7D1A | 32

374 27 5
                                    

that cat is my honest reaction while writing this .

---

Kakinya bergerak pantas, mengejar langkah lelaki di hadapannya. Ada tikanya dia terpaksa berlari anak. Besar betul langkah lelaki itu, dia ni pendek macam mana nak kejar?

" Jauh lagi ke? " Soalnya dengan nada merungut. Dari tadi mereka berjalan, katanya ingin pergi ke suatu tempat tapi sampai sekarang pokok-pokok dan semak-samun sahaja yang menghiasi pandangan.

" A step? " Lorenzo berhenti berjalan. Tubuhnya dipusing sedikit menghadap si kekasih hati. Tangannya dihulur meminta penyambut.

Helena kembang hidung. Apa? Ingat orang nak sambut ke? Dia menonong berjalan ke hadapan. Sedar tak sedar, kini dia berada di sebuah taman bunga tulip berwarna putih.

Helena terpaku. Matanya membulat besar, bibirnya terbuka melopong. Kagum. Gembira. Seronok. Segala perasaanya bercampur-baur.

Satu demi satu langkah dia bawa berjalan di kawasan tengah bunga tersebut. Lorenzo di belakang dilupakan begitu saja. Matanya tak lepas memandang kawasan tersebut. Luas mata memandang.

Lorenzo diam. Dia hanya mengikuti ke mana sahaja Helena pergi. Dalam diam bibirnya menguntum senyum, suka. Berbunga hatinya melihat gadis yang dicintainya gembira, semekar bunga-bunga tulip di taman itu.

Jelas senyuman bahagia Helena terlakar di wajah. Dan tiba-tiba dia menghentikan langkah. Tubuhnya berpusing 180 darjah. Betul-betul menghadap Lorenzo.

" Whose garden is this? " Tanyanya serius. Risau jikalau tuan empunya taman akan marah kalau nampak mereka. Sudahlah main ceroboh saja tanpa meminta izin.

" It's mine, fecilità. No need to worry about anything... Just enjoy your walk. " Jawab Lorenzo lembut bersama sengihan. Makin lebar sengihannya melihat wajah Helena yang polos. Aduh, comelnya!

Helena menyambung langkahnya ke hadapan. Melirik setiap bunga tulip putih yang berada di situ. Tak lekang senyuman di ulas bibir. Sekali lagi, langkahnya terhenti.

" How did you find me? " Soalan diberi tanpa berpaling wajah. Tubuhnya kekal membelakangi Lorenzo.

" You've never leave my mind, how could you lost? " Lorenzo berkata tenang. Tak pernah sekali Helena hilang dari fikirannya. Pasti ada sahaja memori bersama walau sesaat.

Helena memusingkan tubuh. Kedua keningnya ternaik tinggi.

" So what's your real purpose? Texting me, and now you find me. Then? What's your next plan? " Helena bertanya dengan tangan memeluk tubuh. Sekarang dia tak tahu apa yang harus dia rasakan apabila bertemu semula dengan jejaka ini. Gembira, kerana apa? Rindu kah? Siapa dia nak merindui lelaki itu, mereka bukannya kekasih sejati.

" Why so serious? I'm here because I miss you. Can't we just have a normal talk? Secara normal. Tak perlu libatkan hal serius, keluarga or anything. I'm suck with it. Cuma borak kosong. "

" Borak kosong? Hari tu saya nampak awak dekat Malaysia, and now here we are. In Italy. You followed me this far and you just want an empty chatter? " Nada suara Helena agak meninggi. Entah kenapa dia sedikit kecewa dengan tujuan Lorenzo menemuinya hari ini, setakat bersembang macam tiada makna. Tak boleh dia nafikan, dia juga merindui lelaki itu. Namun apa boleh buat? Jurang diantara mereka sangatlah besar.

Lorenzo diam. Lengan baju Helena dia tarik untuk mengikutinya.

" Jalan lagi? "

Soalan Helena dibiarkan tidak berjawab. Tidak jauh dari tempat mereka berdiri tadi, terdapat satu bangku kayu berhadapan dengan sebuah tasik. Cantik permandangan. Lengkap, ada tasik , pokok-pokok dan juga taman bunga.

7 DEMONS 1 ANGEL [ HIATUS ]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن