BAB 5

50 13 4
                                    

Sudah tiga hari Luth berada di Terengganu dan pada hari Selasa yang dingin ini, dia ingin pulang ke Perak untuk kembali kepada kerjanya yang hakiki.

"Mama, Luth nak balik Perak dah," ujar Luth sambil bersalaman dengan mamanya. Pelukan Puan Muniyati erat di tubuhnya.

"Mama minta maaf, Luth. Jaga diri baik-baik di sana." Pelukannya semakin erat sambil memujuk anak lelakinya.

Luth senyum lembut dan dia berlalu pergi ke arah Encik Dahari. Tangan dihulurkan untuk bersalaman dengan seseorang yang bergelar ayah. "Ba, Luth nak pergi dah."

"Ya," balas Encik Dahari dengan ringkas. Tangan milik Luth di sambut lalu salam diterima.

Pergelangan tangan anak bongsunya digenggam erat. Tubuh Luth ditarik ke dalam pelukan Encik Dahari, belakangnya diusap perlahan. Jantung Luth seakan-akan berhenti, dia tidak tahu sama ada dia perlu menangis kerana takut atau menangis kerana ini kali pertama Encik Dahari memeluknya.

"Baba..." Suara Luth serak. Penuh dengan emosi, emosi yang bercampur-baur. Dia pelik, kenapa babanya ini tiba-tiba memeluknya. Tidak pernah seumur hidupnya, Encik Dahari...memeluk Luth.

"Baba...minta maaf sangat-sangat Luth. Baba ayah yang teruk. Baba lupa bersyukur dengan apa yang baba ada. Anak-anak baba, terutamanya Luth. Baba lupa yang Luth ini juga manusia. Baba baru sedar tentang ini lepas dengar kuliah di masjid."

Luth menitiskan air mata. Dia tidak dapat mengungkapkan perasaannya melalui perkataan. Hanya air mata yang mampu meluahkan perasaannya. Dia tidak mempersoalkan takdirnya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuknya.

"Dari kecil sampai besar, baba layan Luth seperti bintang, seperti hamba. Baba akui itu salah baba kerana inginkan kesempurnaan."

Baba, dalam dunia ini tiada kesempurnaan. Baba manusia. Luth manusia. Mama juga manusia. Tiada manusia yang sempurna, baba. Jika ingin dicari kesempurnaan di dalam dunia ini. Jangan. Hanya Allah yang sempurna, ba.

"Luth. Luth anak yang sangat baik. Baba...minta maaf."

Luth mengangguk. "Maaf". Itu sahaja yang dia ingin dengar daripada mulut mama dan baba. Itu sahaja. Allah Maha Adil, Luth Eiyad. Dia tidak akan membiarkan hamba-Nya dianiaya.

"Mama, baba, terima kasih."

Kini, dia membelakangi Puan Muniyati dan Encik Dahari. Langkahnya dibuka untuk masuk ke dalam kereta.

"Luth, pergi dulu." Kereta Toyota CH-R milik Luth berlalu pergi dari perkarangan rumah ibu bapanya.

Deruman motosikal Honda CBR250R itu mengaum di kawasan kolej kediaman. Senyuman terukir di wajahnya apabila Nurain Miftah datang menjemput. Cahaya matahari yang hampir terbenam menerangi wajah Naira di sebalik topi keledarnya.

"Budak Naira dah sampai!" ujar Itah dengan penuh keterujaan. Mestilah dia teruja, sebab dia bosan duduk di hostel berseorangan tanpa Naira. Siapa suruh tak balik rumah, kan?

"Kau rindu aku, ek?" Naira turun dari motosikalnya.

"Tak, mana ada."

Pelukan Itah menghangatkan badannya yang sejuk. Sejuk. Dari pagi tadi lagi dia menempuh angin-angin di atas lebuh raya.

"MInggu depan dah final, Itah. Aku tahu kau rindu aku, sebab lepas ini kau tak boleh jumpa aku dah," kata Naira.

Ketawa kecil Itah membuatkan Naira tersenyum. Mereka berdua naik ke bilik. Seperti biasa, biliknya bersih dan kemas.

"Jangan risaulah pasal final tu, Naira. Allah ada. Allah tahu usaha kau sepanjang kau belajar ni. Jangan risau, okay?" Itah memujuk Naira dengan lembut. Dia tahu Naira sedang risau. Kata Itah, "Tengok dahi pun dah tahu!"

𝐋𝐚𝐫𝐮𝐭 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐐𝐚𝐥𝐛𝐮 ✓Where stories live. Discover now