Bab 18

505 30 9
                                    

🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤

Cahaya pagi menerangi seisi bilik . Iris yang terganggu dengan cahaya yang menerpa mata nya kini mulai sedarkan diri . Perlahan-lahan dia bangun dan melihat sekeliling bilik .

"Bilik Izz..?" Dia heran . Dia sangat kenal bilik yang dia duduki sekarang . Adakah dia berada di mansion Aariz? Lamunan dia terhenti saat seseorang masuk ke dalam bilik.

"Morning Iris...awak okey ke ?"

Iris menoleh ke arah suara yang memanggil nama dia . Terlihat Arasha yang datang bersama dulang berisi makanan dan minuman . Iris membetulkan duduk dia seraya memegang sisi perut dia . Masih terasa sedikit ngilu .

"Arasha..macam mana aku boleh ada kat sini..?"
Soal Iris . Dia betul-betul tak dapat mengingat apa yang jadi semalam . Dia hanya mengingat yang kali terakhir dia berada di depan pagar mansion Aariz .

"Iris tak ingat? Izz yang bawa Iris masuk ...malam tu kitaorang terkejut gila ...yelah Iris hilang sebulan lebih kot ...tiba-tiba muncul dengan keadaan macam tu ..."

Iris baru ingat ada seseorang yang muncul sebelum dia hilang kesedaran . Tak sangka Izz orang nya .

"E..emm mana dia ..?" Arasha tersenyum menyakat . Mula dah keluar perangai dia .

"Izz? Ouh dia pindah ..." santai Arasha .

"Haa? Pindah ? Kenapa pindah? Kat mana?" Bertubi-tubi Iris bertanya membuatkan Arasha menahan senyum . Ouh risau juga si Iris ni dekat Izz.

"Yelah dia kan dah nak kahwin ...so dia pindah lah ...senang dia nak duduk berdua dengan bakal bini dia nanti..." Arasha sambung dengan penipuan dia . Iris terkejut . Kahwin? Izz dah nak kahwin? .

"D..dia dah nak kahwin? Dengan siapa?" Iris menunduk cuba sembunyikan kesedihan dalam diri dia .

"Rahsia ..identiti bakal bini dia rahsiakan ..." Iris hanya diam . Ouh jantung hati dia sudah ingin jadi milik orang . Arasha tersenyum bangga . Dia punya penipuan menjadi .

"Okey lah nanti Iris jangan lupa turun yee.. Arasha pergi dulu..." Iris hanya mengangguk sebelum Arasha mula keluar . Air mata Iris jatuh selepas Arasha hilang di sebalik pintu .

"Hmm ..kau patut happy lah Iris ...orang yang kau sayang dah nak jadi milik orang lain ..." Iris menghapus kasar air mata dia sebelum mula pergi membersihkan diri .

Selesai Iris membersihkan diri , dia mulai melangkah keluar turun ke bawah . Di tangga dia terserempak dengan Izz yang memakai pakaian serba hitam .

"Hmm? Kenapa turun?" Izz mendekati Iris namun Iris seperti menjauhkan diri dia .

"Shorty?"

"A..aku turun sebab bosan ... " Iris melangkah pergi meninggalkan Izz yang terpinga-pimga. Dia pelik kenapa Iris seperti memgelakkan diri dari dia .

Namun dia tak ambil pening , dia melangkah masuk ke bilik dia untuk mengambil baju . Tapi alang- alang Iris dah keluar jadi dia terus membersihkan diri .

Selepas selesai dia pun turun ke bawah . Dia cuba mencari kelibat Iris namun tiada .

"Iris ? Shorty?" Dia menoleh ke kiri dan ke kanan cuba mencari kelibat Iris di dalam mansion tapi tiada .

His Obssesion  (C)Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ