dengan lebat.

"Kau bertuah ye budak sebab hujan turun. Kalau tak aku lenyek kau sampai lemas," kata lelaki itu dengan pandangan yang kejam. Pandangannya membuatkan Naira rasa dirinya jijik.

Sekumpulan remaja lelaki itu berlalu pergi dengan motosikal mereka, meninggalkan Naira keseorangan dalam keadaan hujan lebat.

Jeritan Naira memecahkan kesunyian pada petang itu. Air mata yang panas terus membasahi wajahnya. Badannya pedih dengan luka-luka. Perutnya pedih kerana tumbukan dan sepakan tadi.

"Ya Allah, kenapa Naira?" Esakan Naira semakin rancak. Dia masih kecil. Kenapa benda seperti ini berlaku pada dirinya. Naira memanjat keluar dari pada longkang itu lalu berjalan pulang ke rumah?

"Assalamualaikum." Salam Naira beri di hadapan pintu rumahnya.

"Waalai.." Ibunya, Puan Julaina tidak sempat menghabiskan salamnya apabila melihat anak perempuannya pulang dalam keadaan yang...teruk.

Badannya basah. Rambut Naira serabai, tercabut di sana dan sini. Kulitnya dipenuhi dengan luka-luka.

"N-naira! Kenapa ni?!" soal ibunya dengan panik.

"Err...Naira jatuh basikal tadi," jawab Naira. Ketakutan menyelubungi dirinya daripada memberitahu perkara sebenar kepada ibunya.

"Ya Allah, awak pergi mandi dulu sayang, ibu mandikan awak ya," gesa ibunya.

Naira mengangguk dan terus meluru ke tandas. Air yang turun dari paip terasa sungguh sejuk dan tajam.

Luka-lukanya dibasuh, terasa begitu pedih di kulit dan hatinya.

"Ibu...sakit," luah Naira.

"Sabar ya sayang, lepasni ibu letak ubat untuk Naira, okay?" pujuk Puan Julaina.

Luka pada kulit dirawat tapi tidak dihati. Masih terkesan, hatinya masih sakit. Sanggup mereka perlakukan Naira begitu...

Setelah selesai merawat lukanya, Puan Julaina mendodoi Naira. Ya, dia perlukan rehat. Badannya lenguh dan penat. Badan dilabuhkan di katil yang empuk. Naira hanyut ke lautan mimpi yang terdalam. Tangisannya masih membasahi pipi.

"Naira. Awak...budak yang kuat," pujuk dirinya dalam tidur yang menyesakkan itu.

𝐋𝐚𝐫𝐮𝐭 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐐𝐚𝐥𝐛𝐮 ✓Where stories live. Discover now