ELLARIZ 2

11 1 0
                                    

"Mari kita kebumikan jenazah"ujar Pak Arshad apabila selesai sahaja bacaaan tahlil.

Tok imam yang berada di situ hanya mengganguk tanda setuju.Tiba sudah masa yang sesuai untuk jenazah dikebumikan.

Jenazah diunsung ke dalam van jenazah untuk dibawa ke tanah perkuburan.

Arabella hanya memerhatikan perkara itu dalam tangisan yang tidak berkesudahan dari semalam,bengkak matanya.Dia masuk ke dalam perut van jenazah itu dan menemani jenazah ayahnya sepanjang perjalanan untuk ke tanah perkuburan.

"Baik saya minta diri dulu ya"ujar tok imam setelah selesai membacakan doa kepada jenazah yang sudah berjaya dikebumikan.

Jejak kaki tok imam diikuti dengan semua orang yang berada di situ kecuali Arabella dan nendanya yang berkerusi roda itu.

"Sudah Ella, Allah lebih sayangkan ayahda kamu"ujar neneknya seraya memegang bahu cucunya untuk memberikan semangat.

"Sepatutnya nenda yang pergi dulu.."sebak pn Mariam Akifah selaku neneknya.

"Nenda jangan cakap macam tu.. Ella sayang nenda"pantas Arabella peluk neneknya.

"Dah kita balik ya"balas neneknya.Arabella menggangukkan kepalanya .Tubuhnya sudah letih akibat menangis semalaman.

"Terima kasih tok imam bantu saya uruskan jenazah abang saya"ujar Pak Arshad sambil menghulurkan tangan
bersalaman dengan tok imam.

"Baik..sama-sama..saya pergi dulu..ya.. assalamualaikum"balas tok imam seraya dia masuk ke dalam kereta dihadapannya.

"Waalaikumusalam"jawab Pak Arshad.

Hilang sudah kelibat kereta tok imam itu.Pak Arshad melihat kakak iparnya yang termelenggu disitu dari tadi.

"Akak..sabar ya,mesti ada hikmah disebalik semua ujian ni"ujar Pak Arshad.

Pn Ain Mahira hanya membisu sahaja tidak berkata apa-apa.

"Pak su!"panggil Arabella dengan menolak kerusi roda neneknya itu menghampiri Pak Arshad dan ibunya.

"Ya Ella..dah sudah ke?"..kalau sudah jom balik"balas Pak Arshad.

"Sudah..mari kita pulang"jawab Pn Mariam Akifah disitu.

Pak Arshad membuka pintu keretanya untuk mereka lalu kereta itu meluncur keluar daripada kawasan tanah perkuburan tersebut.

                          💫💎💫

Tiba sahaja di rumah, Pn Ain Mahira pantas keluar dari kereta dan meluru masuk ke dalam rumah.

"Pak su minta diri dulu ya...mak Arshad pergi dulu"ujar Pak Arshad  kepada dua orang dihadapannya.

"Jaga diri baik-baik..bawa kereta elok-elok ya"pesan Pn Mariam Akifah pada anak bongsunya.

"Baik mak, assalamualaikum"balas Pak Arshad seraya bersalaman dengan bondanya itu.

"Waalaikumusalam"jawab Arabella dan nendanya serentak.

Arabella menolak kerusi roda yang didudukki nendanya itu masuk ke dalam rumah secara tidak langsung selendang yang dipakainya ditarik oleh Pn Ain Mahira.

"Arghhhh!!..ibu!!..sakit..bu"jerit Arabella dengan menahan sakit kerana rambutnya dicengkam kuat.

"Kau memang anak tak guna kan!!"ujar Pn Ain Mahira dengan berang.

"AIN!!"marah Pn Mariam Akifah dengan kelakuan menantunya itu.

"Ha kau suruh laki aku hantar hadiah kau dekat kampus kau kan!!"melulu Pn Ain Mahira tuduh anaknya.

Will you be my Cinderella?Where stories live. Discover now