PROLOG

128 5 0
                                    

Nama watak dan jalan cerita hanyalah berdasarkan rekaan semata-mata, tiada kaitan kaitan dengan dunia hidup atau mati. Sekiranya terdapat nama watak dan jalan cerita yang sama itu hanyalah kebetulan, saya tidak akan sesekali mengikuti jalan cerita daripada penulis lain semata-mata untuk naikkan pembaca saya.

Jangan mengikut penyeksaan fizikal dan kata-kata kasar yang terdapat di dalam cerita ini.

Amaran keras, dilarang mencetak atau membukukan mana-mana bahagian tanpa kebenaran penulis. tolong jangan salahgunakan cerita saya.

_______________________________________________

"Lavender hanya untuk Hatta"



Sepasang mata yang berwarna biru laut merenung satu rombongan yang menaiki kuda daripada balkoni biliknya.

Itu pasti tentera daripada kerajaan lain.

"Aku sudah muak dengan semua ini." kaki dibawa masuk ke dalam bilik.

Pintu besar berwarna emas ditolak daripada luar. Seorang wanita berambut perang kekuningan melangkah masuk dengan memegang bajunya yang mengembang di
bahagian bawah.

"Hatta, bonda terlalu gembira hari ini!" kata wanita itu dengan senyuman manis di wajahnya.

"Kenapa? Kerana bakal menantu bonda sudah sampai?" lelaki yang digelar Hatta itu merapati ibunya, permaisuri negara ini.

Wajah si ibu terlalu gembira manakala wajah si anak terlihat sangat tidak gembira dengan apa yang berlaku.

"Ya! Majlis perkahwinan anakanda dengan puteri Heryna sudah pun dekat, bonda susah tidak sabar."

Hatta mengeluh, dia langsung tidak mengenali siapa bakal isteri yang dijadikan pilihan ibunya. Semestinya mereka bakal berkahwin bukan kerana cinta.

"Bonda, anakanda tidak ingin berkahwin." ujar Hatta. Hatta tahu ianya pasti akan menaikan kemarahan
permaisuri.

"Anakanda sudah besar, perlu berkahwin untuk memegang takhta yang seterusnya."

"Kenapa tidak menyuruh putera sulung yang berkahwin? Anakanda tidak sesuai memegang takhta." kata Hatta.

Permaisuri mengeluh, asyik alasan yang sama digunakan oleh anaknya. Tetapi dia tidak akan mengalah begitu sahaja.

"Bonda tidak kisah, anakanda tetap akan
berkahwin." ujar permaisuri lalu melangkah keluar daripada bilik tidur anak lelakinya.

"Jika itu yang bonda mahukan, anakanda akan meneruskan rancangan itu."

Pintu bilik dibuka sekali lagi.

Seorang lelaki yang berpakaian besi melangkah ke arah Hatta. Terdapat satu bilah pedang ditepi baju besinya.

"Bagaimana tuanku? Mahu meneruskan rancangan kita?"

"Ya, siapkan barang-barangku, Rellza."

LAVENDER | EBOOKWhere stories live. Discover now