Bab 31

623 29 7
                                    

🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤

'Sebulan kemudian'

"Abang nak pergi mana ?" Soal Iris mengusap perut nya yang sedikit buncit . Dia melihat Izz sedang bersiap . Seperti nya mereka ada misi harus dilaksanakan . Izz memakai pakaian serba hitam dan pistol yang dimasukkan di sisi seluar .

"Abang lupa nak cakap . Abang harini ada misi dengan diorang . Markas dekat selatan kena serang malam tadi ," Iris sedikit terkejut dengan berita tu . Izz menarik Iris rapat sedikit ke tubuh nya . Rambut panjang diselak ke belakang telinga .

"Abang nak minta tolong boleh ?"

"Apa tu ?"

"Abang nak sayang tolong tengokkan Khan . Sebab Kayla dengan Arasha pun join dalam misi ni . Babysitter ada tapi untuk lebih berjaga-jaga elok sayang tolong tengokkan sekali Khan . Boleh ?"

"Alaa tapi Iris pun nak join diorang ," rengek Iris . Dia dah lama tak buat aktiviti lasak macam dulu sejak dia mengandung . Izz sangat menjaga keselamatan dan kesihatan dia selama mengandung ni .

"Sayang , awak tu mengandung . Tak elok lah . Duduk rumah ye ? Dengar cakap abang hm?" Iris menunduk sedih . Dia betul-betul rindu diri dia yang dulu . Seorang yang tak gentar dengan apa-apa . Aktif dengan kegiatan lasak dan bahaya . Tapi sekarang dia kena banyak kuburkan keinginan itu semua .

"Okey lah . Iris tak ikut ," tutur Iris perlahan . Dia kena fikirkan anak dalam perut dia juga . Kalau lasak sangat kesian pula budak tu .

Izz tersenyum sebelum menarik Iris ke dalam pelukkan . "Isteri abang ni dengar cakap lah . Baik nya dia , isteri siapa ni hm?" Izz cuba ceria kan Iris . Dia perlu melihat senyuman Iris sebelum dia berangkat kalau tak hari dia takkan tenang .

"Isteri Muhammad Izz Haikal lah ," Iris tersenyum sebelum membalas pelukkan Izz . Dia sedikit terubat sedihnya setelah dipujuk Izz . Dia pun taknak bermasam muka lagi-lagi saat suami nya ingin berangkat pergi .

"Selalu ingat pesan abang hm? Nak buat sesuatu sentiasa ingat baby . Anything happens , just call me okey?" Izz melonggarkan sedikit pelukkan sebelum dia beralih melutut .

"Hero papa , jaga mama untuk papa tau . Don't make mama in pain , behave okey my boy ?" Satu tendangan halus diberi seakan baby respond apa yang dipesan papa nya .

"He heard you .." Iris tersenyum sambil mengusap kepala Izz yang separas perut nya . Mereka baru sahaja memeriksa jantina bakal anak mereka . It's a boy! Izz melompat girang waktu tu . Dia memang menginginkan anak lelaki . Senang menjadi pewaris kuat dia dan Iris nanti .

"Sayang jaga diri ye . Abang pergi dulu hm?" Izz bangun sebelum memberi satu ciuman lama di bibir Iris . Iris tiba-tiba rasa sebak . Dia pun taktahu kenapa .

"Abang pulang dengan selamat tau . Iris tunggu ," ujar Iris sebelum Izz mengangguk dan beri pelukan erat kali terakhir sebelum mereka bersama mula beredar turun .

Terlihat Khalish, Kayla , Aariz dan Arasha sudah bersiap sedia di ruang tamu .

"Iris tolong jaga kan Khan ye ? Sorry susah kan Iris ," Khan di beri kepada Iris . Iris mendukung Khan sebelum dicium sekilas pipi tembam Khan.

"Takpa aku okey je . Korang semua jaga diri tau . Tolong jagakan suami aku juga ye Aariz," Aariz hanya mengangguk . Mereka satu persatu mula keluar dan masuk ke kereta masing-masing . Kini hanya tinggal Izz dan Iris .

His Obssesion  (C)Where stories live. Discover now