CHAPTER 33

341 11 0
                                    

VOTE PLEASE ⭐

Haryati berlari sekuat hati tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Apa yang penting dia perlu selamatkan Mawar.

Dia tidak mahu Mawar termakan umpan Rahimi. Mujur dia tergerak hati untuk mengikuti suaminya tadi. Kalau tidak pasti dia tidak tahu rancangan yang suaminya buat untuk menjual Mawar.

Rahimi menggunakan jalan itu untuk melangsaikan hutangnya dengan ah long. Dia sudah berapa kali kalah judi sehingga hutang makin meningkat.

Haryati sudah tidak peduli lagi. Dia tidak mahu Rahimi merosakkan hidup Mawar lagi. Dia tidak kisah sekirannya dia mati sekalipun kerana dia sudah tiada apa-apa jadi buat apa dia hidup.

Berkali-kali dia mendail nombor telefon Mawar tetapi tidak diangkat. Dia berfikir banyak kali. Takkanlah dia mahu ke pejabat Mikael. Pasti Mikael akan menghalaunya kerana perjanjian yang mereka buat menyatakan mereka tidak boleh berjumpa.

Arh kisah pulak dia dengan perjanjian itu. Selama ni pun dia langgar je. Dia selalu berjumpa dengan Mawar atas desakan Rahimi tak guna tu.

"mana kau ni Mawar?" nombor Mawar ditekan lagi. Gelisah dia dibuatnya. Dia berjalan mundar-mandir di hadapan syarikat Mikael.

Dia berfikir untuk masuk ke tidak. Namun dia tiada pilihan lain. Dia mesti masuk juga. Kalau minta tolong Mikael agak-agak dia mahu tolong ke tidak ye, fikir Haryati.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Dia terus angkat tanpa melihat siapakah pemanggil yang menelefonnya.

"hello Mawar. Kau dekat mana?" tanya Haryati terus.

"ape benda tiba-tiba Mawar ni. Ni aku lah Rahimi"

Terkaku seketika Haryati apabila mendengar suara Rahimi.

"aku nak kau pergi jumpa dengan Mawar. Ajak dia datang rumah. Aku nak jumpa sekarang" ujar Rahimi dengan nada serius.

Kali ini dia yakin Mikael takkan dapat jumpa Mawar buat selama-lamanya. Dia ada rancangan yang baik punya.

"kenapa nak jumpa Mawar pulak?" Haryati buat-buat tanya.

"kau tak payah banyak tanya sangatlah. Yang penting aku balik malam ni, aku nak tengok Mawar ada dekat rumah"

Haryati makin gelisah. Macam mana dia nak jumpa Mawar ni. Tak, dia kena jumpa dengan Mikael. Mikael sahajalah yang mampu selamatkan Mawar.

"KAU DENGAR KE TIDAK NI, YATI!?" marah Rahimi.

"ye baik. Saya pergi jumpa dengan Mawar. Saya ajak dia balik malam ni" jawab Haryati lambat lambat lalu mematikan panggilan.

Nak tak nak dia perlu berjumpalah dengan Mikael juga.

"Bolehlah, cik. Bagi saya masuk. Saya nak jumpa dengan Mikael. Ada perkara penting yang saya nak cakap dengan dia ni" rayu Haryati.

"maaf ye makcik. Makcik tak boleh masuk. Makcik kena buat appointment dulu kalau nak jumpa dengan Tuan Mikael" jawab pembantu kaunter itu dengan lembut.

"Apa bising-bising ni?"

Haryati mengalihkan pandangannya apabila mendengar suara Mikael.

"Makcik ni nak jumpa dengan Tuan tapi dia tak buat appointment"

"awak boleh sambung kerja. Saya kenal makcik ni" balas Mikael.

Mikael mengarahkan Haryati untuk mengikuti langkahnya ke biliknya.

"ada apa kau nak jumpa dengan aku ni?" tanya Mikael serius.

"aku nak mintak tolong kau selamatkan Mawar. Dia dalam bahaya sekarang ni"

CARL DARREN : HIS AURORA Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon