SKD | Bab 24

512 12 0
                                    

Ya Allah nak tunggu mak mengandung ni siap lama betul lah.Tadi cakap 5 minit,5 minit sekarang nak dekat setengah jam dah aku tunggu dia.

"Bersabar  lah wahai lelaki senasib seperti ku ni.Wahai sayang ku yang berada di atas sana,Apakah anda sudah siap?Penat abang tunggu ni,Tadi cakap 5 minit ni dah setengah jam awak siap sayang!!".

"Sabar lah ni awak punya pasal,Lain kali cakap awal-awal sikit ingat sempat ke nak siap dalam beberapa minit?Nak gosok baju lagi,nak gosok tudung lagi".Bebel aku sambil menurun tangga.

"Kan semalam abang dah cakap selepas zohor kita balik rumah opah,Lepas tu lagi satu semalamkan abang dah gosok baju jubah dengan tudung bawal.Ada abang sangkutkan dekat bilik baju".Ni lah perempuan nampak salah lelaki aje,salah diri sendiri tak nampak pulak

"Awak gosok tu baju jubah tu dah kecil tak muat untuk perut sayang yang sudah memboyot ni",Aku jatuhkan pandangana ke perut buncit aku.Ikut kiraan dah 5 bulan.

"Lepas tu salah abang lah ni?"Keningnya di angkatkan

"Aaa lelaki tetap salah,Perempuan tetap dan selama-lamanya betul'.Aku memberi senyuman sinis.

"Hurm memang lah lelaki aje kena mengaku salahnya,Sebabkan perempuankan selalu betul".Megat menjeling menyampah.

"Sayang okay tak?Ada sakit dekat mana-mana ke?".Megat memandang sekilas wajah isterinya yang menahan sakit.

"Baby tendang,Jadi sakit sikit pinggang".

Tangan megat menekup di perut buncit aku."Don't naughty baby,Kesian dekat mama tahan sakit".Megat tersenyum bila merasakan tangannya di tendang.

"Sayang tidur dulu nanti kalau dah sampai abang kejut.Bagi tahu abang kalau sakit pinggang lagi".

Aku mengangguk,Dengan sekelip mata aku terlelap.Mana taknya malam tadi tidur lewat.
Sebab sakit pinggang punya pasal.

Aku mencelikkan mata apabila terasa pinggang aku terasa mencucuk."Baby tak tidur lagi ke hmmm? kenapa baby aktif pulak malam ni?Baby okay tak dekat dalam tu?".Tangan aku setia mengurut pinggang yang terasa menyucuk sangat-sangat.Manakala tangan sebelah lagi setia mengusap perut aku.

Megat terjaga dari tidurnya bila lampu tidurnya terpancar menusuk ke dalam anak matanya.Dia menggosokkan matanya untuk menghilangkan rasa mengantuknya yang masih tersisa.

"Sayang kenapa tak tidur lagi?"Serak suaranya bertanya.

"Pinggang saya rasa sakit sikit,Kenapa awak bangun?"

"Kenapa tak gerakkan abang?'Megat memandang sekilas wajah isterinya yang masih lagi berkerut.

"Saya tak nak susah kan awak,Awakkan baru balik kerja,Mesti awak penat".Aku melihat wajah tampan itu terpancar dengan kepenatannya.

"Tak susah pun sayang,Sayang tanggung sakit semua sayang.Lain Kali kalau sayang ada sakit dekat mana-mana bagi tahu dengan abang jangan diam". Tutur megat sambil mengurut Pinggang aku.

"Terima kasih urut kan saya,Sorry kalau kacau awak tidur tadi".

"It's okay dear,Sayang tidur biar abang yang urut"

Seindah Kasih Dahlia | EditWhere stories live. Discover now