Prom Night 1

31 3 0
                                    

Sanji berjalan keluar dari kawasan sekolah, dia ternampak Zoro sedang bersandar di tepi sebuah kereta sambil menunggunya.

Macam kena jemput dengan ayang pula, desis hati kecil Sanji.

Dia mendekati Zoro dan menyapa lelaki itu. Zoro hanya memandangnya dan mula masuk ke dalam kereta, dia menghidupkan enjin kereta.

Melihat kelakuan dingin Zoro membuatkan Sanji ingin menendangnya. Dia menarik nafas dan dihembus perlahan. Kemudian dia pun masuk ke dalam kereta dan duduk di sebelah Zoro.

"Kita nak ke mana?" tanya Sanji, dia tidak suka dengan keadaan sunyi dalam kereta. Zoro memandangnya sekilas dan mengangkat bahu. "Aku ikut kau je" ujarnya.

Sanji mengangguk kepala, dia pun memberitahu Zoro bahawa mereka perlu pergi ke mall untuk mencari pakaian yang dipakai semasa prom night.

Setelah tiba di sana, Sanji tanpa sedar menarik pergelangan tangan Zoro dan membawanya masuk ke kedai pakaian formal lelaki.

Zoro hanya memandang Sanji yang sibuk mencuba pelbagai suits di dalam kedai itu.

"Okay tak?" tanya Sanji sambil menayangkan suits yang berwarna light pink. Zoro mengangkat alisnya dan memandang Sanji. "Serius kau nak pakai ni"

Sanji tertawa kecil. "Aku nak impress perempuan pakai warna light pink"

"Huh, kau macam pondan pakai light pink"

"Apa kau cakap!" Zoro tidak menjawab, dia melangkah pergi mencari suits untuk dirinya. Sanji mendengus perlahan, dia meletakkan suits warna light pink tadi di tempat asal dan mencari warna yang lain.

Tidak lama kemudian, mereka telah pun menjumpai suits yang mereka ingin pakai semasa prom night nanti.

"Aku bayar aku punya, kau bayar kau punya" ujar Sanji. Dia ingin menyerahkan duitnya kepada cashier tetapi Zoro terlebih dahulu memberi kad kepada cashier. "Biar aku sahaja yang bayar" ujar Zoro. Gadis cashier itu hanya tersebut dan menyambut kad Zoro.

Zoro menoleh ke arah Sanji dan tersenyum sinis. "What a gentleman you are" ucap Sanji.

Zoro hanya tersenyum sinis dan menyerahkan beg shoppping kepada Sanji. Kemudian, dia terus keluar dari kedai tanpa menunggu Sanji. Sanji berlari anak anak mengejar Zoro dan akhirnya memegang tangan Zoro. Itu memyebabkan Zoro menghentikan langkahnya.

"Tunggulah dulu, sebelum balik. Kita makan dulu, aku dah lapar" ucap Sanji, dia tidak sedar dia memegang tangan Zoro sampailah Zoro memandang tangan Sanji yang memegang tangannya. Sanji terus melepaskan pegangan sebaik sahaja dia sedar dia memegang tangan Zoro.

"Seingat aku, aku hanya setuju keluar dengan kau sebab beli suits, takda pula mention ajak makan" ujar Zoro. Sanji memutar bola matanya, rasa nak sepak muka lelaki di depannya.

"Kalau kau tak nak, aku boleh makan sendiri, also aku boleh booking grab untuk hantar aku balik"

"Siapa cakap aku tak nak ikut kau makan" ucap Zoro. Sanji betul betul hendak menyepak muka Zoro sekarang kalau dia tidak menahan sabar. Dia menarik nafas dan dihembus perlahan, dia juga menguman sabar untuk diri sendiri. "Ye, baiklah Marimo"

"Marimo?"

"Ye, Marimo. Aku buat nama kau Marimo" ucap Sanji, Zoro mengangkat alisnya dan mengangkat bahu. Setelah itu, mereka pun pergi makan.

⚔ 🐥

"Jadi, kenapa kau setuju jadi partner aku?" tanya Sanji semasa dia dan Zoro sedang makan. Zoro duduk di depannya mendongak, menatap Sanji lurus.

"Sebelum aku jawab, biar aku tanya kau balik soalan tu. Kenapa kau pilih aku jadi partner kau untuk prom night?" tanya Zoro, soalan dijawab soalan, soalan yang ditujukan kepada Zoro, ditujukan kembali kepada Sanji.

Sanji bersandar pada bangkunya. Matanya menatap lurus Zoro.

" Aku.. Sebenarnya tak nak kena bahan dengan kawan aku, jadi aku ajak la kau supaya mereka stop menganjing aku" ujar Sanji. Zoro memgangguk kepala. "So kau ajak aku jadi partner sebab kau tak nak kena anjing dengan kawan kau."

"Hei, aku takda niat pun nak kacau kau. Aku cuma nak ajak kau jadi partner aku untuk prom night je, at the same time boleh juga buat kawan dengan kau. Also, aku masih straight. Tak mungkin aku jatuh cinta dengan kau" ujar Sanji sambil tersenyum bangga dengan Zoro. "Then, kenapa kau tak ajak perempuan? Kau kan 'straight'" Zoro sengaja menekan ayat straight itu.

"Oho, kau main menganjing ke apa ni?" ujar Sanji, Zoro hanya mengangkat bahu dan sambung makan. Dia hanya mendengar setiap bebelan Sanji sambil makan. Setelah makan, Zoro pun menghantar Sanji balik ke rumah.

Sanji mengucap terima kasih dengan Zoro dan keluar dari kereta, Zoro ternampak seorang lelaki menunggu Sanji di luar rumah. Dia menjenguk ke arah Zoro dan mengangkat tangan tanda salam dengn Zoro.

Zoro hanya mengelipkan lampu kereta tanda membalas balik salam lelaki itu. Lelaki itu ialah Ichiji, abang Sanji.

To be continue...

Sambung dari Prom Night dari Twt

Sambung dari Prom Night dari Twt

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
ZoSan StoriesWhere stories live. Discover now