BAB 2

275 11 1
                                    

Topeng dicabut, cahaya menusuk kedalam mata. Mataterpejam rapat. Leiamenggumam halus. Kepala terasasenak. Perlahan-lahan dia bukakelopak mata. Terkedip-kedipsambil menahan senak.

Celik mata, dia nampakbeberapa orang pembantu rumahberdiri depan dia. Ada yang tua, dan ada yang muda. 

"Siapa?" Tanya perempuandepan dia. Umur mungkin dalamlingkungan 40 tahun. Dia syak, perempuan ni mungkin ketuasemua maid dekat sini. Pasal, pakaian dia berbeza. Lebih kemas dan cantik. Muka pulagarang. Tipikal ketua yang sedangmenilai dirinya. Tubuhnya dipusing, bebola mata si perempuan turunnaik meniliknya. Pembantu yanglain, hanya membisu di belakang.

"Pembantu rumah yangbaru." Ujar anak buah Tn Ghaffar. 

"Really? Tak pernah pulakaku tengok dia ambil sebaranganorang. Budak ni.." Baju diadisentuh lalu dilepaskan. Gayamuka macam jijik. 

"Macam budak jalanan." Mak aih! Mulutnya.. bolehtahan pedas. 

"Tuan baru beli dia. Tuansuruh jadikan maid. I'm done." Silelaki berlalu keluar, tinggalkan diadengan perempuan itu.

Leia rasa kecut perut. Bersama dengan perempuan ni,lebih menyeramkan berbandingdengan lelaki tadi. Pandang je pun, Leia rasa nak gugur jantung dia. Apatah lagi, bila dirinya kena tilikmacam dia ada buat salah besar.

 "Name?" Garau suara yangterluah. Macam mak maki anakyang dah pecahkan gelas rumahorang. Bergema ruang tamu. Liur ditelan kesat. Takut- takut Leia nak pandang mukaperempuan depan mata. 

"Nama!" Menjerkah. 

"Leia Rebecca." Laju Leiajawab dengan mata terpejam rapat. Sesaat, dagu dia dipaut, rambut diadikuis ke belakang. Si perempuantengah tilik rupa dia. Pusing kiri dankanan.

"Muka cantik, jadi maid?" Puji ke perli? Leia diammembisu. 

"Nama aku Mona Al Fonso. Kau boleh panggil..." Leia tunduk. Kemam bibir. Dengar nama si perempuan, diarasa nak tergelak. Al Fonso? Bibirdikemam sekuat hati agar tawa tak terluah. Kang kalau perempuan niperasan, mahu dia kena bunuh. 

"Kau gelak?" 

"Tak! Puan Al Fonso." Lajudia geleng kepala. Bibir dikemamlagi. Tapi, dia tak mampu nak tahanketawa. 

"Aku nampak kau tengahtahan tawa," 

"Mana ada, Puan." Leiapusing kepala. Pandang tempat lain, dia hela nafas perlahan. Buat gayabreath in – breath out, agar diaboleh tenangkan diri.

"Panggil aku Puan Mona!" Puan Mona menjerkah. Leiaangguk kepala. 

"Mak Eton, bagitahu apayang boleh dan tak boleh buatdalam rumah ni. Supaya orang tusedar diri, yang dia tu hanyalahpekerja dalam rumah ni." Tegasnada suara Puan Mona. Leia diammembisu. 

"Kalau kau nak hidup, jangansesekali buat macam rumah sendiri. Tanam dalam kepala hotak kau, yang kau hanya orang gaji. JANGANTANAM RASA SUKA PADA SESIAPAPUN DALAM RUMAH NI! FAHAM?!"

Leia telan liur. Cara PuanMona cakap, seakan highlightgelap-gelap ayat itu. Tegas dankuat. Tak payah pakai mike, semuaorang boleh dengar. Bingit telinga. 

"JANGAN GATAL!" Leia dapat rasakan yangPuan Mona sebut macam CapitalLetter.

"Faham?"

 "Faham, Puan Mona." Puan Mona senyum sinis. Diapusing tubuh. Berlalu dengan u dengan muka  angkuh. Tipikal ketua. Berlagak takhabis.

"Ajar budak mentah tu, MakEton." Laung Puan Mona lagi. Leia masih kaku di situ. Menanti arahan seterusnya.

 "Hai, Leia. Panggil saya MakEton je." Lengan disentuh. Leiaangkat kepala. Melihat raut wajahtenang Mak Eton, hati turut tenang. Nafas lega dia hela. Sekurang- kurang, dalam rumah ni masih adayang berperikemanusiaan.

"Mak Eton.."

 "Jom, ikut Mak Eton. MakEton bawa tengok kawasan rumah." Lembut bicara Mak Eton. Dia rasamacam bercakap dengan arwahmama.

"Baik, Mak Eton."

 "Lepas ni, harap takdelahperempuan murahan acah-acahnak jadi mem." Ada suara sumbangmencelah. Leia terus pusing kepala, mencari arahnya suara itu. Di sisi kirinya, dia nampaktiga orang perempuan sedangberkumpul sambil pandang diadengan renungan tidak puas hati.

"Eh, mestilah ada. Perasancantik! Perasan semua orang sukadia." Ada suara lain menambah. 

Leia terkebil-kebil tak tahunak bagi reaksi apa. Hari pertama, dia dah dibenci semua orang. Cukup pakej kena maki dan kenahina.

 "Abaikan dorang tu. Dorangmemang macam tu. Kalau adamaid baru masuk, ada je yang takpuas hati." Mak Eton heret tangandia berlalu dari situ.

 "Siapa mereka?""Lala, Lily dan Nana.

"Adik beradik?"

 "Tak. Nama samaran je sama. Nama sebenar, Mak Eton tak tahu. Memang kitorang panggil diadengan nama tu. Nak cringe lagi, 3Barbie tercantik. Dorang gelarkandiri dorang macam tu." Mak Etonketawa kecil sambil geleng kepala.

 "Perangai dorang memangannoying sikit. Kalau boleh, jangancari pasal dengan dorang." PesanMak Eton. Leia telan liur risau. Gayamacam bekerja dekat rumahmusuh je.

"Jangan risau. Mereka takberani apa-apa, Leia. Mak Etonada." Pujuk Mak Eton, barulah diahela nafas lega.

 "Dah berapa lama Mak Etonkerja dekat sini?" Soal Leia sekadarberbasa basi. Dari gaya, nampakmacam Mak Eton pekerja lama. Pasal, dia tahu semuanya.

 "Sejak Tuan Ghaffar umur 5tahun."Bulat mata Leia. Lama betul!

 "Sejak dia kecil?"

 "Ha'ah." 

"Sekarang, Tuan Ghaffarumur berapa?" Tak sengaja, diatertanya benda tu. Dan Mak Etonletak jemari di bibir. Bebola matameliar ke kiri dan kanan.

 "Shhhh..." Mak Eton buatgaya diam. Muka cuak dan risau. Leia dah kerutkan dahi.

 "Dalam rumah ni, dilarangsama sekali tanya pasal Tn Ghaffar. Jangan tanya sesiapa. Jangan cakapapa-apa. Terutama depan Puan AlFonso tu." Dahi berkerut. Dah kenapa? 

"Kenapa?" 

"Just, that. Jangan tanya apa- apa, pada sesiapa pun." Mak Etonramas bahu dia. Dada rasadihempas debaran. Macam aneh je!

 "Lebih selamat kalau Leiacuma buat kerja tanpa pedulikansesiapa. Jangan ambil port." PesanMak Eton. Leia hanya angguk faham. 

Sedang mereka berjalanmelawat kawasan rumah, taksengaja bertembung dengan TnGhaffar. Yang baru pulang, berjalanbersama bodyguardnya. Gaya macam ketua Mafia. Tengok punkecut perut. Mak Eton tunduk. Dia turuttunduk ke bumi. Badanmembongkok sedikit.

 Tup-tupnampak kasut kulit hitam berhentidepan dia. Gulp!Liur ditelan kesat. Payaurasanya. Seminit berlalu, tiadasuara dari tuan badan. Leia angkatkepala. Pandangan mereka bertaut. Automatik Leia tundukkanpandangan. Betullah orang cakap. Jangan sesekali bertentang mata dengan Tn Ghaffar kalau nak hiduplama. 

Renungan dia bak belatimenghunus jantung. Boleh matiserta-merta. Dada dihempasdebaran, tubuh rasa menggigil. 

"Ya, Tuan?" Mak Etonbersuara. Leia bisu di sisi.

 "Semua okay, Mak Eton?" 

"Okay, Tuan. Mak Etontengah tunjuk kawasan rumahdekat Leia."

 "Jangan lupa bagitahu diatentang kawasan larang" Nada suara garau.

 Leia nampak kaki itumula melangkah. Yakin Tn Ghaffar dah berlalu, barulah dia berani angkat wajah. Tangan mengurut dada sambilmenghela nafas lega. Gila!Mak Eton ketawa kecil. Tepuk bahu dia.

 "Jom," ajak Mak Eton. Laju Leia ikut langkah MakEton. Tak nak tertinggal jauh. Takutjumpa mahkluk yang lain pulak. Mahu sakit jantung dia bekerja dirumah Mafia ni.


TN GHAFFAR : THE PROTECTIVE ONEWhere stories live. Discover now