Bab 29

596 34 6
                                    



Mereka berdua kini sedang berada di bilik doktor setelah Iris menjalani beberapa pemeriksaan .

"Abang..betul ke ni? Macam mana kalau cuma hormon biasa je ?" Risau Iris kalau harapan suami nya punah jika hasilnya tak seperti dijangka kan .

Izz mengenggam erat tangan Iris "Apapun keputusan nya ...abang tak kisah janji sayang takda apa-apa tu je .." Izz tersenyum kecil . Dia tak berapa kisah kan hasil dari keputusan pemeriksaan Iris cuma dia hanya ingin tahu apa penyebab isteri nya tiba-tiba macam ni.

"T..tapi bukan ke terlalu awal  ?"

"Awal atau lambat kalau dah rezeki ...dia tetap akan ada sayang.." ibu jari Izz mengusap tapak tangan Iris .

"Abang janji? Takkan kecewa kalau bukan macam abang jangka?" Izz mengangguk . Iris hanya mengeluh perlahan dan berdebar dengan hasil keputusan pemeriksaan dia tadi .

Tak lama kemudian , doktor masuk bersama satu kertas di tangan nya .

"Hello good afternoon ...Mr and Mrs Izz ..." mereka hanya tersenyum sebelum doktor mula memberitahu hasil keputusan pemeriksaan tadi .

"So ...dari sini tekanan darah puan sangat baik, hampir kesemua pemeriksaan kita buat tadi atas permintaan encik Izz , semua nya bagus .." Izz merasa lega dengan hasil keputusan tersebut . Itu saja dah memadai bagi dia .

"Tapi.."

"Tapi apa doktor ?" Soal Iris ingin tahu .

"Kita ada buat satu lagi pemeriksaan iaitu untuk mengesahkan kehamilan puan Iris atas permintaan encik Izz tadi so...." Mereka menunggu doktor untuk memberitahu keputusan antara positif atau negatif .

"Congratulations , puan Iris ...awak positive pregnant 2 minggu  .." tersenyum doktor itu memberitahu hasil dari pemeriksaan kehamilan tadi .

      "Yeyy hahahaha abang dah agak!!," seronok Izz dengan berita yang disampaikan. Iris ditarik ke dalam pelukan. Muka dicium berkali-kali . Dia sangat gembira.

Namun Iris hanya diam . Diam sedikit terkejut dan dilanda satu perasaan yang dia takut dengan berita kalini . Izz melonggarkan pelukan dan melihat Iris heran.

"Sayang? Sayang what's wrong hm? Macam tak suka je ," Iris tersedar dari lamunan . Dia pantas menggeleng menidakkan tekaan suami nya.

"E..eh taklah ..mestilah Iris suka .." tersenyum Iris menyembunyikan perasaan takut nya.

"Sayang ."

"Ye ...Betul ..Iris tak tipu ..." Iris mengenggam tangan suami nya cuba untuk menyakinkan Izz . Izz lega . Dia fikirkan Iris tak suka sebabkan terlalu awal untuk mereka rupanya dia salah .

"Tapi doktor saya baru kahwin tak sampai sebulan , macam mana saya boleh pregnant secepat ni?" Soal Iris . Dia heran juga cepat betul melekat . Kadang-kadang dia fikir balik ada ke dia buat perbuatan itu sebelum menikah . Rasa dia takda .

"Hahaha puan last haid bila?"

"Emm dalam 2 hari sebelum menikah macam tu tapi kenapa doktor tanya ?" Balas Iris sedikit perlahan . Segan pun ada . Dah lah doktor lelaki.

"Maaf saya tanya , malam pernikahan puan dan suami dah bersama ke ?" Blush! Pipi Iris terus merona kemerahan . Perlu ke jawab? Malunya! Izz yang melihat itu hanya tersenyum sebelum mengangguk sebagai tanda iya bagi pihak Iris .

"Ok macam ni puan tuan , sperma encik suami boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim isteri . Jadi kemungkinan waktu tu dah melekat , sebab itu penting nya untuk mengira kali terakhir haid supaya senang untuk kita buat kiraan berapa lama proses kehamilan terjadi .." Iris hanya termenung dengan penjelasan doktor . Ada yang dia faham, ada yang fikiran dia sudah berlayar jauh .

His Obssesion  (C)Where stories live. Discover now