BAB 2

46 13 11
                                    

Sudah sebulan berlalu setelah abangnya, Fatih Naeem meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya. Cuti semester juga hampir tamat, tinggal seminggu sahaja lagi.

Naira sedang bersiap sedia untuk keluar rumah untuk menjemur. Ketika dia sedang mengeluarkan kain-kain dari mesin basuh. Ketukan lembut dari pintu hadapan rumahnya menghentikan perbuatan Naira. Dia segera bergerak ke arah pintu hadapan.

"Assalamualaikum." Kedengaran suara yang asing baginya dari luar rumah.

"Waalaikumussalam, jemput masuk..." ujar Naira sambil membuka pintu rumahnya.

"Laa mu rupanya Muni, masuklah," Suara ibunya dari arah belakang mempelawa wanita yang dikatakan Muni itu masuk ke dalam rumah.

"Ini anak kau ya Ju? Tinggal ini seorang aje la sekarang ni, kan?" soal wanita itu.

"Ya Muni, Naira ini aje yang ada. Naira, ini kawan lama ibu, Muniyati. Panggil Aunty Muni," ujar Puan Julaina.

Tangan Naira dihulurkan kepada rakan ibunya. Tangan disambut, salam terpaut.

"Aunty Muni masuklah dulu, Naira nak pergi jemur baju dekat luar sekejap." Bakul baju diangkat lalu dia keluar, berjalan ke arah ampaian di halaman belakang rumahnya.

Baju-baju disangkut di ampaian. Rambut panjangnya yang lembut itu ditiup angin sepoi-sepoi yang menyerlahkan lagi kecantikan Naira. Dengan itu, sepasang mata coklat itu memerhati Naira dari beranda rumahnya. Pemilik mata yang berwarna coklat itu mengukir senyuman sinis.

"Kau anak kawan mama rupanya..." ujar lelaki itu. Siapa pula lelaki ini? Dia kenal Naira ke?

Tangan Naira diregang-regangkan. Lenguh agaknya, dari tadi lagi dia menjemur baju. Tiba-tiba sepasang tangan kasar mengulit rambutnya dengan lembut dari belakang. Badannya seakan-akan beku. Siapa pula yang sesuka hati sentuh dia ini? Gila!

Badan Naira dipusingkan untuk melihat pemilik tangan itu.

"Apa masalah awak ni? Awak siapa? Get your hands off of me!" gesa Naira. Dia menolak tangan lelaki itu dengan kuat. Apa masalah lelaki ini? Dia langsung tidak mengenali sosok lelaki yang berdiri di hadapannya ini.

"Aku ingat perempuan tak lupa kenangan buruk...lupa rupanya, hm?" Bibir lelaki itu mengukir senyuman sinis. Naira dapat bau aura yang negatif dari lelaki itu. Aura yang mengancam dia.

Dia diam. Mulutnya seakan-akan terkunci. Naira tidak lupa akan kenangan buruk itu. Lelaki ini "Abang Besar" ke? Lelaki yang dia paling benci dalam hidupnya. Dari kecil, apa yang dia harapkan merupakan kematian lelaki ini!

"Kau...Abang Besar tu kan?" soal Naira.

"Bukan, tapi aku ada waktu tu," balas lelaki itu.

Naira diam.

"Ya sayang? Kenapa diam je?" Gila! Lelaki ini memang gila! Ibu! Tolong Naira....tolonglah!

Wajah Naira diusap lembut oleh lelaki itu. Tangan Naira cepat-cepat menolak tangan milik lelaki itu. Wajah lelaki itu dia tampar dengan kuat.

"Berani kau tampar aku?! Hah?! Kau nak mati ke?" Pandangan lelaki itu menikam kedua-dua anak matanya.

Kakinya melangkah laju masuk ke dalam rumah. Ibu tak dengarkah lelaki ini tengking dia? Aunty Muni...anak aunty ni gila! Dia itu manusia bertopengkan syaitan!

"Eh Naira, lajunya! Nak ke tandas ke tu?" soal ibunya. Pelik juga apabila Puan Julaina melihat anak perempuannya berlari masuk ke dalam rumah dengan laju. Dia berlari seakan-akan dikejar binatang buas.

"Ya ibu, maaf kalau Naira lama sikit." Langkahnya diatur laju masuk ke dalam biliknya. Pintu dikunci, dia menangis semahu-mahunya. Apalah nasib...kasihan budak ini.

𝐋𝐚𝐫𝐮𝐭 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐐𝐚𝐥𝐛𝐮 ✓Where stories live. Discover now