BAB 19

223 30 0
                                    

"Apa yang aku nak buat sekarang ni?" Tanya abang ben.

Masing-masing diam sebab tak tahu nak bagi jawapan apa dekat abang ben. Aku berpaling ke arah botol yang berisi batu delima. Sayup-sayup kedengaran suara berzikir. Tak lama tu aku mengeluh perlahan.

"Apa yang terjadi sebenarnya?" Tanya abang ben.

"Aina dia turun ke bawah." Ucap sham.

"Tali apa dekat tangan kau tu?" Tanya anuar.

Aku berpaling memandang ke arah tangan kanan abang ben. Ada satu tali spring terikat dekat pengelangan tangan dia. Abang ben mengeluh perlahan.

"Tali ni aku guna untuk ikat tangan aina supaya kalau dia tersedar dan nak melangkah keluar aku akan tersedar juga. Tapi ini aku sendiri tak tahu macam mana dia boleh buka tali ni. Padahal aku dah ikat kuat dah."

Aku ketawa perlahan.

"Benda tu lagi kuat dari kau abang ben." Ucap aku seraya melangkah ke arah kabinet tv dan letak botol batu delima di atas kabinet tersebut.

"Maksud kau j?" Tanya abang ben.

Aku berpaling memandang abang ben.

"Tu ha, sham dengan anuar pegang aina. Sekali tolak je diaorang berdua dah melambung. Kau rasa badan anuar tu berapa berat? Badan sham lagi. Kalau perempuan normal tak akan boleh tolak tau."

Abang ben terdiam. Dia hanya memandang aku tak berkelip.

"Habis tu kita nak kena buat apa?" Tanya mizan yang dari tadi diamkan diri

"Entah. Aku pun tak tahu nak buat apa. Diam jelah kot." Ucap aku mengesot ke tempat tidur aku.

Aku memandang jam di tangan. Sudah menunjukkan pukul 3.30 pagi. Aku terus letak kepala di atas bantal. Dan akhirnya aku terlelap dengan sendiri. Aku tersedar pagi tu around 8.20 pagi. Keadaan sekeliling aku kelihatan sunyi dan sepi. Aku bangun duduk dan memandang sekeliling. Anuar sham mizan dan abang ben, masih lagi tidur. Aku terus bangun dan melangkah ke arah dapur untuk ke bilik air.

"Allahuakbar!" Jerit aku perlahan.

Berderau jantung aku sekejap. Aina tengah duduk di atas tangga bertentangan dengan bilik air. Wajahnya kosong.

"Kenapa kau datang sini?" Tanya aina tanpa memandang ke arah aku.

Aku melangkah dan berdiri di sebelah aina lantas bersandar dekat dinding.

"Saja nak tengok kau dengan ben."

Aina ketawa sinis.

"Nak tengok aku atau kau hanya nak tengok ben?"

Aku yang tengah bersandar terus menegakkan badan dan bersilang tangan.

"Kenapa ye dari dulu sampai sekarang kau tak habis-habis kau nak cakap aku itu, cakap aku ni ini, teruk sangat ke aku ni?"

"Kau tak teruk, tapi aku tak suka kau rapat dengan ben."

"Aina, zaman rapat dengan ben tu dah lama berlalu setelah kematian mika lah! Aku dengan ben tak pernah ada hal yang melibatkan hati. Kau yang suka fikir benda yang bukan-bukan dan bodoh."

"Kenapa ye semua orang suka kau berbanding aku? Apa untungnya kau ni?" Tanya aina sambil berpaling memandang ke arah aku. Matanya sedikit kemerahan.

Aku ketawa perlahan. Sesekali aku berpaling ke depan takut-takut anuar bangun atau yang lain.

"Tak ada siapa yang suka aku."

"Adha." Potong aina

"Kenapa dengan adha?" Tanya aku yang masih lagi berpeluk tubuh.

Aku ni sebenarnya nak terkencing. Bodoh lah.

"Adha selalu puji kau depan kitaorang."

Aku mengeluh.

"Aina, adha nak puji aku depan korang tu aku tak tahu sebab apa. Kau sepatutnya team adha tanya dia kenapa puji orang yang tak ada dalam team tu. Dan kau tak perlu kot nak hukum aku dengan benda yang aku sendiri tak tahu. Tak adil namanya bagi aku."

"J?"

Aku terus berpaling ke kanan. Anuar melangkah ke arah aku. Aku mengangkat kening.

"Kau cakap dengan siapa?"

Aku terus berpaling ke depan. Kosong.

"Eh..."

Aku mengundur kebelakang. Jantung aku berdebar-debar.

"Kenapa?" Tanya anuar seraya memegang kedua bahu aku.

Aku masih lagi memandang tangga yang kosong.

"Pandang aku dan cakap dengan aku, kau bercakap dengan siapa?" Tanya anuar seraya menarik kepala aku untuk memandang ke arahnya.

Aku memandang ke dua anak mata anuar.

"Ai... ai.. aina" ucap aku tergagap.

Dahi anuar berkerut. Tak lama tu dia berpaling memandang ke arah tangga dan dia mendonggakkan kepala memandang tangga tersebut.

"Tak ada pun." Ucap anuar.

TEAM PARANORMAL X EXTREME 2Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang