BAB 1

52 14 8
                                    

Ke hulu ke hilir, berdesup-desap bunyi angin melanggar jasad wanita yang sudah berada di pertengahan umur itu.

"Adik...mana abang ni? Tak balik-balik ni. Dari petang tadi lagi dia pergi ke laut," luah Mok Ila dengan penuh kerisauan. Inilah, inilah yang akan jadi bila Uwais Fayyadh merajuk. Mengalahkan orang perempuan!

"Nanti dia baliklah mak. Mak masuk rumah dulu, angin kuat kat luar ni," ujar anak bongsunya, Laila Hayuni.

Mok Ila menggeleng. "Taknak, mak nak tunggu kat luar sampai Uwais balik."

Keluhan berat Laila lepaskan. "Maghrib nanti masuklah mak."

Lelaki itu termenung di atas bot. Termenung jauh, dipenuhi dengan rasa bersalah tetapi apakan daya...ego menjadi keutamaan.

Air laut masih tenang walaupun arusnya laju, angin monsun menyentuh wajah maskulin milik Uwais. Dia menghelakan nafas yang cukup berat. Mahu pulang? Nanti ego tercalar pula. Mahu berlayar di laut lama-lama? Nanti datang ribut. Semuanya serba tidak kena.

"Orang lain yang sebaya aku semua tengah belajar. Aku? Cari ikan. Kerja. Aku pun nak belajar. Nak kerja bagus. Kerja macam ni mana cukup nak sara mak dengan adik. Kasihan diaorang. Kalau aku tak keluar pergi ke laut, mak dengan adik nak makan apa? Aku tak makan apa-apa pun tak apa...tetapi mak dan adik, mereka perlu makan," omel Uwais sendirian di tengah laut. Dia tidak sedar bahawa pinggir Pantai Mengabang Telipot sudah ghaib daripada pandangannya.

"Kau la ni Uwais! Ego! Dengan orang yang kau sayang pun kau layan macam tu." Marah. Dia marah terhadap diri sendiri.

Dia berdiri lalu berjalan di atas bot, konon-konon ingin menenangkan diri sendiri.

"Balik. Aku nak balik," ujar Uwais lalu menghidupkan semula enjin bot itu.

Ketika dia cuba mencari kelibat pinggir pantai, dia terkejut. Kosong. Tiada daratan. Dia sudah pergi jauh dari Pantai Mengabang Telipot? Tidak mungkinlah!

Matanya melirik ke arah kompas yang biasa dia gunakan. Tiada petunjuk. Jarum kompas tidak menunjukkan mana-mana hala tuju yang betul. Sekelilingnya hanya lautan yang luas. Dia cuba ingat semula.

"Tadi, aku keluar petang, dalam pukul 5. Sekarang sepatutnya...dah Maghrib. Tapi kenapa dekat sini...siang?" soal dirinya. Kemusykilan memenuhi minda lelaki itu.

Dia memerhati di kawasan sekeliling, airnya tenang sahaja. Tetapi, ada sesuatu yang membuatkan dia rasa tidak selesa di situ. Kenapa di sini siang?

"Ah, lantaklah! Aku gerak je." Bot itu dipusingkan lalu bergerak terus ke hadapan. Masih tiada apa-apa. Hanya langit yang cerah, laut dan kekosongan dalam dirinya.

Detum! Detum!

Bunyi guruh berdetum dari arah belakang. Uwais mendongak ke atas. Buntang biji matanya apabila dia sedar yang awan ribut itu mengejarnya dengan laju. Lalu, ditambah kelajuan pada bot itu.

"Kenapa awan ribut ni kejar aku pula? Ish!" bentaknya.

Tiba-tiba fikiran logikalnya kembali menerpa dirinya.

"Sekejap..."

"Awan ribut ni...kejar aku?"

Bagaimana awan ribut sebesar alam ini hanya mengejar Uwais Fayyadh? Yang paling pelik...dia berasa seakan-akan dirinya ditarik ke dalam kawasan ribut itu.

"Hoi budak hingusan! Kau nak ke mana?" soal suara garau dan diselangi dengan ketawa yang mengejek yang cukup jelas di telinganya.

Mata Uwais melilau mencari kelibat pemilik suara itu. Siapa pula ni? Sudahlah dia berada di tengah-tengah laut. Macam mana pula boleh ada orang dekat tengah laut ni?

𝐋𝐚𝐮𝐭 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐮𝐥𝐮𝐦 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now