Mi Veneno (Holy Dragon's Last Hope)

26.9K 1.4K 149
                                    

Tengku Aadyan Ruiz atau dikenali sebagai ACE merupakan anak lelaki kepada Tengku Adrean Ruiz dan Arisa Rania. Pewaris sulung untuk melanjutkan perniagaan keluarga The Ruiz iaitu syarikat penerbangan Royal Airline dan Holy Dragon yang merupakan pembekal senjata berlesen.

Sejak kecil dia sudah melihat penderitaan orang-orang disekelilingnya. Dia membesar dengan menyaksikan pengkhianatan-pengkhianatan yang dilakukan oleh orang terdekatnya membuatkan dia benci kepada pengkhianat.

Satu peristiwa telah membuatkan dia mengambil seorang anak angkat dan diberi nama Tengku Aretha Ruiz.

"Daddy"- Tengku Aretha Ruiz

"I'll chop off all the hand that touch my daughter"- Tengku Aadyan Ruiz

Thea Radea merupakan anak perempuan kepada Thariq Ridzuwan dan Husniya Radwa. Dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan keselesaan dan kesenangannya membuatkan dia menjadi seorang yang Narsistik.

Perkahwinan di antara Tengku Aadyan dan Thea Radea ibarat memberi sinar baru kepada lelaki itu untuk meneruskan hidup. Namun, tanpa Tengku Aadyan sedar, Thea sebenarnya hanya mempergunakannya untuk mendapatkan apa yang dia mahu.

Pengkhianatan demi pengkhianatan yang dilakukan oleh Thea menghancurkan sekeping hati milik Tengku Aadyan.

"What unexpected betrayal.." -Tengku Aadyan Ruiz

"Kau ibarat sebuah trofi yang aku bangga untuk tunjukkan kepada orang. Lelaki hebat yang dikagumi orang ni adalah suami aku. Kau adalah senjata rahsia aku sebab aku tahu, I just need to point at the target and you'll shoot" - Thea Radea

Perkahwinan yang dibina hanya atas dasar sifat dengki, tamak dan dendam. Thea yang berkali-kali menghancurkan hati dan kepercayaan suaminya dan Tengku Aadyan yang tidak jemu memaafkan dan melindungi isterinya dan berharap agar wanita itu berubah walaupun dia sedar semua itu hanyalah sia-sia.

Mampukah Tengku Aadyan terus bertahan didalam situasi yang mengorbankan dirinya dan terus melindungi isteri, anak dan kumpulan Holy Dragon dari musuh yang menyerang dan musuh itu adalah isterinya sendiri?

Mi Veneno (TERBIT)Where stories live. Discover now