Welcome!

25 3 2
                                    


Hai semua!

Selamat datang ke Behind Our Silence.


Sejujurnya, lebih daripada setahun saya tinggalkan dunia penulisan. Berehat? Pada mulanya saya fikir saya hanya nak berehat setelah banyak perkara yang menghimpit saya sehingga lelahnya saya dalam dunia penulisan. Minat dan kesungguhan saya terpadam sekelip mata. Tanpa saya duga. Dan perkara tu memakan diri saya lebih dari setahun. 

Rindu? Semestinya. Dari kecik saya menulis certot di buku sekolah hinggalah saya berjaya terbitkan novel sendiri. Saya fikir kalau saya berhenti tengah jalan, sia-sia sajalah saya asah minat sendiri. Walaupun saya tak dikenali ramai dan karya saya banyak yang kurangnya, percayalah review positif dan feedback kalian yang mewarnai senyuman saya. Dalam pada saya tinggalkan dunia penulisan, saya tak pernah hilang. Masih saya membaca setiap komen dan recommendation buku saya kepada orang lain. Itu semua buat saya terharu dan gembira walaupun semangat sedang pudar. I love you guys. Sebab tanpa pembaca, kisah saya hanyalah kisah yang tergantung sepi.

Saya tak minta banyak, hanya mahu bintang ini terus berkarya sebelum Tuhan membawanya pergi. Wallahi, I miss stargazell. I miss Adhara Syakil. I miss my passion as a writer.

Kalau tak keberatan, boleh tak you guys drop some motivation for a writer who losing herself? I really appreciate your help. May all your dua motivate and inspire me to write more stories.


Dengan ini, saya persembahkan Behind Our Silence. 

Tentang mereka yang menyepikan diri dari dunia. 

Yang menolak kehadiran manusia.

Yang menafikan diri tentang realiti dunia.

A part of it is based on real incident.

And half of it based on real feelings and hope.


This is a story where two broken soul and world... heal each other.

Maybe this story will be my comfortest book after TBV.

Enjoy and feel it!

Behind Our Silence (Slow Update)Where stories live. Discover now