3

2 0 0
                                    

***

-Mesir 10.10.2025

Renjana membiarkan angin sepoi-sepoi bahasa menyapa wajahnya. Dia sedang berehat di sebuah bangku, menikmati keindahan dunia ciptaan Allah. Riuh rendah suara kanak-kanak mengisi ruang telinga. Terdetik perasaan rindu menjadi kanak-kanak semula.

"Assalamualaikum, kakak cantik. Ini ada hadiah daripada seseorang," tegur seorang kanak-kanak lelaki yang tiba-tiba muncul.

Renjana tetap menyambut huluran bunga dan coklat tersebut walaupun dirinya sendiri masih tidak pasti dengan apa yang baru terjadi. 'Hadiah daripada seseorang?'

Renjana menoleh ke kanan dan ke kiri seperti mencari seseorang. Gadis itu bangun dari duduknya hanya untuk mencari gerangan yang menghantar hadiah tersebut.

Mawar putih dan coklat kegemarannya.

Kalau telahannya benar, orang itu pasti masih berada di sekitar sini, memerhatikan gerak-gerinya sejak tadi lagi. Orang yang sangat dirindui....

Telefon bimbitnya tiba-tiba berdering. Dia tetap mengangkat panggilan tersebut meskipun panggilan itu datang daripada nombor yang tidak dikenali. "Pinjam seratus?" ucap suara garau di sebalik telefon. Kedengaran tawa halus dilepaskan oleh jejaka itu. Tawa yang sudah lama Renjana tidak dengar. Hanya Ezra dan Renjana sahaja yang tahu kod rahsia itu, "Pinjam seratus." Kod yang membawa maksud rindu.

"Sudah lama kita tidak bersua. Kau masih cantik, tidak, dua kali lebih cantik sejak kita berjauhan," sambung Ezra apabila Renjana hanya mendiamkan diri.

Dari kejauhan mata mereka bertemu, jantung mereka membunyikan rentak yang sama. Dengan perlahan Ezra melangkah mendapatkan Renjana yang masih terpaku.

Ezra tidak lagi membawa 3 kuntum bunga melainkan sejambak bunga mawar putih. Ezra masih ingat kata-kata Renjana apabila dia bertanya mengapa Renjana sering menggunakan emoji hati berwarna putih. "Putih itu bermaksud tulus, tulus mencintaimu." Sejak dari itu, bunga mawar putih menjadi kegemarannya.

Memang benar, apa yang menjadi milik kita pasti akan kembali kepada kita. Kini mereka sudah kembali, dua hati kembali bersatu. Ezra tidak akan melepaskan Renjana pergi kali ini, cukuplah tahun-tahun yang harus dia lalui tanpa Renjana.

Beberapa butir mutiara keluar dari tubir mata Renjana. Dia masih tidak percaya dengan apa yang sedang terjadi, tahu-tahu sahaja Ezra sudah melutut di hadapannya. "Renjana, sudikah kau menjadi isteriku?" ucap Ezra penuh berani. Terpancar keyakinan yang jitu di dalam sepasang mata yang redup itu, ditatap mata itu dalam sebelum mengangguk perlahan-lahan.

Kali ini, air mata yang tumpah bukanlah air mata kesedihan melainkan kegembiraan. Jauh itu hanya jarak, bukan perasaan. Kedua-dua manusia itu tersenyum bahagia dan diriuhkan lagi dengan tepukan-tepukan daripada orang sekeliling yang menyaksikan momen mereka.

Mata mereka bertemu lagi. Ada perasaan yang kurang jelas di dalam hati masing-masing yang tidak dapat diungkapkan melalui kata-kata. Pastinya mereka sangat bersyukur dengan takdir yang telah ditetapkan kepada mereka.

BUNGA TERAKHIR TAMAT

Cerpen: Bunga TerakhirDonde viven las historias. Descúbrelo ahora