Terkadang perasan tercipta tanpa kita sedar menjadi perasaan yang kita takkan mampu halang dan ianya lahir dari dalam perasaan sayang kita sama tahap bagaimana perasaan sayang kita terhadap kawan dan keluarga. Dan percayalah semua perasaan luhur keluar dari dalam hati dan perasaan kita yang paling dalam dan tidak kisah siapa dan apapun genre yang dimiliki oleh orang yang kita cintai itu adalah cinta.
Dan tidak kira sejauh mana kita cuba menahan rasa kerana takut dan balasan daripada perasaan kita percayalah daripada kita terus menahan tanpa sebab sekurang-kurangnya ia tidak akan membebani kita selama-lamanya dan cinta tidak pernah salah didalam mencintai keran cinta adalah perasaan tulus daripada seorang manusia yang kita kena hargai.
Tangan yang masih erat dipegang dan pandangan yang jarang dilihat oleh seorang gadis bernama Freen ditatap indah didalam mata seorang Becky yang sudah mendanbakan pandangan sayang dan sikap sayang daripada Freen yang selama ini meragukan bahawa perasaannya selama ini hanya sebatas kakak dan adik.
Kepergian Nop setelah melihat hal itu membuat wajah Freen mula bergetar untuk melihat pada Becky ditepinya yang masih mahukan jawapan daripadanya sendiri dan akhirnya Freen beranikan dirinya melihat gadis kecil dihadapannya itu dengan senyumannya.
"sebenarnya Bec..saya..?"
Nada Freen yang bergetar-getar kerana gugup dan menoleh ke kiri dan kanan untuk mencari jawapan tapi kawan-kawannya buat-buat tidak tahu mengendahkannya memandang ke arah berlawanan untuk Freen lebih jujur pada perasaannya sendiri pada Becky.
"apa dia?"
"adakah.."
Mendengar Freen yang masih tak mampu mengungkapkan perasaannya buat Becky memejamkan matanya dengan keluhan sebelum membukanya semula dan menatap wajah Freen yang masih tegang kerana kehilangan kata-kata.
"tadi kau bukan main menjawab kata-kata Nop tadi..sekarang sudah kehilangan kata kenapa? adakah kau nak kata yang tadi kau kata semua itu hanya untuk melindungi aku ataupun kau betul-betul mengatakannya kerana sayangkan aku lebih dari seorang adik kau selama ini?"
"selama ini aku tak pernah melayan kau sebagai adik aku pun layanan aku bukan sekadar seorang kakak saja tapi juga.."
Kata-kata Freen tiba-tiba mati semula pabila wajah Becky dengan tatapannya berserta dengan senyuman yang dia sangat suka lihat itu membuat dia mencair dan menampakkan pipinya yang sudah kemerahan menahan rasa gembiranya menatap dekat orang yang dia sayangkan itu.
"kau mula kehilangan kata-kata lagi Freen. kenapa adakah kau malu kalau macam tu..aku tutup muka aku dan kau teruskan cakap"
Kerenah Becky yang seakan budak-budak itu membuat Freen tersenyum dan pelahan-lahan meneyentuh tangan Becky yang menutup wajahnya itu dengan pelahan-lahan namun mata Becky yang masih tertutup itu cuba mencuri-curi melihat pada Freen dan melihat hal itu buat Freen tergelak kecil.
"aku betul-betul menyukai kau sejak awal lagi tapi aku menyimpannya sebab aku fikir aku yang tak layak ini untuk menyukai gadis sehebat kau"
"siapa yang cakap macam tu? kau kah? kenapa kau suka menilai tanpa bertanya tentangnya"
"patutkah aku bertanya?"
"tentulah sebab ini pasal kita berdua bukan kau seorang sahaja untuk menilai semua perkara. apapun kau tak patut menyimpan perasaan kau selama ini sebab aku pun sangat sukakan kau sangat-sangat tapi aku hanya menunggu kau dulu yang mengatakannya."
YOU ARE READING
Our First-First Love
Teen FictionMengisah tentang kisah cinta remaja antara Freen dan Becky yang daripada kecil berjanji akan bersama-sama sehingga mereka membesar bersama dan hubungan mereka yang direstui oleh keluarga Becky setelah Freen kehilangan kedua ibu bapanya sejak 7 tahun...