Bidadari Hati(Romantik)

31 5 7
                                    

Mengharapkan hati tuan yang berbudi,
Adalah perkara terbaik pernah terjadi,
Walaupun peritnya kesakitan tidak terperi,
Akan aku janji setia menanti.

Jikalau ditakdirkan pada suatu hari,
Diri dapat bersama di  sisi ,
Namun hanya di alam mimpi,
Tolonglah ampunkan hati rapuh ini.

Kulihat akan giginya yang berseri,
Semasa berada di bawah cahaya matahari,
Ingin aku ucapkan kata-kata puji,
Tetapi dapatkah keberanian diri dikecapi.

Kadang diri ini selalu menanti,
Kedatangan tuan yang tinggi pekerti,
Tetapi diri ini selalu dibayangi,
Oleh bidadari-bidadari tidak dapatku saingi.

Pengakuan penulis: Keinginan untuk melihat si dia kadang-kadang terlalu kuat sehingga kita sanggup berjalan jauh sekiranya tahu di mana dia berada bukan? Saya juga begitu tetapi pada hari ini saya tidak sempat untuk melihat dengan jelas akan si dia.Pada waktu pagi ada juga saya nampak akan kelibat si dia tetapi apalah nasib saya ingat ia sebuah angau fikiran saya yang sering bercelaru.Semasa waktu terakhir disuatu tempat
saya juga terlihat akan si dia yang sedang laju menuruni tangga tetapi jika takdir Tuhan telah menetapkan kami tidak bersua pada waktu itu,saya redha kerana rancangan Ilahi lebih baik daripada rancangan kita manusia.Kisah ini juga terdapat 'prompt' atau dialog pendek cerita yang saya ingat saya ingin memasukkannya ke dalam 'Hellhouse'karya saya dan Mint_gyuu 💫.

Ia berbunyi seperti:
'Wahai Tuhan,
Jikalau dia mahu memilih orang lain selain daripada aku.Mohon hantarkan seseorang yang boleh berada dengannya ketika duka atau suka, bukannya aku tidak mahu berjuang untuk hatinya lagi tetapi aku redha dengan ketentuanmu atas segala urusan percintaanku ini.Melihatnya gembira walaupun dengan orang lain cukup mengembirakan bagiku,melihat senyumannya yang semanis sukrosa(gula biasa/C¹² H²² O¹¹) dengan giginya yang putih seperti permata sudah membuatku bersyukur.Tetapi jika kami ditakdirkan bersama,tolong jadikan aku yang terbaik untuk dirinya supaya dia tidak perlu merintih atau merajuk sendiri.'

Saya juga berharap karya kali ini tidak mengguris hati mana-mana individu atau pihak,karya ini dibuat secara khusus kepada orang yang mungkin memahami karya ini dan bukannya secara am kepada semua orang.Terima kasih juga kerana sudi membaca 💖.

Yang Benar Dari SanubariWhere stories live. Discover now