BAB 3

50 16 17
                                    

"Haachoo!" Naira bersin. Dia sememangnya alahan dengan habuk dan debu. Bersin dan selesema merupakan kawan baiknya apabila dia mengemas bilik.

"Hoi, semangat betul kau bersin ek Naira," ujar Miftah iaitu teman sebiliknya. Eh? Lelaki ke? Mana ada...nama penuh gadis ayu ini Nurain Miftah. Dia ini ada nama manja juga, Itah.

"Apa kau Itah? Dah kenal aku kan. Mana boleh dengan habuk dan debu ni." Hidung yang merah Naira gosok dengan lembut.

Tisu Itah hulurkan dan Naira membersihkan segala ketidakselesaan di hidungnya.

"Kau ada kelas tak hari ini Naira?" soal Miftah sambil menyapu lantai bilik mereka. Maklumlah, sudah sebulan jasad manusia tidak hadir dalam hostel ini. Berhabuk sangat! Jadi, sebagai manusia yang pembersih, Naira dan Miftah membersihkan bilik mereka. Soalan itu diajukan kepada Naira kerana kebiasaannya Dr. Mazlan iaitu pensyarah Bahasa Melayunya rajin untuk mengadakan kelas.

"Tak ada, pelik juga. Biasa Dr. Mazlan buat kelas," balas Naira sambil menyusun pakaian-pakaian miliknya ke dalam almari kecil.

"Apapun, aku dengar ada pensyarah baru nanti."

"Pensyarah kos lain kot," balas Naira dengan ringkas.

Sinaran bulan mula menerangi di sebalik tetingkap biliknya.

"Weh, sudah. Aku penat. Aku nak tidur!" Tangan Naira menolak penyapu itu ke dinding. Dari waktu maghrib tadi mereka berdua mengemas. Belakangnya sudah mula sakit. Kruk! Krak! Dia meregangkan badannya sehingga keluar bunyi daripada tulang-temulangnya.

"Dah pukul 8 la nyah! Solat! Solat!" kata Naira sambil mengerling ke arah jam digitalnya.

Naira dan Miftah bingkas bangun dari katil mereka lalu bergerak ke tandas untuk mengambil wuduk.

Solat dijalankan bersama-sama. Salam diberi, harap diterima-Nya.

"Aku penat la malam ni, Itah. Aku nak tidur awal," kata Naira sambil menguap semahu-mahunya. Belakang dia sudah sakit, bahu dia lenguh, dan kakinya sudah kejang! Keluhan kecil Naira lepaskan.

"Kalau macam tu...jom kita mengaji dulu sementara tunggu waktu Isyak? Selepas itu, kita tidurlah."

Suara Naira dan Miftah lembut mengalunkan Surah Al-Mulk. Tidak lama selepas itu, waktu Isyak datang menyapa mereka. Ingat, jangan biarkan keasingan atau kejanggalan sesebuah tempat baru dan asing membuatkan imanmu goyah. Solat itu tiang agama. Imanmu, tanggungjawabmu wahai hamba-hamba Allah yang dikasihi-Nya.

Kini, hanya dengkuran daripada Naira dan Miftah yang menggegarkan bilik 404. Kasihan dua gadis ini, penat betul selepas kemas bilik tadi.

Tidurlah, wahai gadis. Kau tidak akan dapat sangka apa yang akan bakal berlaku pada keesokan harinya.

Kokokan daripada ayam jantan pemilik kafeteria UPSI menggegarkan kepala Naira dan Miftah. Sudahlah dia berkokok tak habis. Biasanya ayam berkokok, diakhiri dengan ton suara yang tinggi. Tetapi lain dengan ayam pemilik kafeteria mereka ini, kokokannya diakhiri dengan nada yang mendatar.

"Oi Mamat! Kau berkokok elok sikit. Aku buat jadi kau jadi gulai baru tahu!" cemuh Miftah. Sudahlah berkokok dengan nada yang mendatar, selepas itu tak habis-habis nak ulang kokokan dia itu!

Ketawa meledak daripada peti suara Naira. Entah kenapa, dia rasa macam kelakar betul ayam itu. Tambahan lagi apabila Itah mencemuh ayam itu.

"MashaAllah! Kau nak gelak tu, boleh bagi tanda-tanda dulu tak? Ini tak, tetiba je nak gelak. Ingatkan langsuyaq mana la yang mengilai tadi." Satu bantal yang keras hinggap di kepala Naira. Sudah semestinya Itah terkejut. Tadi dia sahaja yang bising, tiba-tiba ketawa Naira pula yang mengejutkan dia. Mamat Si Ayam dengan Naira ini sama sahaja baginya.

𝐋𝐚𝐫𝐮𝐭 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐐𝐚𝐥𝐛𝐮 ✓Where stories live. Discover now