BAB 10

15 2 0
                                    

Setelah Adriana Meydia keluar dari Hospital dia dipanggil oleh pihak mahkamah untuk membuat pebicaraan tentang kes bunuh suami nya Tengku Iskandar.

"Yang Arif tertuduh telah didapati mempunyai sakit mental yang hampir kronik jadi apa yang dilakukan oleh tertuduh adalah tindakan luar kawalan, saya juga ada surat pengesahan doktor dan pakar Psycology bahaya tertuduh mempunyai sakit mental yang hampir kronik."-Lawyer Zahfrin Khaizul

Zahfrin Khaizul adalah lawyer bagi Adriana Meydia demi menegakkan apa yang adil.Bagi nya tindakan yang Adriana Meydia lakukan adalah munasabah kerana perbuatan suami nya yang mendera Adriana Meydia sebelum ini menjadi punca utama mengapa Adriana Meydia mempunyai sakit mental.

"Yang Arif, Izin kan saya. Mangsa merupakan seorang pemegang syarikat Mega Holder dan seorang yang dikenal mempunyai hati yang baik. Takkan la sebab mempunyai sakit mental menjadi kunci untuk tertuduh melepaskan diri. Sudah terang lagi bersuluh bahawa tertuduh Puan Adriana Meydia telah melepaskan 5 das tembakan pada suami nya sendiri Tengku Iskandar dengan SENGAJA"-Lawyer

Zahfrin Khaizul berdiri dan menghelakan nafas yang panjang lalu dia membuka bicara.

"Menurut kajian Therapist Puan Adriana Meydia yang dikenali sebagai Doktor Syue Lin Chan, Tertuduh mempunyai trauma akibat didera oleh suami nya sebelum dan selepas melahirkan.Tertuduh juga dicurangi oleh suami nya Tengku Iskandar jadi atas perbuatan mangsa tersebut, yang tertuduh berasa diancam dan ketakutan. Saya juga mendapati bahawa mangsa mengheret tertuduh dengan begitu kasar dan dengan paksaan, yang membuatkan tertuduh tidak selesa dan hilang kawalan.Jadi sebagai langkah untuk melindungi diri tertuduh telah melepaskan tembakkan tanpa sengaja kepada Suami nya. Saya lihat disini tertuduh tidak bersalah kerana si mangsa mengugut untuk membunuh tertuduh dan Mangsa juga telah melepaskan 2 das tembakan pada rakan tertuduh iaitu Azhan Afwan, yang kini berada di Hospital untuk menerima rawatan lanjut, akibat tembakkan yang dilepaskan oleh Tengku Iskandar pada Azhan Afwan, mangsa tembakkan sedang berada di dalam keadaan kritikal."-Lawyer Zahfrin Khaizul

Lawyer bagi pihak Tengku Iskandar terkedu dan mati kutu atas penjelasan yang diberi oleh Lawyer Zahfrin Khaizul sudah terang-terang dia akan kalah kes ini.

Zahfrin Khaizul duduk bersebelahan dengan Adriana Meydia menunggu perbicaraan dari pihak lawan.Adriana Meydia hanya menunduk kebawah dan diamkan diri.

"Puan Adriana Meydia"-Hakim

Adriana Meydia mendonggakkan kepalanya menghadap Hakim.

"Adakah awak mengaku bahawa awak bersalah dalam kes ini?"-Hakim

"Tidak yang Arif"-Adriana Meydia

"Bawakan saksi untuk perbicaraan ini"-Hakim

"Saya ada seorang saksi"-Lawyer Zahfrin Khaizul

Masuk seorang lelaki berkerusi roda berpakaian suit hitam. Azhan Afwan tiba di mahkamah sebagai saksi.

"Encik Azhan Afwan apa kah yang dilakukan oleh Tengku Iskandar pada Encik dan Puan Adriana Meydia"-Lawyer Zahfrin Khaizul

"Tengku Iskandar telah mendera isterinya lebih dari 3 tahun. Dia juga telah curang pada Adriana Meydia dalam tempoh masa yang lama. Semasa saya menyelamatkan Adriana Meydia dari deraan itu Tengku Iskandar telah melepaskan satu tembakkan di kaki kiri saya. Semasa saya berjaga di depan rumah arwah ibu saya dimana saya biarkan Adriana Meydia rehat. Tengku Iskandar datang dan melepaskan satu lagi tembakan pada bahagian bahu saya. Saya tak bermaya untuk bangun. Jadi Tengku Iskandar masuk ke dalam rumah tersebut. Saya tak tahu apa yang terjadi selanjutnya yang saya dengar Tengku Iskandar seolah-olah menengking Adriana Meydia dengan kata-kata yang kesat."-Azhan Afwan

Mendengar penjelasan Azhan Afwan hakim mengangguk dan Mahkamah memutuskan.

"Maka dengan ini tertuduh didapati tidak bersalah dan dibebaskan tanpa sebarang hukuman"-Hakim

Ceraikan Saya!Where stories live. Discover now