𝐀𝐍𝐀𝐒 𝐑𝐀𝐅𝐈𝐐 | 3

34 13 17
                                    

11 Ramadan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

11 Ramadan

"Assalamualaikum! Rafiq, oh Rafiq." Faris, Aishah dan Irfan memberi salam dari luar rumah,

Dua minit menunggu, tidak juga ada orang yang kunjung tiba. Tiada juga orang yang membukakan pintu. Rafiq tak ada di rumah ke?

"Macam tak ada orang je Irfan," kata Aishah sambil mengetuk pintu kayu jati rumah banglo itu.

"Takkanlah kot, Rafiq bukan jenis orang yang suka keluar rumah sangat. Dia suka duduk rumah. Melainkan ada orang teman dia keluar. Jangan-jangan dia keluar dengan Pak Su dan Mak Su kot," gumam Irfan dengan membuat kesimpulan sendiri.

Tengah mereka sibuk meneka, tiba-tiba Rafiq muncul dari belakang rumah dengan comot di wajah dan pakaiannya.

"Waalaikumsalam, lah korang rupanya. Kejap eh aku basuh tangan dengan kaki." Rafiq tersenyum lebar ketika melihat wajah Faris dan Aishah, dengan segera dia menuju ke paip dan membasuh tangan dan kakinya agar tidak kotor.

Sesudah basuh, paip pun ditutup dan Rafiq mengelap tangannya dengan kain yang disangkut pada bahu,

"Wah, dah balik sini korang ye. Bolehlah sambut raya sama-" tak sempat Rafiq menghabiskan perkataan, terus tubuhnya dipeluk oleh Faris dengan erat.

"Eh Faris, jangan peluk, baju aku kotor dengan tanah ni." Rafiq cuba mengelak dirinya dari dipeluk lebih erat tetapi tidak berjaya,

"Lantaklah, aku rindu kau ni." Faris dengan nadanya yang hampir menangis masih tidak melepaskan pelukannya,

Rafiq tersenyum sinis, ada idea jahat yang difikirkan.

"Kau kalau nak gay pun, jangan depan orang. Jealous bakal isteri kau tu nanti."

Faris terus melepaskan pelukan dan membuat reaksi geli,

"Tak ingin aku! Bulan-bulan puasa ni eii, tak kuasa." Wajah Faris jadi malu-malu apabila melihat Aishah berpandangan tajam pada Faris.

"Sudahlah tu Cik Aishah. Kita tak ada niat pun nak Tackle bakal suami awak. Memang tak berlaku dan tak akan pernah berlaku ye." Rafiq mengibaskan tangannya ke kiri dan ke kanan tanda tidak mahu.

"Biasalah Fiq, diaorang ni memang sweet sangat. Maklumlah, habis je belajar nanti terus nak kahwin," ujar Irfan dengan selambanya sambil bersandar di dinding dengan kedua belah tangannya dilipat.

Ketawa Rafiq mendengarnya, sahabat-sahabatnya itu memang tidak pernah berjaya buat dia jadi serius. Selalu nak gelak je kerjanya.

"Sudahlah tu, jangan nak gaduh manja depan aku. Jom masuk, boleh borak lama sikit. Tapi kalau kau nak makan minum tu maaflah, puasa kan. Terutamanya kau Irfan, kau merayu lapar lagi, ada juga yang aku hantar pergi zoo duduk dengan harimau nanti." Dalam keadaan puasa pun sempat juga si Rafiq nak mengutuk Irfan.

Memang bertuah betullah, sepadan diaorang jadi sepupu. Perangai nak lebih kurang lah sama, cuma Irfan lebih gila sikit dari Rafiq. Kalau tidak, dah elok sangatlah.

BAHAGIA SESUDAH DERITAWhere stories live. Discover now