Bab 26

435 24 1
                                    

Jom kita masuk fasa broken hm🥹

Hening.
Selepas kejadian Iris diserang , tidak ada yang memulakan perbicaraan . Sepanjang masa , Iris hanya merenung diam wajah Izz yang sedang merawat luka di lengan nya. Iris di atas katil manakala Izz duduk bersebelahan diri dia.

Izz hanya diam. Dia merasakan Izz seperti memendam sesuatu sedari tadi . Perlahan dia menarik dagu suami nya menghadap dia . Terkejut! . Mata Izz berkaca. Lantas  tanpa menunggu Iris menarik Izz ke dalam pelukan nya . Usapan lembut diberi di belakang . Esakan kecil mulai kedengaran . Bahu yang terhinjut -hinjut sedikit , cukup menandakan Izz berada dalam kesedihan.

      "Shhh...i'm fine...i'm fine....." perlahan Iris menepuk -nepuk belakang suami nya . Dia tahu pasti Izz merasakan takut apa yang jadi sebentar tadi. Dari suara jeritan suaminya , Iris tahu Izz sangat takut kehilangan nya.

     "S..sayang hiks ...sayang.." tersedu-sedu Izz menangis dalam pelukan nya. Iris ialah wanita yang sangat beruntung . Sebegini sekali Izz mencintai diri nya , air mata yang mahal kini jatuh hanya kerana Nur Iris Amanda isterinya.

      "Abang...dah lah jangan menangis ..Iris kan dah ada depan mata abang hm ,?" Pujuk Iris . Izz masih memeluk dirinya erat . Seeratnya .

     "J..jangan ...jangan buat macam ni lagi ...abang takut ...sayang jangan tinggalkan abang please ...," terukir senyuman kecil di bibir Iris . Dia mengeratkan lagi pelukan sebelum bergerak ke kiri dan ke kanan . Suaminya dah seperti anak kecil sedang menangis.

      "Abang ..Iris tak pergi mana -mana lah ...selagi tempat Iris disisi abang...Iris takkan pergi mana-mana .." pujuk Iris . Dia cuba menenangkan si suami . Dia tak reti memujuk tapi dia cuba .

      "Betul ke ..?" Izz memandang wajah Iris dengan mata yang bergelinangan.

      "Selagi ada jalan pulang ...selagi tu Iris akan cari cara untuk balik ke sisi abang semula...okey?"

      Izz senyap sebelum perlahan tersenyum nipis . Dia mengangguk . Dia beri banyak ciuman di seluruh muka Iris sehingga Iris tergelak kecil .

      Izz menekup kedua belah pipi isteri nya . Memandang dalam anak mata . "Tetap sentiasa bersama abang okey?" Iris mengangguk seraya hapuskan air mata di pipi suami nya .

     Tiba-tiba...

     "Arghh!"

    Izz mencepung tubuh kecil isteri nya secara mengejut . Iris serta merta memeluk leher Izz supaya tak terjatuh.

     "Abang ! Apa ni ..." Terbuntang luas mata Iris terkejut dengan tindakan suami nya.

     "Jom kita mandi .."

      "Huh??"

      Setelah itu , Izz melangkah menuju ke dalam bilik air bersama Iris di dalam dukungan nya. Mereka tertawa bahagia bersama . Tapi. Adakah kebahagiaan mereka akan berterusan ? Atau setengah jalan saja kebahagiaan mereka?

'Di pertengahan malam'

Izz sudah lena di dalam pelukan Iris . Sedangkan Iris masih terjaga , tangan nya yang tak henti mengusap lembut rambut suami nya sambil termenung. Macam-macam Iris fikirkan saat ini.

Dia menoleh seketika melihat wajah lena suami nya . Senyuman manis terukir sebelum dia memberi satu ciuman lama di dahi Izz .

Namun senyuman indah tadi kini mula pudar . Dia teringat riak wajah suami nya saat dia hampir saja berjaya diculik musuh . Ibu jari mengusap bibir Izz .

"Abang...jangan takut ...selagi Iris jumpa jalan pulang ke sisi abang ...Iris akan lakukan apa sahaja demi itu..." gumam Iris perlahan . Kemudian dia menghela nafas berat.

"Iris tak pernah rasa setakut ini abang ..."

"Dulu hidup Iris penuh dengan bahaya ...hanya bahaya yang menemani Iris kemana sahaja ...jadi Iris takda rasa takut dengan kematian ..."

Luah Iris sayu sambil mengeratkan pelukan nya dengan tangan yang tak lepas mengusap kepala Izz .

"Tapi .." percakapan Iris tergantung saat dia merasa sebak mula menyelubungi diri dia . Satu ciuman diberi sebelum dia memandang sayu wajah suaminya.

"Selepas abang muncul dalam hidup Iris ...Iris sentiasa rasa, Iris ada rumah untuk pulang ...ada orang yang setia menunggu Iris untuk pulang ..."

"Setiap kali Iris dalam bahaya ...Iris rasa takut ..." air mata mula bergelinang jatuh .

"Takut kalau Iris tak dapat pulang ke sisi abang lagi .."

"Iris takut tengok abang sedih ...hati Iris sakit bila tengok abang menangis disebabkan Iris ..."

"Maafkan sayang tak mampu jadi isteri yang terbaik untuk awak Muhammad Izz Haikal.."

Iris menahan esakan nya supaya tak menganggu tidur Izz . Dia menarik nafas dalam sebelum mula betulkan posisi yang lebih selesa untuk tidur . Iris merenung dalam wajah Izz .

Setelah itu , Iris perlahan pejam kan mata nya untuk tidur .

Tak lama selepas tu , Izz membuka mata nya perlahan . Mata dia berkaca . Dia mendengar segala luahan isteri nya . Dia menghadap kan badan berdepan dengan isteri nya .

"Sayang isteri paling sempurna bagi abang...takda yang lagi sempurna dan layak untuk jadi isteri abang selain sayang.." Izz menyelak rambut yang jatuh di sisi muka Iris.

"Abang sanggup lakukan apa sahaja demi awak sayang itu janji abang.."

Izz beri satu ciuman singkat di bibir Iris sebelum dia turut sambung tidur nya .


Hmmm author sendiri nak nangis ...best kan dapat orang yang takut kehilangan kita . Rasa kita ada rumah untuk pulang bila rasa down 🙂...

His Obssesion  (C)Where stories live. Discover now