Luth

47 14 5
                                    

Naira. Nama itu sahaja yang bermain di kepalanya.

Ameena Naira, permaisuri hatinya yang kini halal untuknya. Hanya untuk Luth.

Kelmarin baru sahaja majlis akad nikah dan majlis persandingan mereka berlangsung. Luth dan Naira masih lagi kepenatan selepas seharian menjadi raja dan ratu sehari. Tetapi, kedua-dua insan ini tahu, apa yang paling mereka rindu.

"Sayang." Luth memanggil Naira dengan nada yang lembut.

"Ya, Luth?"

BOMBASTIC SIDE EYE! Jelingan Luth tajam kepada isterinya yang tercinta. Nak merajuk ke tu Luth?

"Maaf hehe, ya abang?" Mendayung-dayung suara lembut Naira di telinga Luth. Nampak sangat dia mahu memujuk Luth.

Luth tersenyum lebar apabila Naira memanggil dia "Abang". Selama ini dia hanya berangan tetapi hari ini impiannya menjadi kenyataan.

"Kita pergi kubur Fatih lepas sarapan, nak?" soal Luth sambil menyuapkan hashbrown ke dalam mulutnya. Sedap. Walaupun dia tahu Naira hanya menggoreng hashbrown yang dibeli dari Mydin. Tetap, dia suka akan air tangan isterinya.

"Nak! Mesti abang tak sangka saya berkahwin dengan kawan baik dia, kan?" Naira sangat rindu akan Fatih Naeem. Suara abang sulungnya masih lagi terpalit di dalam memori, dia tidak lupa walaupun satu ton suara. Dia tidak lupa.

Soalan daripada Naira membuatkan ketawa Luth menggegarkan dapur rumah Puan Julaina dan Encik Fahrin. Haih, sayangku Naira.

"Betul. Dulu dia suruh saya jagakan awak, sayang. Mesti dia tak expect, awak akan kahwin dengan saya," sambung Luth lagi.

"Buat apa dekat dapur tu, pengantin baru? Bergegar dapur aku dengan ketawa awak berdua ni," celah Puan Julaina, selaku ibu kepada Naira dan kini ibu mertua Luth.

"Hehe maaf ibu, kitorang saje gurau-gurau," balas Naira sambil menuangkan kopi untuk Luth.

"Ibu, lepas ini kitaorang nak pergi ziarah kubur abang sekejap, boleh?" soal Luth kepada Puan Julaina yang sedang minum jus tomato.

Puan Julaina mengangguk. "Boleh sangat, dah lama tak ziarah abang. Mesti dia rindu kita. Kamu berdua pergilah ziarah dulu, ya? Ibu dan ayah menyusul petang ini."

Kini, sarapan sudah dihabiskan. Air pun ditelan dan melalui kerongkong dengan laju untuk menjadi pelincir kepada makanan yang sedang turun ke perut. Naira dan Luth bangun daripada tempat duduk mereka dan berjalan keluar ke garaj kereta.

"Eh, sayang? Kenapa kereta tak hidup ni?" soal Luth sambil menekan butang 'start' berkali-kali.

"Abang jangan macam-macam..." Kereta Toyota CH-R milik Luth tidak dapat dihidupkan.

Naira menayangkan muka toya kepada Luth. "Abang sayang..."

"Ya, sayang?"

"Awak lupa nak ambil kunci kereta, kan?"

"Ya Allah! Haah! Kunci lupa nak ambil, patutlah kereta tak boleh start..." Luth segera berlari ke dalam rumah dan mengambil kunci kereta yang ditinggalkan atas meja di dapur.

Naira ketawa melihat gelagat suaminya. "Muka je handsome, tapi pelupa."

"Jom, sayang."

Luth memandu ke Tanah Perkuburan Kampung Kubang Palas. Rumah baru Fatih Naeem. Kereta itu diparkir elok di bawah pokok yang rendang. Mereka berdua turun dan berjalan ke kubur Fatih.

"Assalamualaikum abang, Naira datang dengan suami Naira." Tangan Naira mengusap batu nisan di atas kubur itu dengan lembut.

"Assalamualaikum, Ateh," ucap Luth sambil melutut di tepi kuburan itu.

𝐋𝐚𝐫𝐮𝐭 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐐𝐚𝐥𝐛𝐮 ✓Where stories live. Discover now