bab 1

521 44 2
                                    

MATAKU melingas ke seluruh kawasan tersebut. Walaupun menuntut pengajian di Kuala Lumpur, tempat ini ialah tempat yang sangat jarang aku jejaki. Kerana ramai bangsa Cina dan Bangladesh. Kedai arak juga agak banyak di sini.

"Hilya? Kenapa ni?" Suara garau yang menyentuh hujung telingaku itu menyedarkan aku dari berada dalam duniaku sendiri.

Aku berpaling ke arahnya. Matanya turun ke bawah. Saat itu, baru aku perasan bahawa aku telah mengenggam hujung baju T hijau gelap yang dipakainya. Lekas, aku melepaskannya.

Syed Aryan masih memandangku dengan riak wajah risau. Memang dia saja kawan yang ada untuk menemani aku ke Pasar Seni. Kerana awalnya, akulah yang teringin sangat nak ke sini. Tapi perlukan seorang peneman yang sudah biasa ke sini. Alih-alih, rakan perempuan aku yang lain semua tidak boleh menemani aku. Jadi, hanya Aryan saja insan yang aku ada.

"Sorry. Saya tak biasa ke sini. Ramai orang Cina dan Bangla. Banyak kedai arak pula tu. Saya... Saya–"

"Takut?"

Tidak pasti mahu mengangguk atau tidak kerana pasti dia akan kata aku gedik. Diri sendiri yang mahu sangat ke sini. Tapi akhirnya, diri sendiri juga yang berasa takut apabila sudah tiba di tempat yang diingini.

Aryan hanya tersenyum segaris.

"It's okay. Kalau tak selesa atau dah penat, beritahu aje saya. Okay?"

Aku hanya mengangguk sekali. Bibir mengukir senyum tipis.

Tiba-tiba Aryan menghulurkan paket tisu kecil padaku. Aku menjongket kening.

"Lap peluh. Kejap lagi saya belikan kipas tangan," ujarnya.

Aku terkedu seketika.

"Eh, tak apa. Saya memang dah ada bawa kipas tangan," balasku segera.

Dia mengangguk beberapa kali dengan mulut terlongo kecil. Setelah itu, kami meneruskan berjalan-jalan di sekitar situ. Bila aku mahu membeli sesuatu, Aryan turut mengikutku. Tapi saat aku mahu membayar barangan yang dibeli, dia pula sibuk untuk hulurkan wang.

Sudah aku tolak pun, dia kata tidak mengapa. Mulalah aku mahu memarahinya.

"Aryan, saya bukannya nak tolak rezeki. Tapi kenapa perlu bazirkan duit untuk saya yang bukan siapa-siapa ni? Yang hanya orang asing?"

Aryan memandang barang di tangannya dan di tanganku. Boleh tahan banyak juga aku beli. Maklumlah, dah lama aku tak keluar rumah sebab malas dan tiada teman punya pasal.

Aku ini ramai saja teman. Tapi bila sudah rancang mahu keluar bersama mereka itulah. Mereka ada hal pula.

"Ada nak beli apa-apa lagi ke? Hilya suka bunga tak? Kita singgah kedai bunga, nak?" tawarnya sambil tersengih lebar. Matanya bersinar.

Aku tetap mengangguk biarpun aku bukanlah penggemar bunga. Bagi aku, nanti buat semak dalam bilik saja. Tapi tidak sampai hati pula aku menolak tawaran Aryan itu.

Sudahnya, kami ke kedai bunga berdekatan. Semuanya cantik belaka dan kebiasaannya orang pasti akan membeli bunga baby breath.

"Hilya nak bunga baby breath?" soal Aryan. Dia pula yang tampak teruja.

"Bolehlah."

"Hurm... Nak warna apa? Pilih. Aryan belanja."

Memincing mataku memandangnya.

"Kalau Aryan belanja, saya tak nak. Simpan duit tu. Awak tu muda lagi. Tak perlu bazirkan duit untuk anak orang lagi." Ayat sama seperti tadi diulangku.

"Alah... Tak apalah. Kita kawan kan? Tak salah lah Aryan belanja Hilya. Cepatlah pilih. Dah nak masuk waktu Zohor ni."

Kadang aku menyampah dengan ayat  'kawan' itu. Kawan tak akan memanggil kawan berlawan dengan jantinanya dengan panggilan mesra. Kawan juga tak akan memperlakukan kawan berlawanannya sebegini rupa.

Twitterpated | CWhere stories live. Discover now