- Bab 13 -

0 0 0
                                    

" Nah otak-otak popiah dah sampai "

" Terima kasih! " Ucap pula lelaki yang pesan makanan itu tadi

Lelaki yang gatal tadi pula tersentuh tangan Qisya. Dia bukan makin elak, dia makin suka pula. Menyeramkan!

" Alamak! Saya tersentuh tangan awak ni. Tak apa ke? Kalau tak kisah, saya nak pegang terus lah? Lepas tu kita kahwin dekat Thailand "

Qisya menepis tangan lelaki itu dengan laju. Dia mendiamkan diri kerana kurang selesa dengan sikap lelaki itu

" Kau tu dah kahwin. Ada anak 5 orang dah. Menggatal lagi. Nak aku bagitahu bini kau ke? " Bersuara seorang lelaki yang membuat pesanan teh ' o ' ais tadi

" Lelaki kan boleh kahwin empat. Apa salah nya aku tambah lagi? Itu kan sunnah. Kan sayang kan? "

Lelaki itu tetap memaksa Qisya memegang tanggannya berkali-kali. Puas dah Qisya menolak nya tetapi genggaman nya kuat pula

Asyraf yang sedang mengelap sudu-sudu yang telah dibasuh itu terus menoleh ke arah Qisya kerana kedengaran seperti orang bergaduh

Lalu dia terus menuju ke arah situ untuk tahu apa yang telah terjadi. Dia ternampak tangan Qisya telah dipegang oleh lelaki itu

" Baik abang lepaskan tangan dia sebelum saya pula bagi abang hadiah "

" Kau siapa? Tiba-tiba sahaja datang nak menyampuk hal orang. Dah pergi sana! Jangan sibuk hal orang. Kitaorang ni dah nak kahwin "

" Macam mana dia nak kahwin? Dia tu isteri saya tau bang. Sebabtu saya suruh abang lepaskan dia. Saya rasa abang ni dah ada anak kan? Kenapa sibuk menggatal lagi? "

" Kenapa kau ni sibuk-sibuk pula hal orang? Kalau suami pun jangan sibuk! Aku suruh dia minta cerai dekat kau. Biar aku yang kahwin dengan dia "

Lagi dua orang lelaki tadi hanya diamkan diri dan memandang mereka bergaduh sahaja. Asyraf sudah hilang sabar. Cakap elok-elok main kasar pula ya

Tangannya membuat bentuk penumbuk lalu dia tumbuk lelaki itu sekuat hatinya

" Eh Acap apa kau buat ni?! Jangan buat dia. Dia pelanggan kita. Kalau dia saman kau macam mana? "

" Aku tak kisah kena saman berapa ribu pun. Maruah kau lagi mahal Qisya. Aku tak pernah sikit pun nak sentuh kau. Dia yang bukan mahram pun sentuh kau dulu. Dah ada anak pula tu. Tak malu ke? "

" Padan muka kau! Aku dah nasihat taknak dengar. Kan dah mendapat " Abang teh ' o ' pula bersuara. Dia gelak terbahak-bahak

Mereka terus membayar makana yang di pesan itu lalu mereka pun balik. Qisya mengambil pinggan dan cawan yang berada di atas meja itu bawa ke dapur untuk membasuh

Selesai sahaja mengemas, Qisya pun terus pulang ke rumah. Sesampai sahaja di rumahnya, dia terus mandi dan solat sunat seperti biasa baru lah dia baring dan berehat

Ting ting!

Qisya menerima pesanan dari Asyraf. Lalu dia mengambil dan membuka telefon bimbitnya

' Qisya, jangan percaya tau cakap Aiman haritu. Sebenarnya aku dengan Aiman prank je nak tengok kau sedih ke tak? Sorry tau! Aku tak kahwin pun lah. Aku tunggu kau balik je ni '

' Ish! Korang berdua ni kan! Aku nak nangis tahu tak? Aku tak tahan sebak, mata aku dah merah tadi. Tak baik buat aku macam ni hm "

Muncung saja bibirnya ketika dia mengatakan sebegitu

' Sorry lah Qisya. Umi nak jumpa kau esok. Kau free tak? Kalau free aku ambil kau dari rumah je '

' Pukul berapa? Aduh! Aku malu lah Acap. Tak apa ke aku tak jujur depan umi aku ni sakit? '

Dia, Cinta Matiku.Where stories live. Discover now