Sakit pasif(Ketuhanan)

32 5 12
                                    

Hidup,
Kadang ia awan dan pelangi,
Kadang ia guruh dan monokrom,
Memberatkan hati orang yang berjiwa,
Yang kudratnya lelah menanggung kesakitan.

Langit juga sering menangis sendiri,
Mungkin kerana terlalu banyak ditanggungnya,
Kemudian dibawa angin kencang sejuk,
Ditemani zarah-zarah proton dan electron,
Yang membuatkannya meraung sekuat dirinya.

Tetapi hujan menjadi sumber rezeki,
Yang diturunkan Ilahi kerana penderitaan,
Tumbuhan yang tidak disirami lamanya,
Apakah guna fotosintesis sewaktu itu,
Tanpa fotosintesis kita hidup sengsara.

Dalam hidup kita harus memberi,
Tatkala kita memberi terlalu banyak,
Kerana tidak wujud banyak jasa,
Hanya kepada Ilahi ia wujud,
Kita perlu berjasa hingga akhirnya.

Perjalanan hidup berulang selama-lamanya,
Sedar atau tidak semuanya sama,
Putaran hidup ini perlu kerana,
Semuanya saling berkaitan diantara,
Perbezaan falsafah terang menjelaskan segalanya.

Pengakuan penulis: Terima kasih kerana sudi membaca karya kali,sebab karya kali banyak menceritakan tentang kebangkitan seseorang dalam hidup yang melelahkan ini.Nada sajak ini adalah melankolik.Sajak ini juga terinspirasi dari penulis choconad_ 💖🌟yang sangat hebat dalam penyampaian dakwah dalam bentuk karya sastera, terima kasih sebab inspirasi ini.Harap pembaca yang lain boleh atau tidak keberatan untuk membaca karya beliau.Ini juga mungkin karya terakhir untuk bulan ini kerana saya akan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun dan saya perlu fokus kepada ujian. Harap pembaca sedia menunggu bab 'HELLHOUSE' yang seterusnya iaitu karya saya dan Mint_gyuu 💖🌟
Yang benar,
Risywrites(Canned fish 🐟)

Yang Benar Dari SanubariWhere stories live. Discover now