BAB 2

55 12 5
                                    

Krrrohh...krrohhh...

Nyenyak betul manusia bertuah ini tidur atas bot kayu yang sejuk. Bunyi air yang tenang membuatkan Uwais hanyut dalam alam mimpi. Tiada sebarang reaksi selain dengkurannya yang menggegarkan ruang kosong di tengah-tengah lautan itu.

Semalam pengsan, tiba-tiba pagi ini dah berdengkur. Lain macam.

Tiba-tiba satu kapal kayu yang bersaiz sederhana berhenti di sisi bot Uwais.

"Allah, tidur jenis apa macam ni? Terbungkam macam penyu," kata lelaki itu. Lalu, dia melompat ke bot Uwais dari sisi kapalnya.

"Hoi, bangun..." tegur lelaki itu sambil meneliti wajah Uwais Fayyadh.

Makin ditegur, makin kuat pula dengkuran daripada Uwais.

"Ayah...ooo ayah." Lelaki itu memanggil ayahnya yang sedang memerhati dari atas kapal miliknya.

"Ya Nuk? Nak apa?" soal ayahnya.

"Cuba ayah lemparkan ikan yu seekor," ujar lelaki yang digelar Nuk itu.

Ayahnya melempar seekor ikan yu yang bersaiz sederhana. Lalu, ikan itu sampai ke tangan Nuk.

"Susah sangat nak bangun, kan? Makanlah ikan pagi-pagi ni." Apa maksud Nuk? Makan ikan pagi-pagi? Dia nak suap ikan tu dekat Uwais ke?

Salah! Bukan Nuk nak suap, tapi...

Pang! Pang! Pang!

Nuk menampar wajah Uwais menggunakan dagu ikan yu berkali-kali. Yang paling malang, ikan yu itu masih hidup, jika Uwais bernasib yang sangat baik, ikan itu akan gigit wajahnya.

"Ayah, payah budak ni nak bangun!" keluh Nuk sambil bercekak pinggang.

"Kau bagi je dia minum air ikan tu, mesti bangun punya," balas ayahnya yang tersenyum melihat gelagat Nuk yang sedang menampar Uwais menggunakan ikan itu.

Tak pernah dibuat orang tampar orang lain pakai dagu ikan yu.

Nuk mengikut cadangan ayahnya. Ikan yu digoncang-goncangkan sehingga air ikan masuk ke dalam mulut Uwais.

Halkum milik Uwais bergerak-gerak menandakan dia sudah sedar dan dapat rasa air ikan yang hanyir itu. Maka, terbangunlah jasad bertuah itu, Uwais. Terbuka luas matanya, tersentak pula badannya apabila benda pertama yang dia lihat selepas buka mata merupakan mulut ikan yu yang terbuka luas di hadapannya. Dia duduk menyandar di dinding bot secepat mungkin.

"Sambut!" laung ayah Nuk dari atas kapal. Sebiji kelapa dilemparkan dari atas lalu mendarat di atas kepala Uwais.

Tidak sempat Uwais memberi reaksi atau melihat ke arah ayah Nuk, kelapa itu terus jatuh di kepalanya.

"Noh, sakitlah pakcik," luah Uwais sambil menggosok-gosok kepalanya yang sakit ditimpa kelapa.

"Minum air kelapa tu, bagi air hanyir ikan tu hilang," arah Nuk.

Uwais tidak membantah, bibirnya terus mencapai lubang yang ayah kepada Nuk tebuk di kelapa itu. Air kelapa itu diteguk dengan bersungguh-sungguh. Tidak dapat dia cerita pada orang lain, betapa dahaganya dia.

Nafas lega dihela. "Alhamdulillah..."

"Kau dari mana ni? Nampak macam bukan orang sini," soal Nuk.

"Aku dari Terengganu," jawab Uwais sambil memandang ke arah Nuk.

"Terengganu? Tak pernah dengar pun nama tu." Nuk menggaru kepalanya yang tidak gatal. Selama dia hidup di sini tiada pula nama tempat yang dinamakan Terengganu.

"Betul-betullah, sini mana ada nama Terengganu," bantah Nuk.

Bunyi dehem daripada ayah Nuk berjaya menarik perhatian Uwais dan Nuk.

𝐋𝐚𝐮𝐭 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐮𝐥𝐮𝐦 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now