BAB 3

318 19 3
                                    

Dua minggu sudah berlalu dan kini aku hampir pulih sepenuhnya. Tidak. Hanya seminggu dan aku dipaksa untuk pulih seperti biasa. Sejujurnya, belakang aku masih terasa sakit

And the worst part is, she didn't even sent me to the hospital.

Everything you read is a lie.

Aku meneguk salivaku kelat saat tiba masanya untuk aku masuk ke kelas baharuku. Aku, asalnya 26 tahun tetapi ditentukan untuk mengambil Sijil Pelajaran Malaysia sekali lagi disebabkan oleh penyakit amnesia yang dipalsukan ini.

Aku berdiri di hadapan kelas, memandang wajah pelajar-pelajar yang tidak pernah aku lihat. Ya Allah, semoga perangai diorang tak teruk sangat...

"Guys, Haura baru discharged daripada hospital so be nice to her, okay?" ujar guru wanita tersebut dengan senyuman di bibirnya. Aku tak kenal dia memandangkan aku tak pernah nampak dia dekat first life aku.

Aku meneguk salivaku kelat sekali lagi apabila semua mata terarah padaku. God, I hate attention...

"Haura, sit anywhere you like." Dia berkata lagi. Aku hanya mengangguk apabila guru yang sedari tidak lagi tua daripadaku ini memintaku untuk duduk.

Aku melangkah perlahan-lahan, mendapati terdapat tiga buah meja yang kosong. Satu di sebelah seorang budak perempuan yang berambut panjang dan dua lagi meja kosong di belakangnya.

Aku berniat untuk duduk di meja belakang sekali namun gadis yang duduk berseorangan itu tanpa amaran menarikku untuk duduk di sebelahnya.

"Jangan malu-malu, duduklah sebelah I!" pintanya ceria.

Aku hanya mampu tersenyum pahit saat dia kelihatan sangat ikhlas untuk membiarkan aku duduk di sebelahnya. Aku terus mengangguk, meletakkan beg berjisim 7kg itu ke atas kerusi.

Gadis itu menayangkan sengihnya. "Danielle. You?" Dia menghulurkan tangannya.

"...Haura." balasku dengan senyuman. belum sempat aku menganggam tangannya, dia sudah menarik terlebih dahulu.

"So... why were you hospitalised?" tanyanya sambil memintalkan hujung rambutnya. Dua orang perempuan yang duduk dihadapanku turut memaling ke belakang.

"Oh, aku accident..." balasku dengan senyuman nipis. ketiga-tiga gadis itu kelihatan terkejut.

Accident, my ass. More like murder attempt.

"But you don't look ugly?" Gadis yang duduk di hadapan Daniele mula bersuara. Aku hanya tersenyum nipis saat mendengar soalannya. Apa benda pulak budak bodoh ni cakapkan...

"No offense but people selalunya banyak scars lepas accident, but you have none? You still look pretty, it's weird." tambahnya lagi.

Okay? aku kena cakap terima kasih ke?

"Um... thanks?" Aku tersenyum janggal. "Actually, I do have one-" Belum sempat aku menghabiskan ayatku, Danielle menyampuk.

"So you actually think you're pretty?" Dia bertanya sambil menahan tawa. Aku terdiam seketika.

Oh, faham... aku dah tersalah masuk geng lah ni.

Aku hanya mampu tersenyum nipis.

Sabar haura, hari ni hari first kau. Sabar.

"Well, I wouldn't actually say I'm prettier than you because you're actually so pretty!" balasku sambil tersenyum manis. meremang bulu romaku apabila mereka mula tersengih.

"Really?" soal gadis di hadapan danielle.

"Yup. Prettier than that certain someone, I would say." Mendengar aku memuji mereka sekali lagi, Daniella menolak bahuku akibat malu.

Aku hanya mampu tersenyum dalam diam. Dasar Bodoh. Sudah tentu tak tahu siapa yang aku maksudkan. 'Dia' benci dan akan menyumpah sesiapa yang lebih cantik daripada dia.

"Well, we actually like you. Wanna join our gang?" Daniella tersenyum manis sambil memandangku. Tangannya dihulurkan sekali lagi agar disahutku.

Aku memandang tangannya. Aku tahu, kalau aku tak sambut mesti dia akan sediakan neraka untukku. Dengan senyuman palsu di bibirku, aku menjabat tangannya.

As expected, dia tak tarik kali ni.

Daniella terus tersenyum sambil tangannya mencengkam erat tanganku. Kalau mahu, boleh saja aku membalas cengkamannya. Namun, sebagai seorang yang sudah hidup buat kali yang kedua, kita tidak boleh membuli budak bawah umur. Jadi, aku akan bersabar.

≪•◦ ❈ ◦•≫

Aku mengetap gigi perlahan saat hampir separuh mejaku dipenuhi dengan alat tulis dan barangan make up Daniella.

"Daniella-" Belum sempat aku membahas, bunyi loceng menandakan waktu rehat sudah bermula memberhentikanku. Gadis berambut panjang dan berpinggang langsing itu terus bangun, meninggalkanku bersama dua rakannya.

Aku duduk terdiam seketika, cuba menahan bibirku daripada mengeluarkan kata-kata makian. Lenganku diletakkan di atas meja sebelum menolak semua barangannya yang berada di atas mejaku kembali ke mejanya.

Aku hanya melihat maskaranya yang terjatuh namun aku langsung tiada niat untuk mengutipnya semula. Aku terus bangun untuk ke kantin meninggalkan mejanya yang bersepah.

Aku terus berjalan ke kantin seorang diri. Aku mengabaikan pandangan mata pelajar-pelajar di situ yang banyak terarah kepadaku memandangkan aku baru sahaja masuk ke sekolah mereka.

Aku berbaris untuk membeli air lalu mencari meja kosong untuk duduk. Saat terlihat Daniella, aku terus melangkah mendekatinya.

"Sorry Haura, meja dah penuhlah... You boleh duduk tempat lain?"

Dan itulah yang dia kata. Aku hanya memandang wajahnya yang penuh dengan senyuman pura-pura sebersalah itu sebelum mengangguk kecil. Aku terus melangkah pergi daripada itu, mengabaikan tawaan kecil yang keluar daripada mulut mereka.

"God, she's so naive. It's embarrassing..."

Aku terus melangkah entah ke mana, membawaku ke belakang sekolah. baguslah, tempat untuk budak-budak introvert macam aku ni. Surprisingly, belakang sekolah ini menghadap ke arah padang bola. Jadi, tak adalah aku bosan sangat. Harap-harap lah.

Aku menyisip air laici di dalam cawan plastik sambil menahan amarahku. Sabar Haura, setahun sahaja lagi dan kau boleh berambus daripada sekolah ni.

21 APRIL 2024

HAURA : THE LOST ONEWhere stories live. Discover now