TETAMU YANG TAK DIUNDANG

43 1 0
                                    

"Ha?! Sumpahla?"Luqman mengangguk "dah lama aku suka kau..dari kita form 1 lagi..yelah..kita pun dah berkawan lama kan?" Kelu lidah Adlisya dibuatnya manakan tidak, selama ini dia hanya menggangap luqman seperti abang kerana jarak umur mereka setahun..dia menggaru kepalanya yang tidak gatal..

"Sya..kau okay tak ni?" Adlisya tersentak dari lamunannya... "ha?..okay..aku okay" Adlisya diam seketika "hmm.. luq..aku rasa..kita kawan jelah..sebab aku tak boleh anggap kau lebih dari abang..aku minta maaf sangat-sangat wei..sumpah aku tak boleh dengan kau.." Luqman tersenyum pahit, "eh takpe..aku dah dapat jawapan dari kau pun dah cukup..malam ni lepak mamak jom..aku belanja"

"Malam ni tak boleh la luq..bapak aku cakap kawan abang aku nak datang rumah..sorry tau.." hati Adlisya dilubungi rasa bersalah terhadap Luqman..tetapi apakan daya..dia sudah berjanji untuk membantu bapanya melayan tetamu yang tidak diundang...ya..tetamu yang tidak diundang oleh adlisya."menyusahkan jelah kawan abang ni..Memangla Buya dengan abang yang jemput dia..tapi aku tak jemput dia..tak payah la datang ishh satu hal pulak nak kena layan dia" keluh Adlisya sambil membawa superbikenya.

Setibanya di rumah, dia melihat sebuah kereta mewah Porsche Cayman berwarna krim di depan rumah agamnya"aik..abang Rizal beli kereta baru ke apa ni?" Bisiknya dalam hati..Adlisya memberikan salam sebelum melangkah masuk ke dalam rumahnya.."waalaikumussalam.." seorang lelaki menjawab salamnya..

"eh..ni bukan suara abang..entah-entah kawan dia dah datang agaknya" bisik hatinya.."aku masuk ikut pintu belakang la..nanti takdela aku kena tolong kan.." dia kemudian masuk ke pintu belakang rumahnya dan naik ke biliknya.."Adlisya! Tolong Buya tu" Adlisya terdengar suara abangnya memanggil.."alamakk abang Rizal niii"...

"dia tak balik lagi Zal..kamu jelah yang tolong Buya..dia ada rumah Luqman latu.." Rizal menggeleng kepala dengan sikap Adlisya Aulia.."haih..sengaja cari alasan tanak tolong latu"..aku tolong bapak aku dekat dapur jap..kau tunggu situ" lelaki tersebut hanya menggangukkan kepalanya sambil melihat sekeliling kawasan rumah itu..

"Yan..bapak aku ajak makan tu..jom sembang dekat dapur.." mendengar ajakkan rizal..Aryan terus bangun mengikut rizal ke meja makan."banyaknya lauk pakcik..boleh kenyang saya macam ni.."bapa Adlisya melontarkan senyuman kepada aryan..."takde la banyak sangat...lagipun adik si Rizal ni suka sangat dengan sambal ni" Aryan menganggukkan kepala.."eh adik kau umur berapa Zal?"..
Aryan sudah lama menjadi sahabat Rizal..seingatnya dia pernah mendukung Adlisya semasa dirinya di bangku sekolah menengah..saat itulah kali terakhir dia bertemu dengan adik Rizal kerana keluarganya berpindah ke luar negara...

"Adlisya 18 tahun dah..tahun ni baru SPM budak tu..eh last kau nampak adik aku masa kita form 3 kan? Dia baru darjah 4 masa tu..kau rajin layan dia main masak-masak HAHAHAHA" Aryan tersenyum mengingat kembali zaman sekolah menengahnya dahulu..kini dia sudah mencecah 24 tahun..ingatannya masih segar ketika Adlisya terjatuh dari basikal.. dia mendukung Adlisya.."abang Yan tahu..kaki lia sakit..tahan sikit je..dah nak sampai dah ni.." Rizal menepuk belakang Aryan.."woi..bapak aku tanya tu.. jawab la.." Aryan kembali ke realiti.."hah? Apa tadi pakcik? Sorry..saya tak perasan..pakcik cakap apa tadi?"

Rizal mentertawakan rakannya.."bapak aku tak cakap apa-apa pun yan..kau ni dah kenapa..jauh betul termenung HAHAHAHA"Aryan mencebik.."kau ni.." Dato' Akmal tersenyum memandang telatah mereka..dia tercari-cari kelibat anak bongsunya.."Rizal..isya mana?dari tadi tak balik lagi ke?" Rizal memberhentikan tawanya "ada tu dekat atas..nak Izal panggil ke? Dato' Akmal menganggukkan kepalanya. Rizal bingkas bangun dari kerusi dan mengetuk pintu bilik adiknya.."Sya..Buya panggil makan tu.."

Adlisya memberhentikan permainan videonya "nantilah..abang dengan Buya makanlah dulu..Sya malas nak turun..nanti kena pakai tudung la apa la susah.."Rizal berlalu pergi dan duduk kembali di meja makan "dia malas nak turun Buya..malas nak bertudung katanya.."

Dato' Akmal hanya mengangguk dan bangun mencuci piring.."takpela kalau macam tu..ni kau tak balik rumah tok abah kau ke Yan?..Aryan tersenyum palsu mendengar pertanyaan Dato' Akmal.."dia nak ke tengok saya ni pakcik.."

ARYAN UQASYAF Where stories live. Discover now