Part 4

101 1 1
                                    


PELIK bila Fachry tak henti merenung dia. Gaya dia merenung tu macam ayah-ayah pandang anak buat kesalahan. Dan renungan dia lebih tajam berbanding ayah. Eman telan liur. Dia senyum, tapi kelat dan kekok.

"Saya ada buat salah?" Dia tanya, jemari tunding pada diri sendiri.

Fachry hela nafas. Sah! Bila orang tua tu dah hela nafas macam tu, memang ada yang tak kena. Sebab tu gaya Fachry setiap kali dia buat something yang tak kena di matanya. Eman cebik bibir. Jemari main pusing- pusing atas katil.

"Mak ayah you bagi ke you kahwin dengan I?"
Huh? Soalan apa orang tua ni tanya?

"Kalau tak bagi, tak adanya awak jadi suami saya."

"Keluarga you yang lain?" Fachry peluk tubuh. Bersandar pada pintu. Gaya tu cukup seksi. Tapi, bila dengan muka berserta renungan tajam, dia jadi gerun. Tak seksi langsung.

"Tak ada kaitan." Cebik bibir. Dia geleng kepala.

"Ezalia, you know what? Sampai ke harini I masih tak percaya yang I berkahwin dengan you. I sendiri masih ragu-ragu dengan keputusan I." Jeda. Dia tarik nafas dalam-dalam. Hela panjang. Pandang wajah keanak-anakan Eman.

Oh my god, Fachry! What have you done? Hati kecilnya mendesis.

"I still rasa yang I masih bermimpi..."

"Apa yang awak nak sampaikan sebetulnya?" Terus Eman cantas bicara encik suami. Muqadimmah panjang sangat. Penat dia nak tunggu.

"Kenapa you gaduh dengan Mak Ina?"
Sepi. Eman kelu sesaat. Kemudian, dia ketawa-ketawa. Bangun dari duduk, kaki di atur ke arah encik suami. Dia berdiri depan Fachry dengan gaya yang sama.

"Siapa mengadu?"

Rasanya kes semalam, tiada siapa yang tahu kecuali mak, maklang, ayah dan Mak Ina sendiri. Takkan Mak Ina mengadu dekat Fachry, kut? Sedangkan dia yang kutuk Fachry.
Ayah? Lagilah mustahil.. tak adanya ayah nak burukkan anak sendiri. Mak pun sama. Maklang lagilah...

"I tahu you masih budak, tapi..."

"Siapa bagitahu?" Suara naik seoktaf. Fachry hela nafas lagi. Tangan mendarat di bahu cik isteri.

"Calm down, okay. I nak nasihat. Bukan bergaduh."

"Si Syada ke bagitahu? Kenapa dia mengadu dekat awak? Apa hak dia? Bertalu-talu Eman serang Fachry dengan soalan.

"Eman Ezalia..."

"Lepaslah!" Memberontak. Dia tepis tangan Fachry. Berundur setapak. Turun naik dada dia menahan amarah.

"Perempuan ni memanglah!" Dengusan terluah. Eman dah rempuh bilik. Dia cari Syada. Menonong langkah dia atur keluar dari rumah. Sarung selipar pun terbalik.

"Ezalia, wait!" Fachry keluar bilik. Panggil cik isteri. Tapi, Eman dah menonong keluar rumah.

"Kenapa, Fachry?" "Eman nak pergi mana?"

Mak dan ayah menyoal. Kemam bibir, Fachry depa tangan separuh sambil jungkit bahu.

"Nak pergi serang, Syada."

"Ooo.."

"Apa dia?" Cik Gayah terkejut. Bulat mata dia. Fachry angguk, Cik Gayah mengucap panjang.
Dia singsing lengan baju hingga ke siku.
Rambut disanggul tinggi. Kepala tergeleng laju.

"Budak ni kan.. kalau tak cari pasal, tak sah!" Bibir dah berleter. Sarung selipar, dia keluar rumah.

Fachry dan ayah pun sama. Turut menuju ke rumah Mak Ina sebelah rumah. Mereka sampai je, dia nampak Eman dan Syada dah bergaduh. Main tarik-tarik rambut. Mak Ina menjerit- jerit nak halang.

Fachry tepuk dahi. Geleng kepala. Ya Allah, Eman.

"Lepaslah, Eman!"

"Kau lepas dulu." Balas Eman. Mereka sama-sama tarik rambut masing-masing. Syada rentap, dia rentap balik.

"Kau lepas rambut anak aku, Eman! Budak ni kan..." Mak Ina tarik lengan Eman.

"Mak Ina tak payah masuk campurlah!" Eman mendengus geram. Dia keraskan tubuh.

Semakin Mak Ina tarik, semakin kuat dia tarik rambut Syada.

"Makk... sakit makk.." Si Syada merintih.
"Eman... Syada.. apa nak jadi dengan korang berdua ni?" Cik Gayah masuk campur.

Menghampiri si anak, dia cuba rungkaikan pegangan.

"Lepas dulu, Eman.."

"Suruh dia lepaskan rambut Eman dulu.."

"Suruh anak kamu lepas rambut Syada dulu. Dasar menyusahkan orang.

Datang rumah orang, serang anak orang."

"Anak Mak Ina ni perangai tak elok. Ada hati nak mengadu dekat suami orang. Tunang sendiri ada, kan? Dasar perempuan gatal!" Selar Eman nyaring. Dia tarik rambut Syada sekuat hati sampai perempuan tu menjerit.
Jarang dengar Syada menjerit. Dia jenis perempuan sopan santun. Ayu-ayu. Mulut je puaka. Eman pula, memang jenis ganas dan nakal sikit.

"Malu dekat orang, Eman. Lepas..." Cik Gayah dah merayu dekat si anak. Eman mendengus, dia rentap kepala Syada kemudian lepas. Tangan Syada, dia tepis sekuat hati. Langkah berundur setapak.

Cik Gayah tarik nafas lega.

"Syada tak mengadu apa-apa pun Ciksue. Eman tiba-tiba tarik rambut Syada." Syada menangis.

Eman jungkit mata ke atas. Dasar Drama

Queen. Menyampah!

"Ciksue minta maaf."

"Tak payah nak minta maaf dengan dialah mak."

Serentak Cik Gayah jeling tajam si anak. Si Eman ni pun melampau juga. Malu dekat orang. Semua orang keluar tengok drama mereka.

"Cuba kau ajar sikit anak kau ni, Gayah. Aku tak ada lagi anak saudara kurang ajar macam dia. Umur setahun jagung, dah pandai melawan orang tua."

"Suruh anak Mak Ina tu jaga mulut jugak. Tak ada guna bertudung labuh, kalau mulut macam longkang."

"Kurang ajar budak ni..!" Giliran Mak Ina pula naik angin, ingin menerpa ke arah Eman. Malangnya, masa Eman nak terkam Mak Ina, tiba-tiba rasa tubuh melayang ke udara. Kaki tak cecah tanah. Dia menggelupur di udara.
Menoleh, Fachry dah dukung dia. "Lepaslah.."

"Enough, Eman. Enough!" Jegilkan mata. Geleng kepala. Cukup dah drama dia tengok tadi.

"Jom balik." Fachry angkat Eman, sangkut atas bahu. Dia bawa balik ke rumah. Cik isteri menggelupur, pukul belakang dia, dia buat tak tahu.

"Lepas!" Menjerit. Tangan pukul belakang encik suami. Kaki meronta- ronta.

Sebaik saja sampai di bilik, Fachry buang Eman ke tilam. Rambut berserabai, dia selak kasar. Mata menatap tajam wajah encik suami.

"Kenapa awak masuk campur?!" Jerkah.

"Enough is enough. I dah penat tengok perangai tak matang you. Pleaselah, Ezalia." Suara dingin. Kepala digeleng berkali-kali.

"Boleh tak kalau you tanam sikit kesabaran dalam hati you. Jangan buat perangai macam tu lagi. Tak malu dekat orang ke?" Tegur Fachry. Walaupun dia marah dengan apa yang Eman buat, tapi masih lagi cool mengawal keadaan. Dia bukan jenis yang suka marah-marah.

"Dorang yang start dulu."

"You yang pergi serang dorang."

"Saya cuma nak tanya. Saya cakap elok-elok."

"Oh, really?" Peluk tubuh. Senyum sinis. Cakap elok-elok sampai bergaduh tarik rambut?

"Awak tak tahu apa-apa, Fachry." Suara dicelah gigi. Kolam mata terasa hangat. Lagi sakit dari kena pukul bila Fachry tak percayakan dia.

"Jaga perangai. I tak nak tengok dah drama macam tadi."

"Saya cakap dorang yang start dulu."

"Oh, come on.. Ezalia!"

"Dia hina awak! Mak Ina cakap awak orang tua tak sedar diri! Dia doakan awak mati. Awak fikir saya akan berdiam diri ke?" Kuat Eman menjerit seraya bingkas bangun.

Fachry terkedu. Saling berpandangan, setitis air mata gugur di pipi.

"Saya tahu saya tak matang.. tapi saya tak boleh orang hina suami saya. Dorang tu siapa nak doakan kematian awak?" Gigi dikancing kuat. Tangan mengepal penumbuk. Eman rempuh tubuh Fachry seraya keluar bilik.
Pintu dihempas kasar, bibir Fachry melepaskan keluhan maha berat Tangan meraup wajah.

Oh my god!

Dia hela lemah. Pandang pintu dengan renungan sepi.

TAN SRI SYED FACHRYWhere stories live. Discover now