5

36 10 109
                                    

"Oi Penyut, kau nampak kan si Ehsan tadi?" kata Makcik Joy, sejurus sahaja selepas keluar dari perkarangan masjid.

"Ye. Kenapa anak si Mah tu? Tau aku dia kerja tido je. Hantu mana sampuk?" jawab Makcik Penyut dengan lebih banyak pertanyaan.

"Kan Makcik! Saya pun heran." kata Wildan, tiba-tiba berada di belakang mereka berdua.

"Opocot- tulahtu!" terkejut Makcik Joy.

"Tapi kan makcik, saya dengar dia suka anak Ustaz Johari." tiba-tiba Jezry muncul pula disebelah Wildan.

"Lah, ye ke? Macam tak ikhlas je turun masjid." sambung Wildan.

"Dahlah, jom sambung cerita kat rumah Makcik Penyut"

___

"Akak, akak!" jerit Luqman. Hani pun berpaling ke belakang.

"Ha, kenapa ni Luqman?" tanya Hani kepada adiknya.

"Akak, ni Abang Ipat ada bagi something kat akak." kata Luqman kepada Hani sambil menyeluk poketnya.

"Hah? Iffat?" tanya Hani. Kenapa tiba-tiba?

"Ye. Jap eh." kata Luqman lagi. Tidak lama kemudian, dia mengeluarkan sign mini love.

"Nah. Bang Ipat bagi. Dia cakap lep banyak-banyak kat akak" kata Luqman. Hani terkedu.

"Apa ni dik?! Dah, pergi mandi!"

Waduh blushing ker tu.

___

"Weh Jezry, sini jap!" panggil Dinnie.

"Kenapa bang Dinnie?" tanya Jezry, mendekati Dinnie.

"Kakak kau suka apa? Jom ikut aku pergi bazaar." ajak Dinnie kepada Jezry. Jezry memasang muka terkejut.

"Hah? Kakak saya?" tanya Jezry lagi meminta kepastian.

"Ye kakak kau. Dah cepat naik moto ni" kata Dinnie lagi kepada Jezry. Tanpa menunggu, Jezry terus membonceng dibelakang Dinnie.

Wenggg

Sesampainya mereka di Bazaar, mereka berdua pun mula menjelajahi tempat tersebut, mencari apa-apa yang kena di lidah.

"Jezry, biasanya kakak kau suka apa?" tanya Dinnie kepada Jezry.

"Erhh dia pernah cakap tau, "Apa-apa Dinnie buat, aku tetap suka. Kalau dia bagi aku benda yang paling aku benci, aku tetap suka". Gitu ah." jawab Jezry panjang lebar.

Habes kau Aira.

___

"Haeqal, kau ambik ayam kat kereta aku jap." arah Yahya kepada Haeqal.

"Kunci kereta bang?" tanya Haeqal kepada Yahya. Yelah cane nak bukak kan?

"Nah. Cepat tau. Tak sempat goreng nanti." pesan Yahya, menghulurkan kunci keretanya kepada Haeqal.

"Baik bang. Meluncurrr." jawab Haeqal, terus pergi.

Iklan kejap. Korang, Abe Yahya tengah cari gelpren sekarang. Siapa nak?

Sambung balik. Sedang Haeqal berjalan, tiba-tiba Laiqah muncul. Terus Haeqal menyembunyikan diri dibelakang kereta.

"Wah bakal bini aku." gumam Haeqal sendiri.

Tiba-tiba, Haeqal melihat seorang lelaki mendekati Laiqah dan mereka kelihatan mesra. Apani?!

___

"Assalamualaikum ustaz!" kata Ehsan, menyapa Ustaz Johari.

"Waalaikumussalam. Kenapa ni?" tanya Ustaz Johari kepada Ehsan.

"Ustaz, saya dengar ustaz tengah cari assistant." kata Ehsan kepada Ustaz Johari lagi.

"Haah. Kenapa? Kamu pandai ajar ngaji tak?" satu lagi soalan Ustaz Johari lontarkan kepada Ehsan. Ehsan mengangguk.

"Ye ustaz. Tapi kan ustaz... Boleh tak sambil-sambil tu saya nak tackle anak ustaz sekali?" tanya Ehsan lagi.

"Sukahati kamulah Ehsan. Esok, kamu datanglah rumah ustaz masa budak ngaji." kata Ustaz Johari.

"YESSS!"

___

korang nak tau tak cite
Wildan tu? boleh check out
cerita Terakhir. baru buat tadi
:D

Bazaar (Applyfiction) Where stories live. Discover now