Bab 17

7 2 0
                                    

Happy reading (≧▽≦)







__________







"KAU ni memang careless, kan? Macam mana boleh tak perasan yang tayar kereta kau pancit?"

"Yang kau nak marah aku sangat ni apesal? Manalah aku tahu. Mungkin masa kita on the way ke sini, terlanggar apa-apa ke. Bukan salah aku. Salah jalan tulah. Dah kenapa ada benda tajam tengah-tengah jalan?" Nadine dijeling tajam. Ikatan tali hoodie diketatkan. Nasib baik semasa Nadine tarik Syuhadah, dia memang dah pakai hoodie siap-siap. Huh!

"Dah tu, kita nak buat apa sekarang ni? Aku tak reti tukar tayar.... Isy! Bukannya ada tayar spare pun." Nadine mendengus. Tangannya mengipas mukanya. Nasib baik dah petang. Tak ada lah mukanya gelap sebab terik matahari.

"Kau ada nombor mekanik ke?" Syuhadah bertanya.

"Eh! Aku mana ada kereta! Sepatutnya aku yang tanya soalan tu dekat kau tau!"

"Tayar pancit ke?"

Teguran daripada seorang perempuan membuatkan kedua gadis itu pantas berdiri daripada mencangkung. Tika itu, mata Syuhadah tidak jatuh pada suara yang menegurnya, sebaliknya pada lelaki yang berada di sebelah perempuan tersebut.

"Cikgu?"

Anas meraup wajahnya dengan penuh pasrah. Dalam banyaknya pasar raya yang Syuhadah boleh pergi, kenapa dekat sini juga yang menjadi sasaran dia? Kenapa mesti pasar raya yang Anas pergi? Kenapa pada hari ni dan waktu ni?!

"Kenal ke?" Zawiyah bertanya.

Anas mengangguk. "Cikgu praktikal," balas Anas malas. Setelah itu, dia bergerak ke bonet kereta. Nak isi barang-barang yang dibelinya tadi. Tanpa lelaki itu sedar, Nadine memerhatikannya tanpa lepas.

Untuk jawapan Anas, Zawiyah hanya mengangguk sahaja bersama bibir yang membentuk O. "Tayar pancit, ya?" tanya Zawiyah dengan lembut, khas buat Syuhadah.

Teguran daripada Zawiyah itu membuatkan Syuhadah mengalihkan matanya daripada Anas ke seraut wajahnya yang kelihatan tenang itu. Boleh dikatakan agak menyejukan mata. Tudung yang tersarung juga labuh. Walaupun sudah mengenakan baju berlengan panjang, tetapi isteri Anas itu masih mengenakan sarung tangan di dalamnya. Dan baju itu dikenakan dengan kain kembang.

Tanpa sedar, Syuhadah melihat pakaiannya. Hoodie sahaja yang digunakan untuk menutup kepala. Lengan pula disinsing sehingga ke siku. Seluar yang dipakainya pula sejenis jeans ketat dan selipar dikenakan tanpa stoking.

Ya Allah... jauhnya beza aku dengan dia....

"Cik?"

Sekali lagi, Syuhadah tersentak. "Ya?"

"Tayar pancit ke?" Zawiyah masih lembut bertanya.

Tenangnya dia, Tuhan....

"Y... ya. Tayar kereta saya pancit."

"Saya boleh tolong telefonkan mekanik kalau awak nak." Anas menyampuk dengan muka yang serius. Bukan dia yang volunteer. Tapi Zawiyah yang suruh tolong tadi. Kalau tidak, jangan haraplah.

"Cikgu nak tolong ke?" Syuhadah ragu-ragu. Dari air muka Anas yang masam mencuka itu, Syuhadah tak rasa yang lelaki itu ikhlas.

"Sekarang ni, awak nak atau tak?"

"Tak ap...."

"Eh, boleh aje." Nadine menyampuk tanpa sempat Syuhadah menghabiskan ayatnya. Dengan selamba, dia menolak Syuhadah ke tepi. "Telefonlah. Susah-susah aje encik tolong kami...."

"My wife yang nak tolong. Bukan saya." Tanpa memandang Nadine, Anas mendail nombor seseorang sebelum telefon ditekap ke telinga.

Untuk jawapan Anas tadi, Syuhadah hanya mendiamkan diri. Entah kenapa, hatinya terasa sangat sakit dengan kata-kata Anas. Perkataan 'my wife' tadi bagaikan sebuah pedang yang menghunus jantungnya.

[H] Suratan TakdirWhere stories live. Discover now