Special Chapter I

22 2 1
                                    

Lantai kayu itu disapu lembut. Habuk-habuk berterbangan di udara.

Haachoo!

Seperti biasa, Ameena Naira yang mempunyai alahan debu dan habuk akan bersin semahu-mahunya. Tekaknya terasa begitu haus selepas menelan terlalu banyak habuk dan debu.

Matanya melilau mencari kelibat Luth Eiyad.

"Abang?"

Sahutannya tidak terbalas. Hanya bunyi kipas yang menyambut sahutan Naira.

"Abang?" sahut Naira lagi.

Senyap. Krik krik krik...

"Suamiku, bank bergerakku..."

Mana pula perginya si Luth ini? Kasihan Naira tercari-cari Luth.

Naira mendekati bilik tetamu yang terletak tidak jauh daripada ruang tamu.

Dia sudah mahir dengan susunan di rumah baharu dia dan Luth. Pelan lantai yang sangat terbuka. Selesa, dia suka.

Pandangannya memerangkap Luth yang sedang menggerakkan pinggang sambil menari. Tangan suaminya pula memegang penyapu itu seperti penyapu itu sebuah...mikrofon!

Tidak dapat dia fahami apa yang keluar dari mulut suaminya.

"Nunmul nal geot gattae anin geot gattae naega anin geot gattae. I love you so much! Ini nan da keogdago saengakganeunde eojjeomyeon nae maminde. Mireeonaeryeogo hamyeon halsurok.  Jakku kkeulyeo wae jakku jakku kkeullyeo baby! I'm like TT! Just like TT!"

Lagu TT? Twice? Luth dengar lagu TT?

Mahu menangis tak berlagu atau mahu gelak tak bernafas ni?

Melenggok-lenggok pinggang si suami.

Tuala basah dia campak kepada Luth. Hah, rasakan.

"Oi mak aku gigit zombie!" latah Luth, sampai terhenjut-henjut bahu lelaki itu dek terlalu terkejut.

"Apa ni abang? Dengar lagu Twice tak ajak saya? Abang nak suruh saya curi abang punya Jollibee ke?" ugut Naira sambil membuat aksi seperti mahu pecut ke dapur.

"Benda lain awak boleh ambil sayang. Tapi, Jollibee tak tergolong dalam benda lain." Benda lain Naira boleh ambil tetapi bukan Jollibee. Ayam! Kuasa Ayam!

Luth memecut ke ruang tamu dan membuka aplikasi Youtube di televisyen lalu jarinya menekan pada carian. Beberapa saat kemudian, lagu TT berkumandang di dalam rumah mereka.

Naira ketawa terbahak-bahak melihat gelagat suaminya.

"Abang." Lembut suara Naira memanggil Luth.

"Ya?"

Lelaki memang suka jawab sepatah-sepatah sahaja, kan? Lantaklah, asalkan dia sayangkan isterinya, cukuplah.

"Saya lapar..." ujar Naira. Perutnya bergolak bak taufan yang hebat.

Grukk! Perut Naira berbunyi!

Senyuman janggal ditayang kepada suaminya, Luth.

Luth tersenyum. Comel sungguh sang jelita di hadapannya. Tapi, perut bunyi macam enjin kapal terbang, lapar sangat tu agaknya.

"Jom, makan Jollibee dengan saya."

Tangan Naira ditarik ke dapur.

"My georgous wife, this is not a candlelight lunch but I'll try my best. I'll serve a plate of fried chickens from Jollibee, okay?"

"Sure, Sir Luth Eiyad," balasnya dengan senyuman yang manis. Haih...manisnya kalau hari-hari begini, kan? Ada orang sayang, ada orang hargai kewujudan diri, dan dihidangkan makanan pula!

𝐋𝐚𝐫𝐮𝐭 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐐𝐚𝐥𝐛𝐮 ✓Where stories live. Discover now