Gelora asmara(Romantik)

9 3 0
                                    

Angin kencang membelah langit,
Langit malam yang dingin,
Awan yang berarak perlahan,
Menghalang cahaya purnama menyinari.

Jendela hati dihempas batu,
Ombak bergelora rindu-merindu,
Biarkanlah perasaan hati terbuku,
Walau hati kian membiru.

Pantai pasirnya amat membakar,
Kaki tidak berhenti melangkah,
Menerusi segenap ruang asmara,
Dibawa hanyut lautan memori.

Hukum aviasi ibarat fantasi,
Tempat dimana waktu tersisa,
Dimana kita berada bersama,
Menari di permukaan bima sakti.

Kata-kata diri ini hambar,
Dibandingkan dengan golongan luhur,
Kata nista dari nistawan,
Jikalau dipertimbangkan tiada nilai.

Diri kadang lelah mencuba,
Untuk mencapai kejayaan mereka,
Senantiasa ada ketenangan jiwa,
Supaya tuan bangga dengannya.

Jarang sekali walang hilang,
Minda penuh kata parang,
Sehingga jiwa ditusuk remuk,
Supaya redam entiti mengamuk.

Hati tuan yang luhur,
Walaupun amarah sering menakluk,
Mereka menilai sifat keji,
Sayu hati yang mendengari.

Ikhlas diri mahu mencintai,
Tetapi diri tidak sedari,
Akan tahap diri sendiri,
Maafkan hamba terhina ini.

Hamba ini sering dibelenggu,
Kesalahan kecil yang remeh,
Sehingga diri merintih berhari-hari,
Yang membuatkan tuan pergi.

Jikalau hamba mengelakkan diri,
Ingatlah bahawa hamba takut,
Diri ini tidak sebagus,
Pemanah panah sepantas kilat.

Pengakuan penulis:Selepas tidak aktif selama dua minggu berturut-turut,saya kembali dengan penyusunan kata-kata membentuk satu karya sastera.Maaf saya ucapkan berserta ucapan terima kasih yang setia menunggu penulisan karya saya yang tidak seberapa.Karya kali ini mengemukakan persoalan tentang 'individu yang hanya menganggap dirinya sebagai hamba nista/ hina tetapi telah jatuh cinta akan individu yang terang lagi bersuluh bahawa dia tidak berhak untuk diterima oleh individu tersebut(hamba nista).Saya harap karya kali ini tidak mengguris hati mana-mana individu atau pihak kerana ia hanya penyusunan kata-kata yang ikhlas dari hati tisu penulis.Karya ini juga mempunyai 'reference' daripada 'Syair burung nuri' karya Rahman Kaeh(majoriti sajak)dan 'Aviasi Fantasi' karya Afiq dan Nazry Salam.Terima kasih lagi saya ucapkan kepada yang setia membaca antologi(rasanya) sajak saya ini...walaupun ia membosankan...idea juga dialu-alukan daripada pembaca sebab penulis pun kadang-kadang tiada idea.♥️♥️
Yang benar,
Risywrites(Canned fish 🐟).

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 6 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Yang Benar Dari SanubariWhere stories live. Discover now