BAB 5

26 5 2
                                    

Laungan azan Subuh dari masjid berkumandang di sekitar Pekan Chukai. Fatih bangkit dari tidurnya lalu duduk di katilnya. Pandangannya melirik ke arah langit di luar. Masih gelap. Dia bingkas bangun dari katil lalu keluar dari biliknya. Suasana di dalam rumahnya tidak sunyi kerana emaknya sedang membaca Al-Quran di ruang tamu. Itulah kebiasaan di dalam rumah.

Fatih bergerak ke arah bilik Nukman dan Uwais. Kedua-dua pintu bilik itu diketuk perlahan.

"Assalamualaikum, dah Subuh. Bangun-bangun," ujar Fatih.

Rambut disisir lembut dengan jari-jarinya. Uwais bingkas bangun pergi ke pintu apabila dia mendengar suara Fatih yang cuba membangunkannya dari hanyut dalam alam mimpi.

"Waalaikumussalam, Tih. Nuk dah bangun ke?" soal Uwais sambil menggosok matanya dengan perlahan. Jelas pada wajahnya, dia masih mamai.

Fatih menggeleng, "Belum lagi."

Uwais senyum sinis. Apa lagi yang ada dalam kepala dia itu agaknya? Idea bernas apa pula kali ini?

"Fatih, kau tunggu sinis. Bila aku sebut nama Nuk, kau ketuk pintu macam nak roboh lepas tu kau lari, okay?" Uwais otak gila— Eh geliga! Mula dah...

Fatih tidak sempat untuk bersetuju atau menolak, Uwais terus mengangguk sahaja. Terpaksalah dia layankan idea Uwais ini.

Uwais segera berlari ke luar rumah lalu tangannya mengetuk tingkap bilik Nukman dengan perlahan pada mulanya. Tiada reaksi dari Nukman. Tingkap itu diketuk lagi diselangi dengan panggilan nama "Nukman" yang sayup kedengaran dari luar.

Sunyi.

"Nukman!" sergah Uwais dari luar lalu pintu bilik itu diketuk dengan rancak dari dalam oleh Fatih.

Tersentak satu badan lelaki itu, Nukman bangun dengan laju dari katil. Bayangan di luar jelas di mata Nukman. Bunyi tawa Uwais yang menyeramkan dari luar membuatkan Nukman berasa lebih bingung.

"Uwais!" jerkah Nukman dari dalam bilik.

"Kau masuk. Kalau rasa nak kena kokak dengan beruk, kau duduklah dekat luar." Nukman melontarkan amaran. Bayang-bayang itu jelas menunjukkan bahawa itu Uwais. Nukman dapat lihat dengan jelas bahu Uwais bergegar-gegar menahan tawa.

"Abang Nuk takut ke?" ejek Uwais.

Nukman meraup wajahnya lalu menguap. Dia berjalan ke pintu. Di ekor matanya, dia sedar ada seseorang yang sedang mengintainya dari ruang dapur. Matanya digosok perlahan.

"Fatih, kau buat apa dekat situ?" soal Nukman.

Jelaslah, Fatih yang sedang menyembunyikan dirinya daripada Nukman. Lelaki itu bangun lalu berdehem. Baju dikemaskan dan rambut disisir dengan jari.

"Apa? Mana ada aku buat apa-apa. Aku... cuma kutip habuk-habuk kayu atas lantai," nafinya.

"Kutip habuk kayu dalam gelap?" soal Nukman dengan penuh sarkastik.

"Man—."

Tidak sempat Fatih menghabiskan ayatnya, dia dipintas oleh dehem emaknya. Jelingan tajam daripada emaknya memanah ketiga-tiga lelaki itu. Eh? Sejak bila pula Uwais tercegat di sebelah Nukman ini? Cepat betul mamat ni masuk dalam rumah.

"Dah, pergi masjid. Orang lelaki kena solat berjemaah dekat masjid," tegas emaknya.

Ketiga-tiga anak teruna itu mengangguk lalu bersiap-siap untuk ke masjid.

Setengah jam sudah berlalu, mereka bertiga sudah pun menyelesaikan segala perkara yang wajib. Ketiga-tiga lelaki itu sedang duduk dan bertenang di pondok. Pondok biasa yang mereka selalu lepak di masjid itu. Lalu, Fatih bersuara.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 17 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐋𝐚𝐮𝐭 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐮𝐥𝐮𝐦 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now