Bab 2

3 2 1
                                    

"Menung apa tu Reel? Jauh sangat mummy tengok". Tegur Puan Rosetya kemudian menarik kerusi disebelah anak sulungnya.

Tengku Syazreel terkedu akan teguran puan Rosetya.

"Eh, mummy... duduk lah". Ujar Tengku Syazreel Haziq.

"Ermm... dah duduk dah pun. Itulah, entah apa yang dia menungkan sangat tu tak tahulah. Fikir apa? Reel ada masalah eh?". Soal Puan Rosetya.

"Nah, minum air mummy". Ujar Tengku Syazreel Haziq sambil menuangkan air teh O panas ke dalam cawan kemudian diberikan kepada puan Rosetya.

"Haaa, tengok lah tu. Bila mummy tanya...ada je akal dia nak mengelak ye".

"Mana ada mummy. Reel okay je. Biasalah tu, bangun pagi kan mummy. Memang jadi blur sikit".

"Iya lah tu. Reel ni memang tak pandai menipu kan. Dah - dahlah tu, tak payah nak sembunyi apa – apa dengan mummy. Mummy dah masak sangat dah dengan perangai Reel ni. Reel ada masalah dengan Erina kan?". Soal Puan Rosetya

Tengku Syazreel Haziq hanya membisu. Dia tidak ingin besarkan lagi masalah yang melanda dirinya dengan kekasihnya. Bagi Tengku Syazreel Haziq, perkara remeh begitu tidak perlu diikut campur oleh orang tua. Lagipun, dia sudah tahu pasti ibunya itu akan menyebelahi kekasihnya itu kerana Erina Tan adalah gadis merangkap calon menantu pilihan puan Rosetya.

"Reel! Mummy tanya ni...you ada masalah ka dengan Erina? Kalau ada, bagitahu lah mummy...mana tahu kalau mummy boleh tolong".

Tengku Syazreel Haziq mengeluh lemah. Wajah puan Rosetya ditatapnya.

"Mummy, Reel rasa mummy tak payah lah masuk campur dalam hal hubungan Reel dengan Erina tu. Lagipun, kita orang bukan gaduh besar pun. Biasa lah, kalau setakat salah faham biasa tu...adat dalam hubungan kan". Ujar Tengku Syazreel Haziq.

"What? Reel cakap mummy masuk campur urusan Reel dengan Erina? Tengku Syazreel Haziq! I'm your mother tau...sampai hati Reel cakap dengan mummy macam tu. Reel jangan lupa ya pesan mummy, mummy takkan terima mana – mana perempuan pun except Erina sebagai menantu mummy. Not even bidadari syurga sekalipun". Puan Rosetya memberi aTyaan tegas kepada Tengku Syazreel Haziq.

"Astaghfirullah al azim...mummy, tak baik lah cakap macam tu. Siapa kita nak melawan takdir Allah? Mummy tahu kan...jodoh, ajal, rezeki semua tu rahsia dan ketentuan Allah. Kalau mummy paksa Reel khawin dengan Erina sekalipun, kalau Allah tak izinkan...tak jadi juga mummy. Mummy, please lah...Reel dah besar. Biar lah Reel tentukan hidup Reel sendiri. Mummy pun tahukan, selama ni Reel layan Erina tu pun sebab mummy yang suruh bukan atas kehendak Reel. Reel tak cintakan Erina. Reel rimas lah mummy. Penat!". Luah Tengku Syazreel Haziq tidak puas hati.

"Reel, dengar cakap mummy.... tak kira lah Reel dah besar ka, dah khawin atau bercucu sekalipun .... Reel tetap baby mummy dan mummy nak yang terbaik untuk Reel. Reel, Erina tu perempuan yang baik, sopan santun, cantik pula tu dan kita semua kenal keluarga dia kan. Mereka semua baik Reel. Tak boleh ka Reel bagi peluang dekat Erina? Please sayang! Reel sayang mummy kan?". Pujuk Puan Rosetya.

Tengku Syazreel Haziq meletakkan kembali cawan air yang dihirupnya. Kerusi ditolak sedikit ke belakang kemudian dia bangun dan ingin beredar dari situ namun langkahnya terhenti apabila Puan Rosetya memanggilnya.

"Reel! Mummy tak habis cakap lagi. Reel tak jawab pun soalan mummy".

Tengku Syazreel Haziq mengeluh kecil.

"Tengok lah macam mana. By the way mummy, esok Reel dah kena balik kem".
———————————————————————————
Pintu kaca ditolak kasar. Bau haruman minyak wangi Bvlgari Splendida Iris D'or memenuhi ruangan pejabat. Semua anak mata memandang ke arahnya. Dengan angkuhnya, Wafa Dahlia berjalan memasuki ruang kerjanya. Sebaik sahaja pintu biliknya ditutup, beberapa orang staff mula bercerita tentangnya.

Call Sign WEREWOLFWhere stories live. Discover now