BAB 1

106 25 15
                                    

Suasana di dalam bilik kuliah riuh-rendah dengan suara rakan sekelas Ameena Naira. Semua orang sedang sibuk menghafal untuk peperiksaan akhir. Mulut Naira juga terkumat-kamit menghafal segala butiran-butiran yang dia sudah belajar untuk semester ini. Tahun depan merupakan semester akhir untuk Naira, jadi dia mahu buat yang terbaik untuk peperiksaan akhir semester ini.

"Naira, kau dah ingat semua ke?" soal salah seorang rakan baiknya, Ku Shakirah.

"Belum lagi Kirah, kau pula?"

"Belum juga. Bahasa Melayu ni nampak je mudah. Tetapi, hakikatnya, pelajar yang ambil jurusan Bahasa Melayu sahaja yang tahu," rungut Shakirah.

Naira mengangguk tanda setuju. Benar, Bahasa Melayu bukan mudah untuk dipelajari. Tetapi, dengan minatnya yang mendalam terhadap Bahasa Melayu, Naira rasa subjek ini merupakan teman baiknya. Buktinya, keputusan dari PT3 sehingga STPM, Naira memperoleh A untuk subjek Bahasa Melayu.

"Assalamualaikum, peringatan dan juga makluman kepada semua pelajar yang akan mengambil peperiksaan akhir pada pagi ini. Anda diminta untuk bersedia dan masuk ke dalam dewan peperiksaan. Peperiksaan Bahasa Melayu, kod jurusan BM 2435 akan bermula pada pukul 8.30 pagi," umum pengawas peperiksaan mereka.

Hari ini hari terakhir Naira menjejakkan kaki bagi semester ini. Tamat sahaja peperiksaan akhir, dia akan keluar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris dan pulang ke Terengganu.

Bau-bauan kertas peperiksaan dari dewan peperiksaan menusuk ke dalam hidung Naira. Kakinya dijejakkan ke dalam dewan peperiksaan lalu dia melabuhkan badan di tempat duduk yang disediakan khas untuknya.

Doa ditadah dan dijunjung Naila. "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau kurniakanlah ilmuMu kepada ku, ilhamMu kepada ku, Ya Allah Maha Pengasihani, Engkau kurniakanlah ilmuku dan ilhamku kepada diriku. Semoga apa yang Naira baca terkandung dalam soalan peperiksaan dan semoga apa yang Naira baca, Naira dapat ingat. Semoga jawapan Naira terkandung dalam skema jawapan, ya Allah. Iringilah hambamu yang lemah ini, ya Allah. Rabbi yassir wala tu'assir rabbi tammim khair.

NAMA CALON: AMEENA NAIRA BINTI FAHRIN LATIFF

KOD KERTAS: BM 2435

NOMBOR MATRIKS: T26471

Kertas putih yang hanya dipenuhi dengan soalan kini penuh dengan jawapan daripada Naira. Segala ilmu dan pengetahuannya dicurahkan ke dalam kertas jawapan. Naira melihat ke arah jam digital miliknya, masa berlalu dengan begitu cepat.

"Baiklah, masa hanya tinggal 5 minit sahaja lagi." Peringatan diketengahkan lagi oleh pengawas peperiksaan.

Lima minit telah berlalu, tepat pada pukul 10:30 pagi, pengawas peperiksaan langsung memaklumkannya. "Masa telah pun tamat. Sila berhenti menulis dan susun kertas jawapan anda dengan betul. Pengawas akan kutip skrip jawapan calon selepas ini."

Senyuman melirik di wajah Naira. Peperiksaan akhir sudah tamat. Dia boleh pulang ke Terengganu. Rindunya ikan baung, keropok lekor, budu cap wau...Ish, banyaklah yang dia rindu!

"Deena, kau balik dengan bas ke?" soal Naira kepada rakan baiknya, Irdeena Sofea.

"Haah, naik bas dalam pukul 3 petang nanti," jawab Irdeena sambil menilik tiketnya.

"Kau Kirah, balik dengan apa?" soal Irdeena kepada Shakirah.

"Hehe, bapak aku datang ambil. Aku kan duduk Selangor je," jawab Shakirah sambil tersenyum.

"Cis, lupa pula aku!" Irdeena mencemuh. Maklumlah, Naira dan Irdeena berasal dari bumi pantai timur.

"Korang, aku balik dulu tau. Aku ni balik Terengganu dengan motor je. Taknak sampai sana lewat sangat," ujar Naira sambil mengemas alat tulisnya ke dalam beg.

𝐋𝐚𝐫𝐮𝐭 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐐𝐚𝐥𝐛𝐮 ✓Where stories live. Discover now