bab 3

121 25 1
                                    

LANGSIR rumah, diselak sedikit. Mahu mengintai jiran sebelah. Ketika dalam perjalanan tadi, Sofiah telah memberitahu aku bahawa Dr Keith akan menyewa rumah lain. Jadi, aku terus memberitahu Aryan bahawa dia akan tinggal serumah dengan Dr Keith. Mujurlah Dr Keith hanya mengikut saja.

Ketika ini, aku tertanya bagaimanakah mereka berdua di sana? Adakah Dr Keith akan menyoal Syed Aryan dengan pelbagai soalan berkaitan aku? Tapi sudah aku nyatakan tadi bahawa aku dan Aryan hanya sekadar teman.

"Oit!" Tiba-tiba bahuku ditepuk oleh Sofiah dari belakang.

Refleks, aku memusingkan tubuh menghadapnya. Sofiah bercekak pinggang memandangku.

"Tengok apa? Dah nak senja ini," soalnya.

"Agaknya bagaimana mereka, ya? Kau rasa Aryan okay ke dengan Dr Keith?" Bibir bawahku digigit lembut. Entah mengapa aku berasa rengsa.

Sofiah hanya diam dan mencebik seraya bahunya dijongket. Gadis itu melabuhkan punggung ke sofa. Kaca televisyen dibuka.

"Aku risau," ujarku.

"Risau kenapa? Sebab Dr Keith lagi besar daripada Aryan?" Sofiah tertawa.

Aku memutarkan bola mata ke atas seraya bibir mencebik. Langkah dibawa mendekati Sofiah lalu, punggung turut dilabuhkan di sebelahnya. Memanglah Dr Keith lebih sasa daripada Aryan. Sesuai dengan usianya. Tapi bukan itu yang aku risaukan.

"Bukan begitu. Aku takut Dr Keith soal Aryan macam-macam. Selepas itu, what if dia kerjakan si Aryan tu? Hesy. Manalah tahu." Mulalah aku berprasangka yang bukan-bukan. Adakah ianya dikira melampau?

Sofiah mengerutkan kening dan menyenggol lenganku dengan sikunya.

"Hesy, tak adanya. Mereka bukannya budak-budak sampai begitu. Dua-dua dah tua. Dr dah 27, Aryan dah 23."

"Tapi Aryan lebih muda daripada Dr. Aku–"

Ayatku tergantung dek kerana ketukan pintu yang hadir dari luar. Siapa pula yang datang ketika waktu sebegini? Adrenalin mula menghentak pembuluh darahku.

"Kau pergi tengok. Aku nak mandi." Sofiah sudah mengelat.

Maka, aku melangkah ke pintu utama rumah sebelum ianya dibuka. Saat itu juga, bola mataku naik menatap jejaka tinggi di hadapan.

Bukan Aryan. Tapi...

"Hye, lady."

Pensyarah tapi boleh pula berperangai miang begini terhadap pelajarnya? Tidak kira lah sedang berada dalam kawasan pusat pengajian atau di luar. Aku tetap juga tidak selesa. Aryan pun tidak pernah memanggil aku dengan sebarang panggilan mesra.

Dr Keith sedang tersenyum menawan ke arahku. Tubuh sasanya elok berbalut jersi putih tanpa lengan. Sengaja ingin mempamerkan otot biceps miliknya itu pada gadis kampung di sini.

"Dr nak apa?" selaku, kasar.

Dia tertawa kecil. Gedik. Ingat macho lah tu?

"Tiba-tiba homestay I sewa itu, shower dia rosak. So, boleh I tumpang mandi di sini?" Dia menjongketkan kedua keningnya seraya membetulkan tuala yang tersangkut di bahu sasanya.

Mataku terus membulat bersama kerutan di ruas dahi. Kedua tangan sudah mencekak pinggang. Riak wajah jelas memaparkan ketidak puasan hati terhadap jejaka di hadapan aku ini.

Eh, eh. Ini dah melebih.

"Dah showernya rosak, kenapa datang sini? Beritahulah owner homestay tersebut. Dan Dr boleh saja minta tumpang mandi di rumah dia. Rumah dia sekitar sini juga," bahasku.

Dr Keith berdecit. Belakang tengkuknya digaru. Dia mengigit bibir bawahnya bagaikan sedang mahu mencari alasan.

"Tapi rumah dia tu, rumah kampung. Kena mandi guna baldi... Ah, entah apa. I tak biasa, Hilya. I kan–"

"Eh, Keith! Jomlah mandi. Abang Mat dah panggil itu. Dia dah sediakan air panas menggelegak untuk kau. Jom!" Suara Aryan tiba-tiba hadir mencelah. Lelaki itu tersengih lebar. Sempat lagi dia selitkan sindirian buat Dr Keith yang lebih tua daripadanya itu.

Aku tersenyum lucu melihat dia mendekati Dr Keith lalu lengan lelaki itu ditarik untuk ke rumah bersebelahan dengan rumah yang lain di kawasan ini.

Manakala, Dr Keith dengan langkah terpaksanya hanya menurut saja. Hujung telingaku menangkap carutan yang dihamburkan olehnya biarpun dalam frekuensi suara yang perlahan.

Kehadiran Aryan itu, membuatkan aku menghela nafas lega. Mujurlah lelaki itu pantas tadi. Aku memanjantkan rasa syukur dalam hati. Perkara sebegitu pun sudah membuatkan aku bersyukur kerana Tuhan masih melindungi aku dari lelaki yang berkemungkinan berniat tidak baik ke atas aku.





KIPAS elektrik yang sederhana saiznya yang dibawa, aku halakan pada leher dan wajah yang sudah berpeluh. Cuaca cantik pada harini sementara kami berempat menanti bot untuk ke Pulau Perhentian tiba.

"Hilya."

Aku menoleh ke arah insan yang menyeru aku dari kanan. Mendongak kepalaku memerhati susuk tinggi dan tegap Syed Aryan yang kasual memakai baju T hitam dan seluar slack khaki menyapa ruas mata.

"Yes, Aryan?"

"Nanti dalam bot, berapa orang aje yang ada?"

"12 orang. 8 orang dewasa, 4 orang kanak-kanak. Kenapa?"

Aryan hanya menggeleng sambil tersenyum segaris.

Tidak lama kemudian, bot yang dinanti akhirnya tiba juga. Kami berempat bersama 8 orang yang lain termasuk kanak-kanak, bergerak ke bot.

Baru saja aku mahu menaiki bot, tiba-tiba ada satu tangan lain yang menghulurkan tangannya kepadaku. Aku pandang gerangannya.

Dr Keith hanya tersenyum sambil menjongket keningnya.

"As a gentleman, I –"

"Tak apa. Dia boleh naik sendiri. Come, Hilya." Aryan yang sudah menaiki bot  mencelah dan menolak perlahan Dr Keith untuk duduk. Dia memberi ruang kepadaku untuk naik. Menghalang tubuh Dr Keith dari mendekati aku.

Sesungguhnya, Syed Aryan ialah lelaki budiman yang sebenar. Lelaki yang tidak akan menyentuh wanita selain mahramnya sesuka hati hanya untuk menunjukkan lagak budimannya di depan gadis.

"Lelaki budiman yang sebenar dalam Islam, tak akan menyentuh wanita selain mahramnya sesuka hatinya, Dr Keith," ujar Aryan yang duduk di belakang aku kepada jejaka di sebelahnya.

Mendengarkan itu, bibirku menguntum senyuman lebar. Adakalanya aku tertanya, bagaimana ada waktu,  aku dan Aryan boleh berfikiran sama?

Mungkin hanya kebetulan saja. Nama pun kawan.

Apabila bot sudah ada berura untuk bergerak, aku mengenggam kemas tangan kiri Sofiah di sisiku dan juga pemegang di tepi. Masih diposisi yang sama seperti kali pertama aku menaiki bot dahulu. Sudah ini saja pilihan yang aku ada.

"Don't worry. Tak ada apa pun. Okay?" Tiba-tiba suara Aryan dari belakang hadir membisik.

Spontan, bibirku mengulum senyuman segaris. Lalu, tanpa berpaling ke arahnya, aku mengangguk. Mungkin bagi orang lain, ianya hanya perkara biasa. Tapi tidak untuk aku. Fikiran aku sentiasa memikirkan sebarang kemungkinan yang bakal terjadi.

Twitterpated | E-BOOKWhere stories live. Discover now