PROLOG 2

17 4 0
                                    

                Bunyi esakkan jelas kedengaran menyebabkan Amaline berasa seram sejuk. Dia cadang untuk pergi ke tasik dan healing selepas putus cinta dengan bekas kekasihnya tetapi terbantut niatnya apabila mendengar bunyi esakkan itu.
                Makin lama makin kuat bunyi esakkan itu membuatkan dia tidak tenteram. Fikirannya mahu lari daripada situ tetapi hatinya kuat ingin melihat siapa yang menangis di tasik ini. Pada waktu malam pulak tu.
                Amaline tetap Amaline, kalau tidak terlajak berani tu bukan Amaline lah namanya. Nama pun anak nombor dua, mana makan saman.
                Mata mula mengendap-ngendap walaupun memang jelas kelihatan seorang lelaki berbaju tshirt putih dan seluar hitam sedang baring dan menangis memandang ke arah bulan.
               Amaline turut berasa kasihan dengan jejaka tersebut. Dalam seumur hidup dia, ini kali pertama dia melihat lelaki menangis.
               Bak kata abangnya, seorang lelaki itu sangat pandai menyorok perasaannya. Sebab nak nampak macho punya pasal. Tapi kalau dah tak tahan, semuanya akan diluahkan. Macam lelaki itulah.
               Amaline masih berfikir sama ada mahu pergi dan menemani jejaka itu ataupun tidak. Kalau teman karang orang kata dia gatal pula. Lagipun, dah malam. Tak elok kalau berdua lelaki dan perempuan. Tetapi Amaline berasa kasihan dan rasa seperti lelaki itu memerlukan bahu untuk menyandar.
            "hello."
            Tiada balasan. Mata jejaka itu masih tak lekang memandang ke arah langit. Dia ni pekak ke? Kata hati Amaline. Sekali lagi dia memanggil jejaka itu tetapi tidak dibalas.
            Beberapa langkah dan punggung dilabuhkan bersebelahan dengannya.
           "kau nak apa?"
            Beku. Itu sahaja yang dapat dikatakan. Amaline menghadiahkan jelingan kepada lelaki itu. Dah lah menangis mengalahkan perempuan, pastu cakap pulak macam nak cari gaduh. Dia yang perempuan ke aku yang perempuan ni? Nak ber badmood bagai.
                 "Saja, nak ngorat. Tak boleh ke?" Soalan Amaline tetapi tidak dijawab.
                 Amaline memandang ke atas. Bulan. Tak tahu mengapa tetapi dia merasa tenang. Bagai tiada masalah.
                 "Salah ke saya hidup dekat bumi ni?" Amaline tersentak. Mata dia dialih memandang lelaki yang sedang baring disebelahnya.
                  "Saya tak rasa yang kehadiran saya ni penting dalam hidup semua orang." Sambungnya lagi.
                  "Kenapa awak kata macam tu?" Dia faham apa yang cuba dimaksudkan. Apabila dibenci, atau tidak diperdulikan. Rasa sakit, macam tak patut pun lahir dimuka bumi ni.
                  Kadang-kadang ada orang yang pedulikan kita. Cuma belum masanya atau kita sahaja yang tidak tahu. Atau tidak ambil tahu.
                  "awak pasti?" jejaka itu mengangguk.
                  "kalau saya kata yang saya pedulikan awak? Macam mana?" Sengaja Amaline bertanya seperti itu. Kerana dia mahu jejaka itu tahu bahawa tidak semua orang sama seperti apa yang dia fikirkan.
                  "Kalau macam tu awak bukan orang lah." Hampir tersembur tawa Amaline.
                  Apa? Nak cakap dia hantu ke? Dia yang menangis tengah-tengah malam ni, sepatutnya dialah yang hantunya.
            "Bukan orang?habis tu saya apa?"
            "Nyawa."








*nak bagi tau ni!!! Lepas story ni complete, kita unpublished tau. Ok, selamat membaca!*

NYAWA (VOL.1)Where stories live. Discover now