BAB 8

381 66 30
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




DALAM keadaan kaki yang terhincut-hincut, langkah disusun satu per satu dengan berhati-hati. Risau kalau tersadung ke apa nanti. Elok-elok kaki aku melecur, nanti jadi terkehel pula. Dalam masa yang sama, terasa macam sebeban rasa malu ini melekap pada muka apabila ramai mata kawan-kawan emak melekat pada keadaan diriku yang menyedihkan ini. Rasa macam nak sorokkan sahaja muka aku ni di mana-mana tong sampah.

Leher terpanjang-panjang mencari figura emak di dalam dewan. Bukan apa, hendak bawa motor balik sendiri rasa macam tak mampu sahaja dengan keadaan kaki yang macam ni.

"Dah kenapa kaki kau tu, Rai? Ya Allah..."

Aku hanya mampu menyerigai seraya mengangkat dua jari kepada emak. Tanda keamanan supaya emak tidak memanjangkan hal itu di sini.

"Kau pergi mana ni, hah sampai berbalut macam ni kaki kau? Mak ingat kau tak datang sini sebab merajuk dengan mak."

Aku terpaksa tebalkan wajah apabila suara emak meruah kuat kepadaku dalam dewan ini. Ya Allah, aku pasrahkan segalanya kepada Engkau saat ini. Yang menguasai langit dan bumi. Aku ikhlas, Ya Allah...

"Rai melecur waktu nak beli kambing bakar dekat gerai Cik Som tu, makcik. Saya saksi kejadian. Saya ada dekat situ tadi."

Aku rasa hendak tepuk dahi apabila tiba-tiba Si Sofian anak Mak Rock ni menyelit secara tiba-tiba. Aku tak tahulah dia ni muncul dari dimensi mana. Tiba-tiba boleh masuk dalam situasi ini.

Laju sahaja anak mataku menikam wajah Sofian. Meminta dia supaya tidak bercakap lagi. Kalau keluar sebutir lagi patah perkataan daripada mulut dia tu, memang aku benamkan gigi arnab dia tu dengan selipar jamban yang aku pakai dekat kaki sekarang ni. Huh!

"Dahlah tu, Yam. Ceramah dah nak mula dah dekat depan tu. Pegawai polis tu dah standby dah dekat bawah sana."

Aku mampu menarik nafas lega apabila Mak Leha iaitu jiran sebelah rumah aku datang menyelamatkan keadaan. Akhirnya, aku sudah boleh melabuhkan duduk dengan hati yang senang. Mujurlah di sebelah emak ini terdapat kerusi kosong.

Kesemua makcik-makcik di kampungku ini sudah duduk dalam keadaan bersedia. Mengeluarkan kaca mata dalam beg, masing-masing mengeluarkan sebatang pen dan juga buku catatan.

Aku hanya mampu sembunyi senyum dalam diam. Mereka semua ni memang sangat comel di mata aku. Dengan gincu merah menyala. Itu tak termasuk lagi bau bedak dan losen Avon yang mereka pakai. Bau yang sangat menyamankan dan menyerlahkan aura keibuan.

Seperti mereka, aku memasang mata dan telinga untuk mendengar ceramah. Tatkala anak mataku jatuh pada poster yang tergantung di bahagian pentas, barulah aku tahu program apa yang mereka laksanakan pada hari ini.

Program untuk memberi kesedaran kepada komuniti mengenai isu jenayah dan keselamatan di kawasan kejiranan. Satu input yang menarik untuk dikongsikan kepada masyarakat terutamanya kepada warga emas. Bukan apa, zaman sekarang ramai juga kes warga emas yang ditipu oleh scammer. Lagi-lagi secara dalam talian.

Forgotten Moment (NEW)Where stories live. Discover now