BAB 7

56 4 15
                                    

"O.P.S.K atau Organisasi Penakluk Sfera Kuasa atau sebutan lebih mudah iaitu OPS-K adalah organisasi yang ditubuhkan oleh bapa kepada Zarix semasa empayar penaklukan bangsa Kubulus mula berkembang. Seperti bapanya, Zarix merupakan orang penting dan dia meneruskan legasi bapanya untuk menakluk semula kesemua sfera kuasa tetapi markas dia sudah tidak bertempat di Planet Ata Ta Tiga dan tidak dapat dikesan sehingga sekarang." Kokoci memberi keterangan yang panjang lebar.

"Susahlah macam ni, dia yang bawa lari Mimpibot." Yaya merungut.

"Kemungkinan besar peratusan untuk mengesan sfera kuasa itu agak tipis kerana OPS-K memang bagus dalam bersembunyi tapi tidak mengapa kerana pihak TAPOPS akan cuba mengesan dia," kata Kokoci.

"Rev, kau ingat tak kali terakhir Zarix pergi?" soal Fang.

"Eh? Tak, kau nak aku mati ke kalau aku ikut dia?" balas Reverse.

"Lagi bagus kau mati, aman hidup ni." Gopal mencelah.

"Kau, ada juga aku cili mulut kau tu!" marah Reverse.

"Hah! Marilah!" Gopal mencabar Reverse.

"Kau mari sini," kata Reverse sambil merentap kolar baju Gopal.

Habis menjerit Gopal kerana dia fikir Reverse takkan serang dia.

"Diam, kamu berdua!" marah Kokoci, memberhentikan Reverse dan Gopal.

Reverse berdengus dan melepaskan Gopal manakala Gopal menjelirkan lidah ke arah dia.

"Fang, Yaya, Ying? Bagaimana perkembangan ahli baru kamu?" soal Kokoci.

"Baik sahaja.. setakat ini," balas Fang.

"Dan masalahnya, dia suka sangat cari pasal dengan Boboiboy." Yaya pula membalas.

"Mana ada aku suka sangat cari pasal dengan Boboiboy, aku baru cari pasal dengan dia berapa kali sahaja." Reverse mencelah.

"Dan juga suka tidak dengar cakap orang," kata Ying pula.

"Reverse, kamu masih baru di sini. Dengar segala arahan daripada mereka, kamu terpilih ke sini kerana mempunyai banyak potensi. Jangan nak melanggar apa-apa peraturan di sini." Kokoci memberi nasihat.

"… Baik, Komander."

"Bagus dan saya ada misi baru untuk kamu semua."

"Eh, cepatnya ada misi!" Gopal terkejut.

"Pihak TAPOPS kesan banyak aktiviti sfera kuasa sejak akhir-akhir ini, jadi ini menjadi peluang kamu semua untuk ajar ahli baru kamu untuk melakukan misi."

"Alah, baru nak rehat." Gopal merungut.

"Hoi, tadi lu sudah dapat tidur. Apa mahu rehat lagi?" Ying bercekak pinggang.

"Alah, tak puaslah."

"Jadi, di mana lokasi misi kali ini dan apa sfera kuasanya?" Boboiboy membuka mulutnya.

"Sfera kuasanya adalah Rainbot dan ianya terletak di Atlanta Nebula," terang Kokoci dan menunjukkan rupa sfera kuasa di skrin komputer.

"Rainbot? Sfera kuasa yang hasilkan hujan? Agak berguna untuk musim panas," kata Boboiboy.

"Aku setuju!" kata Gopal pula.

"Oh tapi Atlanta Nebula bukan planet yang biasa termasuk sfera kuasa itu." Sebuah senyuman tersirat terukir di bibir Kokoci.

".. Apa maksud Komander?"

◇◇ THE NEW MEMBER ◇◇

Planet Atlanta Nebula…

The New Member [BBB Malay Fanfiction]Where stories live. Discover now