𝓔𝓜𝓑𝓡𝓐𝓒𝓔 5

11 0 0
                                    

"Kau! Sebab kau anak aku kena rogol! Sebab kau Irsa terkena benda buruk macam ni! Kalau dia tak jaga anak kau, semua ni takkan berlaku! Kenapa kau libatkan orang yang tak bersalah dalam hal kau?" Kolar Hadif yang ditarik sejak tadi dilepaskan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kau! Sebab kau anak aku kena rogol! Sebab kau Irsa terkena benda buruk macam ni! Kalau dia tak jaga anak kau, semua ni takkan berlaku! Kenapa kau libatkan orang yang tak bersalah dalam hal kau?" Kolar Hadif yang ditarik sejak tadi dilepaskan. Pn. Rabiah terduduk dengan air mata tak berhenti mengalir. 

"Anak aku tak sepatutnya kena macam ni. Dia anak yang baik. Dia anak yang menurut kata. Tak pernah sekali pun dia melawan cakap aku. Kenapa kau buat dia macam ni?!" sambung Pn. Rabiah.

Ibu mana yang boleh tahan apabila anak yang ditatang penuh dan dijaga kasih sayang seorang diri selepas kematian suami selama berbelas tahun tiba-tiba diperlakukan seperti itu.

Hadif yang menunduk hanya membiarkan sahaja perlakuan Pn. Rabiah. Dia tahu dia yang bersalah dalam hal ini. Disebabkan dia, orang luar yang terkena sama. 

"Saya minta maaf."

Hanya itu yang mampu diucapkan Hadif. Hadif hanya membiarkan Pn. Rabiah memukul dada dan badannya dan dia tahu, apa pun yang dia katakan, takkan mampu mengembalikan anak gadis Pn. Rabiah yang suci dan bersih dulu. Cukup lah dia meminta maaf buat masa sekarang.

Sedang asyik, mereka melayan perasan, terdengar suara halus dari dalam bilik wad.

"Ibu..."

Pn. Rabiah terus bangkit dan meluru masuk mendapatkan anaknya.

"Ya Allah, kak ngah. Apa dah jadi dengan kak ngah ni. Ibu minta maaf sebab tak ada dekat dengan kak ngah. Ibu mintak maaf nak," sayu kedengaran suara Pn. Rabiah sambil menangis teresak-esak dan memeluk kepala anak perempuannya itu.

"Ibu... Kak ngah nak ibu..." ngongoi Irsa. Habis semua air matanya apabila ternampak ibunya di sini. Dia memang perlukan ibunya. Dia mahu rasa selamat di dalam dakapan ibunya.

Hadif yang diam melihat menutup pintu wad tersebut dan berura-ura untuk kembali ke wad anaknya. Rancangnya mahu pergi selepas Irsa terlelap tadi, tiba-tiba Nuqman memberitahu waris Irsa sudah sampai. Jadi, dia pun menunggu sekejap untuk bertemu dengan waris Irsa dan sudah disangka sebenarnya yang Pn. Rabiah akan melampiaskan marah kepadanya.

 Rabiah akan melampiaskan marah kepadanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
EMBRACEWhere stories live. Discover now