11

30 5 14
                                    

"Cerita dia macam ni dulu kan aku selalu ada angan-angan yang akan ada lelaki sama macam ideal type aku"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Cerita dia macam ni dulu kan aku selalu ada angan-angan yang akan ada lelaki sama macam ideal type aku". Kata aku yang memulakan flashback terhadap cerita aku.

FLASHBACK

Dahulu, aku mempunyai impian untuk berkahwin dan hidup bersama dengan lelaki idaman aku.

"Dear future husband, aku harap aku dapat seorang lelaki yang.." Tiba-tiba diary aku dirampas oleh seseorang yang bernama chan, pembuli aku.

"Heyyy chan give me back my diary". Kata aku yang ingin mencapai buku aku semula. Sudah lama aku bersekolah di gwangju dan aku asyik dibuli serta diusik olehnya.

"No i need to read apa yang ada dalam ni, almost dua jam kau tulis". Balasnya dan dia mula membaca.

"Dear future husband, aku harap kau seorang handsome, tinggi, pandai urus keluarga dan hot". Katanya sambil dia membaca diary aku.

"Boleh tahan eh taste kau tak padan dengan nerd". Katanya lagi lalu membaling diary aku di atas kepala aku.

Aku hanya mampu menangis dan merenung nasib aku ni. Sejak daripada kejadian itu, appa terus dapat tawaran bekerja di gangnam dan aku sekeluarga berpindah ke sana.

END FLASHBACK

"Faham, so oppa aku tu kena dengan ideal type kau lah". Kata ayeong. Aku hanya mengangguk perlahan.

"Haah, tapi tak sangka pula dia gatal, sorryy lah aku ni kuat delulu sikit". Kata aku yang menahan malu. Mana taknya aku jatuh cinta dengan abang kawan aku sendiri.

"Well yeri, aku tak kesah pun kau ni kuat berangan ke apa sebab aku pun macam tu juga. Tapi kalau betul lah kau suka dengan abang aku, i will help you". Katanya lagi dan aku terus memeluknya erat.

"Thanks tau ayeong, aku harap aku dapat ambil hati dia. Yelah dia ego kan". Kata aku.

"Yes, aku pun harap macam tu. Aku rasa kau sesuai dengan dia". Kata ayeong lagi. Kami pun meluangkan masa sehingga larut petang.

Beberapa jam kemudian, ayeong pun balik ke rumah dan eomma dan appa baru sahaja tiba di rumah.

"Eomma appa welcome home". Kata aku dan mereka berdua masuk ke dalam rumah.

"Kamu okayy ke duduk sorang-sorang tadi? Kawan kamu dah balik ke?". Kata appa. Aku ada beritahu mereka yang ayeong datang tadi.

"Dah balik, dia ada hal tadi". Balas aku lalu naik ke bilik dan berehat. Aku hanya termenung di atas siling sambil memikirkan sesuatu.

"Haih, macam mana lah aku nak cairkan hati someone yang beku?". Desis hati aku dan mata aku pun terlelap sebab kepenatan.

KEESOKAN HARINYA

Aku baru sahaja bersiap dengan uniform sekolah dan kelihatan eomma sedang menghidangkan sarapan.

"Yeri, sementara tunggu yeosang makan lah dulu, eomma masak english breakfast ni". Kata eomma dan aku pun makan bersama-sama dengannya. Appa kena pergi kerja awal sebab ada urusan.

Selepas sarapan, yeosang oppa pun sudah sampai dan terus menghantar aku ke sekolah.

Setibanya di sekolah, aku terus masuk ke dalam kelas sebab ayeong pun tak singgah loker.

"Hello ayeong, sorryy aku lambat sikit". Kata aku lalu duduk disebelahnya. Kelihatan dia sedang bermain dengan telefon.

"Tak apa, saem pun belum masuk". Balasnya lalu meletakkan telefonnya ke tepi. Tiba-tiba doyoung datang ke arah kami.

"Kau pahal semak? Haruto kat situ kan". Kata ayeong yang seperti menghalaunya.

"Ishhh belum cakap apa dah kena marah uhuks". Balas doyoung dengan dramatiknya.

"By the way, aku nak jumpa kau kat rooftop yeri". Katanya. Aku hanya memandangnya pelik.

"Dah kenapa nak jumpa aku?". Balas aku pula.

"Nanti kau tahu lah". Kata doyoung lalu duduk di tempatnya. Kelas kami pun bermula.

+++

To be continue...

[✔️] Dear Future Husband || Park SeonghwaWhere stories live. Discover now