CHAPTER 37 | BAWA PULANG.

45 4 0
                                    

Petang itu, Weir Thaddeus menyediakan bahan-bahan untuk memasak menu yang istimewa buat isterinya itu. Daging steak yang telah dikeringkan dengan menggunakan tuala kering itu diperap terlebih dahulu dengan black pepper, mixed herbs, dan garam. Kemudian, daging steak itu diketepikan. Dengan perlahan-lahan, Shea Marrietta mendekati untuk melihat apa yang sedang dilakukan oleh suaminya.

Weir Thaddeus menoleh ke arah isterinya yang sudah pun berdiri disebelahnya. Shea Marrietta terpegun tatkala melihat jari-jemari kasar itu sedang memotong bawang holland dan bawang putih.

"Wah! Hebat!." Puji Shea Marrietta membuatkan Weir Thaddeus tersenyum nipis.

"Ada apa-apa yang perlu saya bantu, Tuan Weir?." Soal Shea Marrietta.

Suaminya geleng kepala dan terus menarik kerusi di table top agar isterinya itu duduk.

"Puan Weir bantu dengan duduk dan.. temani Tuan Weir disini. That's all what I need." Balas Weir Thaddeus lalu mengenyitkan matanya kepada isterinya itu.

Senyuman manis terukir saat melabuhkan punggungnya di atas kerusi itu. Bawang holland itu dihiris dengan begitu laju. Ini adalah kali pertama dia melihat kecekapan suaminya apabila memasak, dan dia tidak menyangka bahawa suaminya secekap itu.

"Mashed potatoes!." Ujar Shea Marrietta saat melihat suaminya sedang melenyekkan kentang yang sudah direbus itu.

"Awak suka?."

"I love it!." Jawab Shea Marrietta dengan bersemangat membuatkan Weir Thaddeus tertawa gembira. Dia suka melihat isterinya bersemangat seperti ini.

Mashed potatoes itu dicalit sedikit dengan jari telunjuknya lalu disuakan ke hadapan isterinya, dan tanpa membuang masa, Shea Marrietta terus memakannya dari jari suaminya itu.

"Perfecto!."

Weir Thaddeus geram melihat kelakuan isterinya lalu dia mencubit pipi isterinya itu.

"You're so cute!." Ujarnya dengan senyuman nakal.

Shea Marrietta tertawa mendengarnya. Entahlah, cuma saat ini dia ingin merasa bahagia bersama-sama suaminya. Hampir hilang pesona seorang mafia pada diri suaminya saat itu. Yang dia rasakan, ini bukanlah Weir Thaddeus, tetapi hanyalah Weir.

Weir, suaminya.

Dia senyum bahagia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia senyum bahagia.

Keharuman bau steak yang di panggang bersama bawang putih dan butter tidak dapat disangkal lagi, membuatkan perutnya terasa sangat lapar ketika itu.

Weir Thaddeus tersenyum melihat isterinya itu.

"Sabar ya, love." Ujar Weir Thaddeus yang sedang membalikkan daging steak itu. Wajah suaminya itu kembali serius sambil membalikkan beberapa kali daging steak diatas pemanggang itu. Dia suka melihat Weir Thaddeus versi yang ini, penuh dengan pesona yang romantis dan menenangkan.

SWEET POISON | COMPLETEWhere stories live. Discover now