Prolog

26 3 1
                                    

"Kau ada dengar cerita tentang satu perempuan ni tak? Dia ni, sombong gila! Haritu si Fuad try start conversation dengan dia, kena palau bhai si Fuad! Malu teruk member tu." Indra menepuk bahu sahabatnya dek kegeraman. 

"Siapa do yang reject Fuad? Ada rupa dan harta kot. Buta ke?" Usman bagaikan tak percaya. Satu kolej maklum tentang darjat si Fuad tu. Ayah dia ialah seorang menteri yang terkemuka dan juga wakil rakyat di kawasan ini. Bonus pula Fuad pandai bergaya dan memiliki wajah yang jelas mencairkan wanita. 

Menolak Fuad ibarat menolak jongkong emas!

"Tu. Kau nampak tak minah tu?" Jari telunjuk Indra menala ke satu meja yang terletak di sudut kafeteria. 

"Budak mana tu?"

"Entah. Awalnya aku tak kenal pun. Tapi sebab kecoh pasal Fuad tu la aku usha juga siapa perempuan yang reject si Fuad tu. Orang kata dia tu sombong nak mampus. Nak kata cantik, biasa aje. Awek aku cantik lagi."

Usman menoleh ke gadis yang menjadi topik perbualan mereka. Dahinya berkerut cuba untuk melihat dengan jelas dek hoodie gadis itu menutupi wajah. 

"Tak nampak pun muka dia."

"Tak payah tengoklah. Kau pun nanti geli je."

"Tengok awek kau tak cukup kain lagi aku geli. Tersembul sana-sini macam nak meletup." komen Usman selamba.

Indra lepas tawa besar. "Bodoh la kau ni! Yang tersembul juga kau usha, kan? Kalau awek aku lepak sekali pun mata kau tak lepas pandang."

"Benda free." Usman hirup neslo ais yang berbaki separuh. 

"Kau free tengok je. Aku free pegang lagi. Lembut bhai!" 

Sikit pun Indra tidak kisah teman wanitanya dikatakan begitu. Teman wanitanya hanya untuk stok suka-suka aje selain buat layan mata. Orang tayang, dia layan saja. Sebab dia pun bukannya serius. Bosan nanti dia tukar baru. 

Usman tetap meliar mata ke arah gadis tadi. Seketika matanya jatuh pada air neslo. Kepalanya ligat memikirkan sesuatu. Pujian-pujian yang Indra lontarkan buat teman wanita seksinya diabaikan. Malas nak layan. 

"Aku nak pergi sana kejap." putus Usman seraya mengangkat punggung. 

"Eh? Kau nak tegur minah tu? Tak payahlah. Buang masa kau ajelah."

Mengabaikan, Usman bawa air bersamanya. Gelas dipegang rapat. Tepat di hadapan gadis itu, Usman bertindak menghayun gelasnya, menumpahkan isinya.

Pap!

Jeda.

Usman terpempam. Niat mahu mengenakan gadis itu gagal apabila ada satu fail yang menutup wajah gadis itu daripada basah. Mata Usman naik melihat si gerangan.

"Tak nice bro kacau orang makan." Hamidi kebas failnya ke sisi. Mata tajam memandang Usman.

"Awek kau ke?" Usman panas hati. Gelas diletak ke meja. Tanpa mereka sedar, diri mereka menjadi perhatian pada petang itu.

"Tak belajar ke adab sesama manusia? Kalau kau tengah makan, aku mandikan air teh panas, kau akan marah juga, kan?"

Usman rasa panas dengan baju sweatshirt miliknya. Disinsing lengan hingga ke siku. Indra yang mula mendekat juga tidak dapat meredakan perasaannya. Ada pula yang nak lagak hero depan gadis sombong itu. 

Menyebalkan!

Athiya yang sedar dirinya mula menjadi perhatian mula bangkit dengan pinggan yang sudah licin. Tanpa berterima kasih kepada Hamidi ataupun melepaskan kemarahan pada Usman, gadis itu menonong pergi meninggalkan kafeteria. Ibarat tiada apa yang berlaku.

Membiarkan Hamidi tercengang. 

Macam tu aje Athiya tinggalkan dia?

Tak mahu orang perasaan dirinya tergugat, dia kembali menjeling Usman.

"Orang tak kacau kau, tak payah nak kacau orang pula." Ucapan Hamidi yang terakhir sebelum beredar dari situ. Tak mahu keruhkan keadaan. 

Usman juga tidak maju. Hanya memandang Athiya dan Hamidi yang semakin menghilang dari pandangannya. 

"Kau kenapa bro?" Indra menyoal. Terkejut juga dia melihat aksi berani Usman.

"Betul cakap kau. Sombong gila minah tu." 

"Aku dah cakap kan? Kau tak nak percaya. Dahlah, aku nak kena jumpa Sir Evans. Dia mention aku dalam group. Mesti sebab markah test." Indra mengeluh kecil mengenangkan pensyarah mereka dari luar negara itu. Sangat cerewet!

"Malas aku nak hadap mamat kerek tu. Kau jelah pergi jumpa dia."

Usman langsung menuju ke tempat parking motor. Dihidupkan engine sambil mata meliar ke kawasan kampus. Matanya tertancap pada seseorang. Spontan, bibirnya merekah senyuman sinis. Laju dia menunggang motornya. Melihat orang itu mahu melintas jalan, Usman semakin laju dan sengaja lalu pada lopakan air. Hal ini menyebabkan air terpercik tinggi.

Usman berhenti. Dia sengih. Mahu tengok reaksi si dia.

Athiya hela nafas perlahan-lahan. Dicabut jaket basah yang menyarung tubuh.

Usman terkelu. Athiya sedikit pun tidak menoleh ke arah dia. Jalan saja tegak tanpa pandang belakang.

"Eh, memang tak ada perasaan betullah perempuan ni."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 10 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Behind Our Silence (Slow Update)Where stories live. Discover now