HAMZAH HAJAR - PROLOG

2.2K 126 21
                                    

"Good morning Hajar" Sapa Karmala yang sedang berdiri di tepi mesin fotostat pagi itu.

"Good morning Kak Mala" Hajar ukir senyum manis. Hari ini mood dia terlebih gembira sebab selepas dua minggu tidak berjumpa dengan Tengku Zahim, encik tunang tersayang yang berada di England atas urusan kerja akan balik hari ini.

"Wah, banyak manis Hajar hari ni ye" Kak Mala menghampiri Hajar yang sudah berada di meja kerjanya.

Semakin melebar senyuman Hajar mendengar usikan Karmala. Beg tangan diletakkan di atas meja kerja. Sudah 6 tahun dia bekerja di syarikat milik tunangnya ini sebagai Personal Assistant Tengku Zahim. Lagi sebulan, mereka akan melangsungkan perkahwinan. Tentu saja dia merasa bahagia dan teruja sekarang ini menghitung hari bahagia mereka bakal tiba.

"Ish, biasa je lah Kak Mala. Bukan hari-hari saya memang manis ke?" Hajar tertawa kecil.

Jemari lincah menghidupkan suis komputer di atas meja kerja. Jika Tengku Zahim tidak berada di pejabat, dia akan menjadi PA sementara kepada abang Tengku Zahim, Tengku Zaidi. Keluarga mereka ini memang keluarga orang berpengaruh. Terkenal dikalangan usahawan-usahawan sekitar Pulau Borneo. Jadi tidak hairanlah kalau ke mana saja dia pergi menemani Tengku Zahim, pasti akan ada saja orang yang mengenali tunangnya itu.

"Seri bakal pengantin lah katakan. Hari ini Tengku Zahim balik kan?" Soal Karmala lagi.

Hajar angguk. Sememangnya dia sudah tidak sabar mahu menjemput tunangnya di lapangan terbang petang nanti. Tengku Zahim juga awal-awal sudah memaklumkan mahu membawanya keluar untuk makan malam nanti.

"Hmmm, patutlah manis terlebih hari ini. Nak jumpa encik tunang hari ni rupanya" Usik Karmala lagi.

Hajar hanya tertawa kecil. Terserlah gigi nya yang cantik tersusun itu bila dia ketawa. Raut wajah persis wanita Pakistan, menjadikan kecantikkannya sangat semulajadi dan nampak manis. Wajah yang diwarisi dari ibunya yang merupakan wanita warga Kashmir yang berkahwin dengan arwah ayahnya 30 tahun yang lalu.

Ayahnya sudah 10 tahun meninggal dunia kerana menghidap barah usus. Kini, dia hanya tinggal bertiga dengan ibu dan abangnya. Abangnya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Kehidupan mereka tidaklah terlalu mewah, tapi sangat mencukupi dan agak senang. Tidak pernah kekurangan apa-apa. Abangnya mempunyai sebuah syarikat yang membekalkan komputer-komputer untuk pejabat-pejabat kerajaan dan juga sekolah.

Melihat lampu interkom di atas meja kerjanya berkelip, segera Hajar menjawab panggilan. Tahu yang itu panggilan dari Tengku Zaidi, abang Tengku Zahim. Kadang-kadang Hajar sendiri tak faham dengan sikap Tengku Zaidi. Tengku Zaidi adakalanya melayan dia terlampau melebih-lebih, seolah-olah mereka ini pasangan yang bercinta. Sedangkan Tengku Zaidi sendiri tahu yang Hajar bercinta dengan adiknya sendiri. Namun Hajar tidak mahu terlalu berfikiran negatif dan dia menganggap itu layangan seorang abang pada bakal adik iparnya saja.

Dia tahu, Tengku Zaidi seorang lelaki yang agak sosial kalau nak di bandingkan dengan Tengku Zahim. Setiap malam, Tengku Zaidi gemar menghabiskan masa di kelab malam, dikelilingi ramai perempuan dan adakalanya balik ke rumah dalam keadaan mabuk. Sangat berbeza sikap Tengku Zaidi denganTengku Zahim, tunangnya sendiri.

Adakalanya Hajar hairan melihat kehidupan Tengku Zaidi yang nampak misteri dan terlalu mewah. Mewah yang bukan biasa-biasa baginya biarpun mereka dari keluarga yang kaya raya. Seolah-olah ada sesuatu di sebalik kemewahan Tengku Zaidi yang berlipat-kali ganda itu.

Tengku Zahim pula seorang lelaki yang sangat menjaga maruah keluarganya. Hidupnya hanya banyak dihabiskan dengan kerja dan dia bukanlah kaki sosial seperti abangnya Tengku Zaidi. Dan Hajar sangat bersyukur untuk itu. Bersyukur kerana dipertemukan dengan lelaki sebaik Tengku Zahim. Hampir 2 tahun sudah mereka mengikat tali pertunangan.

HAMZAH EDUARDO: The Heartless Prince (HIATUS||ON HOLD)Where stories live. Discover now